Selepas lawat Azzalea dekat rumah agam dan bagi makanan yang telah dicampur dengan ubat, Luna singgah ke tempat kerja Aaron tengah hari tu.
Oleh kerana suami dia buat permintaaan khas untuk makan makanan yang dimasaknya lagi, bekal yang dia sediakan dari rumah turut di bawa bersama.
Sambil berjalan menghampiri pintu masuk bangunan, Luna tunduk memandang skrin telefon untuk call Aaron. Sentuh saja nama Aaron dekat skrin dan tekap telefon ke telinga, Luna pandang ke depan.
Dua meter sebelum Luna tiba di pintu masuk, fokus dia terarah pada kereta mewah yang terparkir dekat tepi jalan bangunan depannya. Mulanya dia pandang sekilas, sekali bila sedar yang dia kenal siapa yang dipandang, Luna kembali memandang ke kereta itu.
Terkejut dengan apa yang dilihat, kaki Luna berhenti dari berjalan. Dia berdiri kaku dekat situ.
Perlahan-lahan Luna pun turunkan telefon dari telinga lalu putuskan panggilan yang tak sempat disambungkan taktala melihat Naylie di dalam kereta kiss lelaki yang duduk di tempat pemandu dalam kereta tersebut.
What the hell?!
Apa yang dia baru nampak ni?
Huh!
Apa yang tengah berlaku ni?
Dengan kening berkerut tak faham, Luna teruskan langkahnya ke arah pintu masuk bangunan dengan langkah lekas.
Setiba dia di depan kaunter recieptionist, Luna disambut mesra dengan staf lelaki yang sama. Kali ni staf itu kenal siapa Luna.
"Selamat tengah hari puan...Tuan Aaron ada di dalam pejabatnya."maklum staf itu serta merta lepas Luna berdiri dekat depan kaunter tu.
Luna beri anggukan kecil. "Tingkat berapa?"tanya dia dengan kening berkerut.
"Bilik beliau di tingkat 20."
Tanpa berkata apa-apa lagi, Luna gerak ke arah lif. Dan sepanjang perjalanannya itu, fikiran dia masih memikirkan kejadian tadi.
Sampai saja depan pintu lif, waktu itu juga pintu lif terbuka dan beberapa orang staf keluar dari situ. Lepas semua keluar baru Luna masuk. Seperti yang diberitahu, dia tekan butang 20 dan tutup pintu lif tu.
Dekat lima minit begitu, Luna tiba di tingkat tersebut. Keluar saja dari situ Luna pandang kanan dan kiri nak cari arah. Sekali dia pandang, matanya ternampak plak nama warna hitam dekat satu dari pintu di situ.
'AARON EVANS, CEO.'
Berasa lega kerana tak perlu susah payah mencari pejabat Aaron, Luna belok ke kiri dan dekati pintu itu tanpa berlengah. Berdiri saja dia depan pintu itu, Luna angkat kepalan penumbuk nak ketuk, sekali tu-
BAAM!
"KERJA MACAM NI PUN SUSAH NAK HANDLE KE! KALAU SEMUA AKU BUAT BAIK KAU ORANG TAK PAYAH KERJA!"suara ngauman yang lantang kedengaran dari dalam bilik tu.
Terbutang mata Luna bila dengar.
"Aku tak nak dengar perkataan maaf dari kau orang!Repair semua masalah ni secepat mungkin atau berikan surat letak jawatan dekat meja aku serta merta!"
Tombol pintu itu dipegang Luna sebelum di tolak ke bawah.
"Maafkan saya tuan..."suara orang meminta maaf kedengaran sebaik dia melangkah masuk. Dan pada masa itu la sesuatu melayah jatuh tepat di depan kakinya.
"KELUAR!JA-"terhenti terus suara marah tu sesaat kemudian.
Luna tunduk mengutip fail yang terbukak dekat depan kakinya sebelum berdiri menghadap depannya. Sikit pun tak terkejut.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...