BAB 58

711 17 0
                                    

MALAM itu Kirla keluar dari biliknya setelah Darwin dan Danish melelapkan mata. Kakinya menuju ke arah balkoni yang berada di tingkat 2.

Dia melihat bintang yang menerangi langit malam. Cantik betul ciptaan-Nya.

Ketika dia melihat langit yang dipenuhi drngan bintang-bintang. Tiba-tiba matanya terlihat seseorang berada di kolam renang.

"macam mana aku nak sayang kan kau Vin?"soal Kirla sendirian. Matanya masih kekal melihat gerak-geri gerangan tadi.

"maafkan aku Vin..hati aku dah sepenuhnya milik Arlin..aku tak mampu untuk cintakan kau..aku cuma anggap kau sebagai abang aku je selama ni..maafkan aku."sambung Kirla.

"kenapa tak bagi peluang dekat Arlin?"sapa seseorang dari belakang Kirla.

"dia bencikan Ila bang..dia bencikan keluarga kita."balas Kirla lemah.

"tak cuba tak tahu kan?"Bahu adiknya dipeluk.

"Ila tak mampu..".

"Ila..Danish dan Darwin perlu kan ayah dia..mereka masih lagi kecil and still tak tahu apa-apa..they need kasih sayang dari seseorang yang bergelar ayah.."

"hm.."keluh Kirla.

"think twice before do a decision..this is your life and you should make a decision for Darwin and Danish life too.."nasihat Khalif sebelum dia meninggalkan Kirla di situ sendirian.

Selepas kelibat Khalif tidak lagi ternampak Kirla mengeluh perlahan. Dia sebenarnya sangat cintakan Warlin. Hati dia sepenuhnya milik Warlin. Dia tak mampu membuka hatinya untuk lelaki lain.

Tapi dia terpaksa. Dia terpaksa untuk kebahagiaan Danish dan Darwin.

........

"AKU dengar dia dah balik Malaysia."Warlan mendekati abang kembarnya yang sibuk dengan kerja tu.

"so?"soal Warlin tidak berminat. Matanya masih lagi tertacap pada skrin laptop.

"kau betul ke tak nak minta maaf dengan dia?"

Warlan telah menceritakan segalanya pada Warlin selepas kes penceraian mereka selesai. Warlin menyesal dengan perbuatan dia. Dia sendiri tidak mampu berbuat apa-apa dah. Talak telah dijatuhkan. Masa tak mampu diubah semula.

"aku malu Lan.."kata Warlin sayu.

"kalau ikutkan malu..memang sampai bila-bila lah kau tak akan minta maaf dengan dia."Warlan duduk di hadapan Warlin. Matanya merenung wajah kembarnya itu.

"listen here Arlin..aku tak nak sibuk hal kau dengan Kirla..tapi kau dah buat sesuatu diluar jangkaan..so just minta maaf dengan dia and betulkan semuanya.."nasihat Warlan kemudian dia berura-ura untuk pergi.

Tetapi dia berpatah balik apabila teringat tentang pesanan Julia pagi tadi.

"mama suruh kau balik awal malam ni."kata Warlan sebelum dia melangkah pergi.

Setelah pernceraian dia dengan Kirla. Warlin berpindah masuk ke rumah Julia dan Isaac semula. Dia tidak mahu ada satu pun kenangan yang menghantui dirinya di situ. Dari kenangan buruk sehinggalah kenangan bahagia. Semuanya dia mahu lupakan.

........

MALAM itu Kirla dan Alvin di jemput oleh Puan Sri Syarifah dan Tan Sri Idham untuk mengikut mereka makan malam bersama rakan mereka.

Kirla dengan terpaksa hanya ikutkan saja. Dia memakai dress bewarna maroon dan membawa beg tangan bewarna hitam. Mukanya hanya memakai sedikit saja makeup.

Darwin dan Danish dipakaikan baju yang bersesuaian. Dia mendukung Darwin dan Danish keluar dari bilik. Rambut yang terurai menyebabkan dia agak serabut.

Ketika kaki ingin melangkah ke arah lif dia terserempak dengan Alvin.

"meh bagi aku sorang."pinta Alvin. Tangan dihulurkan ke arah Kirla.

Kirla pun dengan bahagianya memberikan salah seorang anak dia kepada Alvin.

"kau fikir sweet lah tu pakai baju warna sama?"soal Kirla.

Matanya melihat pakaian Alvin yang memakai blazer bewarna maroon dan baju kemeja bewarna putih. Kacak sungguh.

"mana lah aku tahu kau nak pakai baju tu."balas Alvin. Kaki mereka melangkah masuk ke dalam perut lif.

Di dalam lif sempat Kirla melihat penampilan nya.

"pegang jap."Dia memberikan anaknya lagi seorang kepada Avin. Setelah itu tangan naik mengikat rambut yang terurai tadi.

"kenapa ikat?"soal Alvin. Matanya melihat Kirla yang sibuk melihat penampilan dia di pantulan dalam lif tu.

"serabut lah..aku nak dukung anak-anak lagi..kesian nanti kena muka dia orang."Dia pun meminta anaknya semula. Tapi Alvin buat tak tahu je.

"meh lah."pinta Kirla. Tangan dihulurkan meminta anak dia.

"biar aku pegang lah..kesian kau."balas Alvin.

Kirla berdecit. Lantak lah. Dukung je lah kau kalau kau nak sangat.

"mak Jah mana ibu dengan baba?"soal Kirla kepada mak Jah yang sibuk menonton drama Melayu.

"dekat atas lagi..cantik betul Ila malam ni nak pergi mana?"soal mak Jah. Dia melihat penampilan anak majikan nya itu. Senyuman tipis menghiasi wajah tua itu.

"ibu dengan baba ajak dinner dengan kawan dia orang..ikutkan je lah..lagipun Ila dah lama tak pergi dinner sekali."balas Kirla lemhut. Dia mengambil tempat di sebelah mak Jah.

Alvin hanya memandang saja. Dia pun mengambil tempat di sisi Kirla sambil bermain dengan Darwin dan Danish.

Sedang menunggu sempatlah Kirla menghabiskan semangkuk popcorn mak Jah. Habis bising orang tua tu.

"Ila!!habis popcorn mak Jah..eishh kamu ni!!"marah mak Jah.

Kirla tersengih sambil mengunyah popcorn yang tinggal. Mak Jah mencebit geram.

"hehe jangan lah marah."Belakang badan mak Jah digosok untuk meredakan kemarahan wanita itu.

"dah jom."celah Puan Sri Syarifah.

Kirla bangun dan mencapai beg tangan dia. Tangan mak Jah disalam dan terus dia berlari keluar.

Alvin hanya menggeleng saja melihat karenah Kirla yang macam budak-budak tu.

"Jah kami pergi dulu ye..tolong jagakan rumah."kata Tan Sri Idham.

Mak Jah mengangguk. Mereka pun berlalu keluar.

Kirla,Alvin,Darwin dan Danish menaiki kereta yang sama manakala Tan Sri Idham dan Puan Sri mrnaiki kereta yang lain.

Alvin yang menjadi pemandu tidak berbayar Kirla. Padan muka.

Kirla DelishaWhere stories live. Discover now