50.

1.4K 107 6
                                    

Bersepah kepingan gambar dan helaian kertas di atas meja kerja tu. Sementara tuannya sedang fokus memandang skrin ipad melihat video yang dirakam.

"Itu saja laporan dari saya."maklum peguam a.k.a penyiasat peribadi Aaron. Lelaki berkaca mata bulat dengan potongan rambut menutup dahi tetapi nipis di bahagian tepi.

Jari telunjuk Aaron mengetuk-ngetuk permukaan meja semasa dia tonton video dimana isteri dia jadi watak utama.

Mungkin ini la maksud pepatah...jangan disangka air yang tenang tiada buaya.

Nampak saja Luna ni bersahaja dan diam. Rupanya Luna Alana ni adalah seorang wanita yang licik dan berbahaya. Tak sangka betul!

Aaron ingatkan Luna curang kepada dia lepas Aaron perasan Luna kerap keluar dan hadap handphone. Dan Aaron semakin yakin yang Luna curang kepada dia bila perhatikan layanan dingin Luna terhadap dia.

Tanpa tunggu lama, Aaron upah orang seminggu selepas mereka berdua berkahwin untuk siasat dan intip  tindak tanduk Luna senyap-senyap.

Sekali tu...

Tak sangka pulak Aaron lepas dapat maklumat.

Luna bukannya curang..

Tapi sebaliknya...

Patut la Luna keluar tiga tahun awal dari tempoh sebenar dia dipenjarakan. Rupanya Luna dibebaskan atas bantuan dari Gina sendiri. Iaitu Ketua Warden penjara dimana Luna di tempatkan. Gina bantu Luna dengan membuat surat rekomendasi dan rayuan pada mahkamah dan akhirnya Luna di bebaskan lima tahun kemudian.

Lepas tahu laporan siasatan tu, Aaron semakin teringin tahu apa alasan Luna mintak keluar awal dari penjara. Jadi dia mintak orang siasat lebih dalam lagi

Dan alasannya ialah, Luna keluar penjara awal kerana mahu balas dendam buat ibubapa Luna dan nasib yang menimpa Luna.

Dan target Luna adalah mereka yang telah susahkan hidup Luna suatu masa dahulu.

Sejak itu la....

Aaron tahu segalanya...

Semuanya.

Dari A hingga Z.

Dari awal rancangan sehingga la rancangan terkini Luna.

Tapi sikit pun tak diketahui oleh Luna.

"Dia rancang untuk perangkap Henry?"Aaron turunkan ipad tu tak lama kemudian dan pandang ke depan mejanya.

"Ya tuan...selepas Puan Luna keluar dari Golden Venture dia bertemu dengan warden penjara iaitu Puan Gina untuk dapatkan pendapat. Tapi sebaliknya Puan Luna sendiri yang berikan cadangan untuk lakukannya."

Aaron angguk kepala faham sambil teliti gambar dimana Luna keluar ke sana ke sini tanpa pengetahuan dia.

"Apa yang dia rancangkan?"sekeping gambar dimana Luna keluar dari sebuah hospital di capai. Tersenyum dia bila lihat gambar tu. Mana taknya, sudah la pakai pakaian ekstravaganza dan bercermin mata hitam bagai, ianya buatkan Luna kelihatan seperti artis pula dalam gambar tu. Comel je bila ditengok!

"Puan Luna mahu buat laporan mengenai penyalah gunaan dadah ke atas Henry. Guna cara yang sama seperti mana Azzalea gunakan sewaktu fitnah puan Luna."

Aaron letakkan gambar tu dan pandang penyiasatnya dengan kening berkerut. "Letakkan dadah dekat rumah atau dalam kereta?"tanya dia.

"Kedua-duanya sekali."

Aaron capai helaian kertas dekat situ lalu di teliti dengan kening berkerut. "Rumah dan kereta?Bukan ke dah di sita dua minggu lepas?Harta mana lagi?"tanya dia dengan hairan.

"Hari Puan Luna keluar dia beli sebuah apartment dan kereta di atas nama Henry."

Makin hairan Aaron lepas dengar. "Mana dia dapat duit nak membayar semua tu?"

"Kad kredit Henry sendiri...dia pinjam dari Henry lepas keluar dari penjara..."

Aaron geleng kepala tak percaya dengan otak geliga Luna. Sampai tahap macam ni sekali ya Luna rancang untuk balas dendam. Bertuah betul punya isteri.

Tak hairan la kenapa malam pertemuan dia dengan Luna boleh di kelab malam. Rupanya dah ada sumber kewangan awal-awal lagi.

"Tuan nak saya buat apa selepas ini?"

"Pantau dan perhatikan saja. Paling penting pastikan keselamatan dia di tahap maksima. Saya tak nak apa-apa berlaku pada dia." Aaron susun semua kertas dan gambar di situ lalu dimasukkan ke dalam sampul coklat.

Peguam a.k.a penyiasat Aaron perhatikan reaksi tenang Aaron dengan hairan. "Tuan akan biarkan Puan Luna lakukan semua ni?" soal dia dengan nada risau.

Aaron hanya kemas sepah di situ cantik-cantik lalu di sua sampul tadi ke peguamnya. "Biarlah dia...kalau saya halang sekalipun ianya bukan memulihkan lagi keadaan. Malah semakin burukkan lagi situasi ada la."ujarnya dengan nada mengalah.

Sampul itu dicapainya."Tapi tuan...semua ni salah. Puan Luna boleh berakhir di dalam penjara semula."

Lantas Aaron sandar ke kerusi dan rehatkan tangan di atas perutnya. "Salah atau betul biarla Luna yang tentukannya. Saya sebagai suami dia sendiri tak mampu nak pertahankan dia sewaktu dia perlukan saya. Dia cuma nak tuntut apa yang mereka dah rampas dari dia. Sekarang apa saya boleh buat adalah bantu cover sebarang loop hole yang dia tinggalkan dari dijejak sesiapa dan tertangkap. Kamu, sekiranya kamu lakukan tugas dengan baik...isteri saya takkan berakhir di penjara..."

Peguam Aaron hanya tunduk mengalah mendengar penjelasan Aaron. "Baik tuan."

Mata Aaron mengerling ke bingkai gambar couplenya disebelah komputer. Gambar yang diambil semasa di sekolah menengah itu  ditenung dengan perasaan serba salah. Termenung dia taktala tatap wajah dia dan juga Luna yang begitu ceria dan gembira ketika itu. Serta merta rasa kesal menyelubungi diri. Kalau la dia sempat selamatkan Luna sebelum dihumban ke dalam penjara dulu, mungkin Luna tak menderita macam ni sekali sampai sekarang.

"Sekiranya ini dapat tebus kesalahan saya terhadap Luna, saya sanggup ganti tempat dia untuk disalahkan sekiranya Luna tertangkap." lafaz Aaron dengan nada termenung.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now