BAB 46

856 26 0
                                    

ALVIN memandu pulang ke pejabat bersama Kirla. Kirla mengurut kepalanya yang tengah pening.

"are you okay?"soal Alvin risau. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Kirla sebelum pandang ke depan semula.

"I'm okay..just a little bit dizzy."balas Kirla sambil menyandarkan kepala pada kerusi kereta.

"so ni nak balik ke nak ke office semula?"soal Alvin.

"office"balas Kirla sepatah. Dia pun melelapkan mata sekejap.

Tiba di pejabat Alvin melihat ke arah wajah Kirla. Dulu memang Kirla sentiasa menjadi pujaan hatinya. Tapi sekarang semuanya hilang setelah Kirla memilih untuk berkahwin. Dengan cara ini je lah dia boleh jaga Kirla.

Sedang dia merenung setiap inci wajah wanita itu. Tiba-tiba Kirla membuka mata perlahan-lahan. Cepat-cepat Alvin berpaling ke arah depan.

Kirla yang dah lama perasan Alvin tatap dia tadi hanya mampu melakarkan senyuman senget.

"dah sampai ke?"Kepalanya dipaling melihat ke kiri dan kanan. Dia membetulkan duduknya.

"dah".

Kirla membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta diikuti oleh Alvin. Biasalah Alvin ni kan pengawal Kirla. Kemana gadis itu pergi pasti ada dia. Begitulah hari-hari.

"miss..Mr Lim already in a meeting room with other employes"kata Juliet kepada Kirla.

Kirla mengangguk faham dan terus menuju ke bilik mesyuarat yang berada di tingkat 7. Alvin hanya mengikut saja.

Tiba ditingkat 7 Kirla berlalu keluar dari lif. Alvin pula menekan punat naik ke tingkat 32 iaitu bilik Kirla.

Setelah pintu lif tertutup Kirla berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Sempat lah dia meneliti penampilan nya di cermin. Nasib baju dia tak begitu teruk. Dia hanya memakai baju kemeja di dalam dan di luar memakai blazer.

Rambut yang agak serabai di selit elok-elok. Selesai meneliti penampilan dia pun berjalan dengan penuh berkarisma.

"sorry.."kata Kirla setelah dia melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Di dalam bilik itu terdapat beberapa orang anak buahnya, beberapa orang lelaki yang tidak dikenali dan Warlin. Eh kejap. Terkejut Kirla melihat Warlin di situ.

Dia memandang memandang Warlin dengan perasaan hairan. Tapi lelaki itu hanya menayangkan wajah kosong dia. Ada lah sikit rasa nak lempar kerusi dekat kepala dia.

"busy dating until meeting with client can be late.."perli Warlin pedas.

Kirla menjeling tajam lelaki itu. Dia pun melangkah menuju ke kerusi di sebelah encik Lim. Matanya memandang wajah Encik Lim iaitu peguam syarikatnya.

"what is the problem?"Dia mengambil tempat di kerusi dan kedua tangan nya berada di atas meja. Mata merenung setiap orang berada di dalam bilik itu.

Naik gerun sorang-sorang melihat wajah Kirla yang bagaikan singa tengah lapar tu.

"Mr Warlin want to talk about our project at Singapore.."balas Encik Lim.

"what happens?I think nothing happened right?because our employee didn't inform anything to us.."kata Kirla pelik.

"cik Kirla..eh maaf Puan Kirla..aku nak bagitahu yang company aku dah banyak tanggung kerugian dekat sana sebab dah banyak kali hotel yang dibina runtuh..so aku nak kau bayar balik ganti rugi kerugian kami"kata Warlin setelah sekian lama berdiam diri.

Berkerut kening Kirla. Matanya tajam menikam wajah pekerja-pekerja dia yang lain.

"macam mana boleh runtuh?tak akan sekali pun pekerja aku tak bagitahu aku..kau jangan cuba untuk menipu ye Arlin!!"tegas Kirla.

"buat apa aku tipu kau..lagipun dah banyak bahan construction di bazirkan sebab pekerja kau yang tak reti buat kerja tu!!"balas Warlin geram.

"aku tak nak percaya kau..kalau macam tu minggu depan aku akan pergi sana and tengok sendiri keadaan..selagi aku tak puas hati selagi tu aku tak akan buat apa-apa pembayaran dekat company kau!!"

"berapa banyak yang kau rugi?"soal Kirla.

"almost 233290.60 USD"balas Warlin.

Tersentak Kirla.

"macam mana boleh banyak sampai macam tu?"soal Kirla hairan.

Encik Lim serta pekerja yang lain hanya tercengang tak faham apa-apa. Beginilah kalau bekerja dengan orang yang tak reti bahasa lain.

"kan aku dah cakap tadi..banyak bahan construction dibazirkan sebab pekerja kau buat kerja cincai je!"balas Warlin geram. Apa yang tak faham sangat entah.

Kirla mendengus geram.

"Sofea next week you clear my schedule..I need go to Singapore to check out project.."arah Kirla. Dia berura-ura untuk bangun. Tapi ditahan oleh suara Warlin yang tak merdu tu.

"I need to discuss with miss Kirla for a second..can you guys give us times?"pinta Warlin. Matanya tak lepas dari menatap wajah Kirla.

Yang lain hanya mengangguk dan terus berlalu keluar. Kirla pula menjulingkan mata ke atas. Dia kembali duduk di kerusi tadi.

Keluar saja semua pekerja dari ruangan mesyuarat. Alvin rasa hairan bila dia tak bampak gerangan yang ditunggu. Dia pun mengambil keputusan untuk bertanya kepada Sofea yang baru saja tiba di kerusinya.

"hey where's miss Julia?"soal Alvin.

"she's still in a meeting room with client..I think they want to talk about something secret maybe.."balas Sofea.

Alvin mengangguk dan terus berlari menuju ke bilik mesyuarat.

"apa lagi masalah yang tak settle ni?"soal Kirla malas.

"masalah tentang kita"kata Warlin.

"apa lagi yang tak selesai?Darwin dan Danish saya dah ambil lepastu rumah tu rasanya abang dah buang semua barang saya..so what is the problem?".

"siapa lelaki tu?"soal Warlin.

"non of your business Mr Prynce Warlin"kata Kirla lalu menayangkan senyuman sinis.

Nampak saja sinis. Tapi bila lesung pipitnya terlekuk elok sinis dia hilang entah ke mana.

"selagi urusan penceraian kita tak selesai!!ini adalah masalah aku!!"tegas Warlin.

Kirla membuat muka menyampah.

"you sure Mr Warlin?tak apa lah..kalau macamtu next week lepas settle projek dekat Singapore tu kita terus balik Malaysia and settle kan semua sekali.."balas Kirla selamba.

Belum sempat Warlin membalas. Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat ditolak kasar. Terkejut mereka melihat Alvin di situ.

Kirla DelishaWhere stories live. Discover now