44.

1.4K 103 0
                                    

Dengan tidak sabar hujung kaki berkasut tumit tinggi digoyang sejak tadi sebaik duduk di situ.

Kali ni tak ada lagi cara lemah lembut.

Suka atau tak, dia dah buat keputusan

Peduli la apa akan jadi sekiranya apa yang di rancang selama diketahui dengan orang

Sabar dia dah tak ada lagi

Sama ada mereka yang mati atau dia yang mati

Keputusan dia muktamad!

Penjara atau tidak, dia dah tak fikir apa akibatnya.

Apa yang dia tahu, semua ni perlu di tamatkan.

Satu kucupan dapat dirasai pada dahinya sewaktu haruman minyak wangi mahal mulai menerpa rongga derianya tiba-tiba. Buatkan dia yang sedang termenung, tersentak sedar. Tapi hanya diam membatu di situ.

"Sorry lambat...saya ada meeting tadi."Aaron duduk dekat kerusi bertentangan Luna di kafe tu.

Perlahan-lahan Luna membuka mata dia yang terpejam sejak tadi saat menunggu kedatangan Aaron di situ. Wajah suaminya di pandang dari balik kaca mata hitam yang dipakai.

"Sorry kalau menganggu."ucap Luna dengan nada dingin yang mendatar. Tak kuasa nak cakap lembut-lembut. Dia tak ada mood! Rasa nak marah je memanjang ni! Kalau Aaron buat something yang on kan suis marah dia, mungkin tak semena Aaron boleh kena maki.

Seorang pelayan kafe datang mendekat ke meja pasangan tu tak lama kemudian. "Boleh saya ambil pesanan?"tanya pelayan lelaki tu pada Aaron.

Aaron hanya angkat tangan tak mahu sambil geleng kepala. "It okay..thank you."

Pelayan itu kemudiannya tundukkan kepala untuk pamit meminta diri dan tinggalkan dua orang tersebut tanpa berlengah.

Kemudiannya Aaron kembali fokus memandang Luna. "Katanya awak nak bincang sesuatu dengan saya?Apa dia?" Aaron lepaskan butang kot birunya sambil tu biar selesa bila duduk.

Luna turunkan kaki bersilangnya ke lantai lalu tanggalkan cermin mata hitam dari muka sewaktu duduk tegak ke depan. Lalu bersenuka dengan Aaron yang sekali tak pernah tak senyum kalau bersama dengan dia.

"Ya...ianya tentang peralihan kuasa syarikat hari tu...awak masih simpan surat perjanjian mama saya dengan awak?"soal Luna dengan nada serius dan renungan dinginnya.

Aaron menjungkit kening hairan bila melihat postur dingin Luna. Dah kenapa pulak dengan isterisnya ni."Ada....kenapa?Awak nak ke?"

Dia hanya mengangguk kecil sambil jungkit kening."Hm...Uruskan untuk saya buat pengumuman di Golden Venture nanti."Luna tenung mata Aaron dalam-dalam.

"Awak nak maklumkan kepada mereka mengenai peralihan kuasa tu ke atau perubahan kedudukan di syarikat tu?"Aaron ikut duduk tegak dengan kedua-dua dekat atas lutut kakinya.

Ya...dia nak beritahu dekat semua orang, anak kepada Jeremiah yang mereka kecam dan perendahkan kerana difitnah salah guna dadah kini bakal menjadi bos mereka. Biar mereka tahu...dan terutama sekali untuk Henry. "Boleh awak uruskannya untuk saya?"minta Luna.

Aaron angguk kepala. "Sure...no big deal. Awak nak bila?"

Luna ketap gigi menahan sabar saat jari jemarinya mula mengepal ke dalam tapak tangan kuat-kuat sampai sakit gara-gara kukunya menusuk kulit tapak tangan tu.

Henry!

Henry!

Itu saja yang ada dalam kepala dia.

Dan apa yang dia nak buat pada lelaki tu, sudah bermain dalam fikiran sejak tadi.

Apa dia mahukan sekarang adalah kematian lelaki tu.

Tapi tak.

Dia takkan biarkan Henry mati macam tu je.

Dia nak Henry rasa terseksa!

Dia nak Henry rasa apa yang ayah dia rasa sewaktu ayahnya di bunuh dengan sadis oleh Henry!

"Sayang?"Aaron pegang tangan Luna yang sedang mengepal penumbuk dengan lembut. Hairan dia perhatikan Luna, kerap sangat termenung kebelakangan ni.

Luna soberkan diri dari menungnya lalu pandang ke Aaron semula dengan hati yang hiba dan sakit pada masa yang sama. "Secepat mungkin kalau boleh.."

"Awak okay tak ni?Nak jumpa doktor?"tanya Aaron dengan kening berkerut risau.

Luna angguk kepala kecil. "Saya okay..."

"Kalau ada sesuatu mengganggu fikiran awak..beritahu la saya.Jangan la simpan sendiri. Okay?"pesan Aaron dengan nada memujuk.

Luna tundukkan pandangannya ke gelas berisi jus smoothie strawberinya buat seketika. Terbayang dia macam mana dia nak kerjakan si Henry tu nanti.

"Okay."balas dia dengan suara kecil. "Malam ni..kalau awak free mari kita dinner sama." ajak dia dengan nada termenung.

Senyum lebar Aaron lepas dengar. "Tak payah tunggu saya free...kita boleh pergi terus." balasnya serta merta.

Luna pandang semula ke Aaron dengan renungan gelap. Henry akan terima balasan dari dia!

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now