39.

1.4K 106 3
                                    

Cadar di tarik naik ke dada Azzalea sebelum dia bangun dari duduknya di katil sambil menatang dulang berisi gelas kosong. Isinya tadi susu yang dicampur dengan beberapa jenis ubat. Tapi habis diminum dengan Azzalea tak lama lepas tu.

Lepas minum,seperti  biasa Azzalea akan jatuh lena kerana kesan ubat-ubatan yang diberikan oleh Luna secara sembunyi sejak beberapa minggu ni.

Kerana ubat itu juga, kesihatan Azzalea semakin hari semakin mulai merosot. Yang mana berlaku seperti yang Luna mahukan. Dia tiada niat nak bunuh terus. Hanya nak beri efek saja pada Azzalea sebagai persediaan untuk rancangan seterusnya.

Sebaik saja Luna keluar dari bilik tidur itu, Luna di sambut dengan bulter yang sedia menunggu sejak tadi di depan bilik tu.

"Mana yang lain?"tanya Luna pada butler tu.

"Ada di bilik makan puan."butler tu jawab sambil tunduk pandang ke bawah.

Tanpa menunggu Luna suruh, butler itu capai dulang tadi dari tangan dia lantas beredar dari situ.

Jam di tangan di pandang Luna. Nak pastikan dia balik rumah sebelum Aaron. Kalau suami dia dapat tahu dia tak ada dekat rumah, habis la dia!

"Tak berhambus lagi kau ni?"tegur suara tu tiba-tiba.

Tersentak Luna. Dengan kening berkerut dia pandang ke depannya. Hish! Tak reti nak tegur elok-elok apa! Main sergah je. Mangkuk ayun betul.

"Tak reti malu ke?Sudah la menumpang...masih lagi nak ulang alik keluar rumah ni macam tempat kebajikan masyarakat. Ada laki kan...jaga la dia tak payah sibuk ke hulu hilir rumah macam kau tuannya."tak semena Carson muncul dari depan anak tangga sebaik saja Luna menghampiri tangga tu.

Dengan langkah berlagak penuh yakin, Carson dekati Luna dan berdiri melangit depannya.

Sementara Luna sikit pun tak rasa terancam dengan gesture yang diberikan oleh Carson. Bahkan dia semakin rasa tercabar.

Nak tunjuk siapa dominan eh?

Sure why not!

Dia sendiri nak tengok sampai mana je Carson boleh tahan.

Heh!

"Apa?"tanya Luna sambil sengih meleret. Rasa lucu pulak bila dengar kata-kata tu. "Berhambus?"tanya dia dengan nada macam orang tak dengar dengan jelas. "Buat apa aku nak keluar dari rumah aku sendiri...lagipun rumah  ni kepunyaan keluarga aku. Suka hati aku la nak keluar masuk tempat ni macam hotel ke apa."cebik Luna dengan bangga.

Carson berdengus benci. "Kalau dah keturunan tak tahu malu selamanya memang tak sedar diri kan...kagum aku..."sindir Carson dengan nada sinis.

Luna ketawa lagi lepas dengar. "Excuse me? Siapa tak sedar diri sekarang ni? Kau sedar tak kau cakapkan apa ni?"Luna pandang Carson dari atas ke bawah dengan renungan judging. Bukan main lagi ya hina dia!

Carson berdengus tak percaya. Memangnya Luna fikir dirinya tu siapa!"Mesti la aku sedar. Aku tengah bercakap dengan perempuan malang yang harapkan belas kasihan orang lain untuk puaskan diri."

"Oh really....kalau macam tu apa kau nak cakapkan tentang asal usul diri kau yang sebenarnya?"sengih Luna dengan jahat sewaktu membaca reaksi Carson. Mesti abang tirinya terkejut. "Adakah ianya juga dikategorikan sebagai tak tahu malu dan tak sedar di untung jugak?"

Carson buat muka. "Apa kau merepekkan ni? Kenapa dengan asal usul aku?"

Luna ketawa dibuat-buat. What a such pain in the ass! Dia harap sangat dapat sental muka berlagak Carson dengan besi keluli penggosok buntut kuali!

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now