Kadang-kadang dia tertanya sendiri
Kenapa ya cerita dongeng tu hanya kekal sebagai dongeng bukannya nyata
Kenapa orang cipta cerita dongeng dengan happy ending dan buatkan orang berangan hidup mereka akan indah sama seperti dalam cerita tu
Matter of the realitinya kehidupan ni tak selalunya indah...tak selalunya berakhir dengan happy ending infact it full of bullsh*t
Dia orang cipta cerita dongeng tu sebagai fake hope untuk budak-budak especially
Nak beritahu dunia ni tak sekejam yang di sangkakan...
Sedangkan..
Pandai-pandai la fikir.
Dunia ni memang tak kejam
Tapi manusia yang menghuninya tu yang kejam
Manusia adalah ciptaan yang paling berbahaya dekat muka bumi ni...sebab otak mereka tu boleh cetuskan pelbagai masalah
Dari hal sekecil zarah hingga la sebesar alam ni!
Sama la macam hidup dia sekarang...
Everything is f*cked up!
Three freaking f*cking years!
Okay!
Tiga tahun dia meringkuk dalam penjara ni.
Semuanya sebab siapa?
Manusia jugak la!
Gara-gara mulut dan rancangan untuk aniaya hidup dia, mahkluk bernama manusia ni telah buatkan dia di penjara untuk kesalahan yang dia tak buat.
Hanya kerana perasaan hasad dengki, iri hati dan ketamakan dalam diri mereka, hidup dia yang merana.
Tapi tak apa!
Duduk dalam penjara ni tak ada la teruk mana.
Baru saja dia hendak senduk makanan dalam sudu, sesuatu jatuh terbaring di atas meja lalu mengenai dulang makanan dia.
"Kau tunjuk siapa bagus dekat sini?"seorang banduan wanita berbaju oren cekak seorang lagi banduan wanita berbaju biru.
"Kau ingat aku takut?"cabar si banduan berbaju biru.
Serius?
Dekat meja dia jugak ke?
Memangnya dah tak ada tempat lain apa nak gaduh?
"Hei!Tak nampak ke orang nak makan ni?" marah banduan senior yang sedang duduk di sebelahnya.
Banduan samseng berbaju oren tadi pandang bengis ke banduan senior tadi. "Kau pun nak kena sekali ke?"
Biasa la...nama pun duduk dengan orang tak bertamadun la katakan. Macam ni la hari-hari dia di sini.
Nak dibandingkan banduan yang baru masuk tak sampai tiga bulan depannya ini, pengalaman selama lima tahun dia sikit pun tak buatkan dia terkejut.
Disebabkan dalam penjara ni kebanyakkannya dah pandai behave, tak siapa berani nak masuk campur atau hentikan pergaduhan ini. Mereka hanya lebih memilih untuk diam dan sibukkan diri dengan hal masing-masing.
Sebelum hayunan penumbuk itu hinggap ke muka banduan yang sedang terbaring di atas mejanya, dulang aluminium yang sudah terbalik dicapai dia.
"Rasakan ni!"teriak banduan baju oren tu sewaktu mahu menumbuk.
Tanpa membuang masa, dia bangun dari situ dengan bersahaja sambil memegang dulang di tangan.
Dan tepat pada masa itu, dulang tersebut bergerak padu ke bawah ketiak banduan berbaju oren.
PRAK!
Dengan tepat dulang alumunium kena pada tulang ketiak banduan baju oren!
Banduan tu apalagi, dia terus undur ke belakang kerana terkejut dek kesakitan dalam masa yang sama.
Semua banduan yang ada dalam dewan makan itu hanya duduk menyaksikan kejadian tersebut.
Drama biasa kalau duduk dengan banduan dan penjanayah. Tak payah tengok Tv bagai, siaran live sentiasa ada.
"Arghh!"jerit banduan baru itu sambil pegang ketiak.
Bersama muka tak berminat, dia berdiri melangit dekat atas banduan tu lantas injak tengah dada tu dengan kaki.
Haih...menjengkelkan betul la. Nak makan pun tak senang!
"Kau tahu...dalam penjara ni bukan tempat kau nak tunjuk perangai."ujar dia dengan nada mendatar sewaktu tundukkan mata ke bawah memandang banduan wanita berbaju oren tu.
Kaki yang berada di dada di pegang banduan baju oren. Dia berniat hendak tumbangkan lawan di atasnya ini. Namun belum sempat nak bertindak, bawah tekaknya di tekan kuat sehingga menyekat udara serta merta.
Tsk!Tsk!Lidahnya diketik kesal.Tangan di seluk ke dalam poket seluar dengan bersahaja."Wrong move sis...if i were you...i will not dare."ugutnya dengan nada dingin sambil beratkan lagi tekanan pada kerongkong tu.
Ketika itu la dua orang warden muncul dari arah tangga. Warden wanita dua orang tu kemudiannya menuruni tangga dengan langkah tenang bersahaja sebelum jalan merentasi isle di celah meja di situ dan melihat situasi tersebut.
Namun warden tersebut hanya pandang kosong akan situasi depan mereka. Mereka berkelakuan seakan tak nampak apa-apa. Seakan tiada apa-apa berlaku di situ.
"Luna Alana..."panggil warden pertama sewaktu jalan mendekat.
Mendengar nama penuhnya di panggil buatkan dia palingkan kepala.
What now?!
Asal nama penuh dia disebut mesti ada something wrong!
Dua orang warden wanita itu kemudiannya berdiri di tepi mereka dengan kedua-dua tangan di belakang badan.
"Ada pelawat."maklum warden kedua pula.
Luna kedipkan mata dia satu kali sebelum kembali memandang banduan syok bagus di bawah kakinya. Sudah kebiruan muka dibuat dia sebab tak dapat bernafas.
"Oops..."Dia bawa tangan dekat depan mukut. "Hehe..sorry. Aku sengaja."sebut Luna dengan muka serba salah yang dibuat-buat. Warden ada dekat sebelah kot...takkan la nak tunjuk perangai pulak. Lantas kakinya di alihkan dari tekak itu.
Banduan tersebut terus terbatuk-batuk memegang tekak dalam keadaan mengiring hendak dapatkan udara.
"Siapa yang datang melawat?"soal Luna sejurus itu. Dia pandang muka dua orang warden di depannya dengan kening terangkat.
Hairan.
Selama tiga tahun dia meringkuk dalam penjara ni, sekali pun dia tak pernah terima lawatan dari sesiapa. Dan kali ni tiba-tiba ada yang melawat?
Did something happen?
"Peguam."jawab Warden pertama dengan renungan dalam penuh maksud ke Luna.
Air muka ingin tahu Luna berubah menjadi keruh taktala dia faham akan maksud renungan itu.
Terus terkepal penumbuk dikedua-dua tangannya.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...