27.

1.4K 105 0
                                    

"Ada apa kamu panggil saya ke sini?"tanya Gina sambil perhatikan orang yang lalu lalang dekat depan mereka.

Luna termenung memandang lantai pavement dekat bawah kakinya mengenang nasib. Selain Gina dia tak ada orang lain yang dia boleh share kan story atau masalah. Masa dekat penjara, Gina jugak jadi mangsa tempat dia luahkan perasaan dan tekanan.

"Saya akan berkahwin tak lama lagi."ujar Luna tak lama kemudian. Dia palingkan kepala ke Gina dengan muka sedih.

Elok Gina masa tu nak minum, terus tak jadi lepas dengar. Dengan mata terbutang luas dia pandang Luna. "Serius?"soalnya dengan terkejut. Baru keluar penjara dah nak kahwin?Hebat betul anak seorang ni.

"Um."angguk Luna dengan senyuman nipis di bibir. Dia sedih sebenarnya. Memang cita-cita dia nak kahwin di usia yang muda. Tapi bukan dengan keadaan macam ni. Sudah la tiada ibubapa untuk kongsikan rasa bahagia, kahwin pula terpaksa. "Hujung bulan ni...dengan kenalan rapat yang saya dah bersama sejak sekolah menengah lagi."

"Iya ke. Syukur la kalau begitu...lega saya dengar. Nanti adala orang yang boleh jagakan kamu dan rawat kamu. Ada bahu untuk bersandar tempat untuk berteduh."ujar Gina sambil usap belakang kepala Luna dengan kasih.

"Saya takut..."luah Luna dengan perlahan.

Gina yang tersenyum itu berkerut kening tak faham. "Kenapa kamu takut?"

Mata itu perlahan-lahan kemerahan sebelum mula berkaca mengeluarkan air mata. "Kalau saya tak boleh nak lindungi apa yang saya ada sekarang...apa lagi masa depan nanti." jawab Luna dengan sedih.

"Kenapa perlu takut...Luna yang dulu bukan yang sekarang. Lagipun saya kan ada dekat sini. Tiada apa-apa yang buruk bakal menimpa kamu.."pujuk Gina dengan senyuman keibuannya.

Terus jatuh air mata Luna bila dengar. Betapa berharapnya dia ada ibu dan ayahnya sekarang. Rindunya semakin lama semakin memuncak sampaikan sebu dada nak bernafas. "I miss them so much...i miss my old life..." tersedu sedu Luna tekup muka dengan kedua-dua tangan.

Terus Gina tarik Luna ke dalam pelukan lalu di tepuk belakang badan itu. "Shh...shh...semuanya akan baik-baik saja. Jangan menangis. Saya yakin ibubapa kamu tak pernah salahkan kamu untuk apa yang berlaku."

Luna tolak diri dia jauh dari Gina lantas bersuara. "Mama tiri saya kahwinkan saya sebab duit untuk selamatkan company ayah...saya tak boleh nak tolak sebab nak bagi dia percaya dekat saya....apa saya kena buat sekarang?"

Gina tekap pipi Luna lalu diseka air mata dari pipi tu. Sambil tersenyum dia pandang muka kemerahan Luna. "Kamu kan anak yang bijak...saya yakin kamu boleh fikirkan caranya bagaimana.."

Kening Luna berkerut sebaik mendengar kata-kata itu. Dan serta merta idea terus menerjah benak fikirannya.

Tangan Luna dicapainya."Lakukan apa yang perlu, minta apa yang kamu mahukan. Saya akan cuba bantu mana yang boleh. Salah atau tidak keputusan kamu, belakang cerita." Gina beri tepukan semangat ke atas tangan Luna.

Luna termenung memandang ke satu arah bila teringatkan sesuatu."Aaron."sebutnya dengan nada termenung.

"Hm?"Gina jungkit kening sebelah. "Siapa?"

Luna pandang Gina dengan wajah terkejut kerana baru sedar akan sesuatu. "Saya tahu macam mana nak dapatkan balik apa yang patut jadi milik saya."jawab dia dengan nada bersemangat.

"Ini la Luna yang saya kenal."senyum Gina dengan senang.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now