Seperti anak kecil yang terbiar tak di urus, Azzalea duduk di sofa ruang tamu menghadap pintu masuk ruang tamu tu dengan badan menggigil dan mata berlingkaran hitam.
Entah kenapa, dia rasa semacam dengan sekelilingnya. Dengan renungan tajam, Azzalea mengerling dengan liar untuk melihat sekeliling ruangan tu.
Takut kalau ada budak kecik kepala bota bakal melompat keluar dari tempat persembunyian. Malam tadi dia nampak budak tu lari-lari dekat dalam bilik sampai dia tak boleh tidur.
Aazalea duduk sambil gigit hujung jari dekat sofa lepas di pimpin dengan seorang butler ke ruang tamu utama tu tadi.
Sementara Luna yang perhatikan tingkah Azzalea berdiri dekat belakang sofa tu. Diam tak ada bunyi. Khuatir sekiranya Azzalea hilang kawalan dan dia pulak yang jadi mangsa tak pasal-pasal.
Menurut laporan kesihatan yang diterima dari hospital yang Luna pergi sewaktu check up Azzalea, doktor beritahu keadaan Azzalea semakin memburuk. Disebabkan kandungan dadah atau ubat yang diambil oleh Azzalea terlalu banyak, ianya telah rosakkan sistem neurologi Azzalea.
Pendek kata Azzalea dah sama seperti orang yang menghidap szicrophenia tahap kritikal. Penyakit nyanyuk yang buatkan orang berhalusinasi dan tak dapat nak kawal emosi.
Menggunakan state mental Azzalea yang sedang terganggu itu, Luna tunduk dekat pada telinga tu lalu berbisik.
"Ingat Jeremiah?"
Azzalea tersentak, dia pandang kanan dan kiri dia dengan sengih lebar di bibir. "Jeremiah...mana dia..?"tanya dia. "Hehehe..."
"Henry dah bunuh dia...Henry..anak kau...dah bunuh Jeremiah.."psiko Luna lagi yang cuba brainwash Azzalea sebelum kemunculan Henry.
Reaksi suka Azzalea tiba-tiba berubah menjadi garang. "Grrr.."deram dia. "Henry...Henry bunuh Jeremiah.."matanya gerak mencari kelibat si Henry tu.
"Ya...dia..dan kejap lagi dia akan datang untuk bunuh kau...jangan biarkan dia bunuh kau...jangan." bisik Luna sebelum dia tersenyum sinis.
"Aku kena bunuh Henry..."sebut Azzalea sambil angguk kepala setuju.
"Dia akan muncul dari pintu tu nanti...orang yang bunuh Jeremiah..."bisik Luna buat kali terakhir sebelum berdiri tegak semula.
Dua orang lelaki bersut hitam muncul dari pintu sebelah kanan bilik tu dan dekati Luna lantas berbisik.
"Henry dah sampai."
Luna yang dengar palingkan kepala ke bahu kanannya dengan muka tiada mood. Semua ini buatkan dia down dan depresssed sebenarnya. Jadi psiko bukan kerja yang mudah. Ianya memakan banyak tenaga dan rasionaliti.
"Pihak polis?"tanya Luna dengan perlahan.
"Tak jauh lagi...mereka dalam perjalanan jugak. Kita kena sembunyi sekarang puan.." gesa lelaki kedua pula.
Luna kembali memandang Azzalea sebelum pandang ke pintu pula. Bila-bila masa saja Henry bakal dari muncul di situ.
Patutnya dia tonton semua ni dengan hati yang gembira dan penuh kemenangan. Tapi entah kenapa, hanya ada perasaan kosong dan kalah yang dia rasai.
"Puan Luna...kita betul-betul pergi sekarang.." gesa lelaki pertama.
Dia boleh je batalkan semua rancangan ni. Tapi sia-sia la pulak nanti semua yang dia dah laburkan semata untuk balas dendam pada mereka kalau dia hentikan niatnya macam tu je.
"We really need to go now!"tegas lelaki kedua sambil pegang ear-in yang terpasang di telinga setelah rakannya yang lain beritahu Henry semakin mendekat.
Lelaki pertama pegang lengan Luna. "Puan..!"
Mata Luna tak berkedip dari memandang pintu bilik utama ruang tamu itu.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...