Melihatkan betapa berseleranya Aaron menjamah makanan, Luna yang perhatikan sejak tadi hanya diam tak bercakap. Dia tunggu lepas Aaron siap makan. Takut pulak nanti kan masa dia bercakap, lelaki ni tersedak ke apa. Kan tak pasal-pasal.
Sambil kunyah dan suap makanan dalam mulut Aaron pandang skrin ipad dimana email dari klien tertera di situ.
Luna yang perhatikan rasa kasihan. Jadi dia tak boleh biarkan Aaron libatkan diri dalam hidup dia lagi.
Untuk itu dia nekad untuk lakukan hal ni. Dia tahu Aaron pasti akan bencikan dia lepas dengar apa yang bakal dia katakan nanti.
Mata Luna terarah pada tangan kanan Aaron yang masih mengenakan cincin couple yang dia berikan sewaktu ulang tahun pertama hubungan mereka berbelas tahun yang lalu.
"Awak masih pakai cincin tu?"tanya Luna tak lama dia diamkan diri sejak 15 minit lepas.
Kepala Aaron tersentak memandang Luna. "Huh?"keningnya dijungkit tinggi. "Cincin?" lalu tangan kanannya di gerakkan untuk lihat cincin silver platinum di jari manisnya pula. "Kenapa?"
"Kita bukan couple lagi...kenapa awak tak tanggalkannya?"Luna silangkan kaki dengan yakin saat sandar ke sofa itu.
Garfu dekat tangan terus diletakkan ke dalam bekal itu dengan Aaron sebaik dia dengar pertanyaan itu. "Dah kenapa awak cakap macam tu Luna?"
"You heard me before right?"Luna lentokkan kepala. "Hubungan kita putus sejak lima tahun lepas."
"Please Luna...saya ingatkan kita dah lepas fasa tu...perlu ke ungkit balik?"keluh Aaron sewaktu telan sisa makanan dalam mulutnya.
Luna menjungkit bahu tak peduli. Sekarang ke semalam ke hari tu ke. Benda dah jadi tetap ada dalam ingatan dia. "Yes..."cebiknya dengan nada tak kisah.
Aaron bersandar letih ke sofa selepas itu. Dia pandang kesal ke Luna yang berhadapan dengannya itu dengan kening mencerlung. "Nampaknya kedatangan awak ni bukan nak happy kan saya tapi sebaliknya?"
Luna tersengih sinis. Pandai pun. Nasib baik la. Kalau tak sia-sia je dapat muka handsome macam ni. "Dan saya tak sangka yang awak masih percaya yang saya ada perasaan dekat awak lagi..."
Dia buat muka tak suka melihatkan sikap sinis Luna macam ni."Kalau awak buat perangai menyakitkan hati macam ni semata nak buatkan saya cancel wedding kita...my answer still no."tegas Aaron.
Haih...degil betul la!"Fine...kalau awak still nak teruskan jugak. Saya akan setuju. Tapi dengan syarat. Sekiranya awak setuju lakukan apa yang saya minta. Wedding ni akan diteruskan tanpa bantahan dari saya lagi. " Luna duduk tegak dari sandar dan turunkan kaki bersilangnya ke lantai.
Kening Aaron mencerlung tajam. "Syarat?Awak ingat wedding kita ni apa?Bersyarat bagai. Saya nak kahwin dengan awak sebab saya nak
Bukan nak ambil kesempatan atau apa. Jangan nak bergurau boleh tak?"soalnya dengan marah.Luna ketawa kecil lepas dengar. Itula yang dia nak Aaron fikirkan."Hei...jangan la nak marah dulu. Bukan ke dari awal lagi ini tujuan perkahwinan ni diadakan? Awak gunakan hutang syarikat papa saya untuk dapatkan saya. Sementara mama saya gunakan saya untuk dapatkan duit. Kenapa pulak saya tak boleh guna cara yang sama?Mana adil kalau macam tu?" selorohnya dengan senyuman sinis di bibir.
"Luna!"panggil Aaron dengan tegas sambil pukul arm rest sofa.
"What?"sahut Luna dengan malas.
"Bukan itu niat sebenar saya. Awak tahu tu kan?"luah Aaron dengan wajah marah.
Ya..dia tahu. Masalahnya sekarang Azzalea dan anak-anak wanita tu hanya akan bagi masalah dekat Aaron dan keluarga lelaki ni je kalau mereka berurusan dengan."Ya sudah...kalau tak setuju. Saya takkan berkahwin dengan awak. The end."Luna jungkit bahu tak peduli. Dia tak rugi apapun.
Dada Aaron naik turun menahan sabar, kening dia mencerlung marah sewaktu pandang Luna dengan renungan tajam. Dah kenapa Luna ni. Terus menerus buat perangai tak guna macam ni. "Apa dia syaratnya?"mintanya dengan nada mengalah. Dia tak peduli apa sekalipun perangai tak guna yang ditonjolkan Luna. Apa yang pasti dia akan tunaikan janji yang dia buat dengan Luna suatu masa dahulu. Iaitu berkahwin dengan Luna tak kira apa sekalipun yang berlaku.
Luna tersenyum penuh kemenangan lepas dengar. Well...here we go. Harap-harap kenyataan dia ni boleh buatkan Aaron ubah fikiran."Saya perlukan awak sebagai orang ketiga untuk rampas syarikat ayah saya. Dengan cara, jangan berikan wang pada mama saya tapi sebaliknya. Berikan dia kontrak pengambilalihan kuasa syarikat papa saya." aju Luna dengan renungan gelap ke Aaron.
"What?"soal Aaron dengan muka tak percaya.
"Buat mama saya percaya yang awak akan berikan 15 juta kepada dia dengan tandatangan kontrak sah yang mengandungi syarat tadi. Dengan itu, awak dapat miliki syarikat papa saya."sambung Luna lagi.
"Kenapa saya kena buat macam tu?"
"Sebab saya yang suruh...sekarang terpulang pada awak untuk setuju atau tidak."Luna buat muka toya sewaktu memandang Aaron yang masih dalam keadaan terkejut.
Lama Aaron diam dekat situ. Dia tenung wajah cantik Luna dalam-dalam. Cuba membaca garis-garis yang ada di wajah itu. Namun tiada jawapan. Luna sememangnya bijak mengawal ekspresi muka sampaikan dia sendiri tak boleh nak kesan apa yang Luna sedang rasakan sekarang ni.
"Lepas tu?Awak nak saya buat apa lepas company tu diserahkan kepada saya?"soal Aaron sambil termenung memandang bekal.makanan di depannya. Baru dia fikir Luna dah terbuka hati untuk terima dia semula. Tapi tak.
"Serahkannya kepada saya semula."aju Luna.
"Kemudian?"Aaron angkat mata dia ke Luna dengan wajah kecewa. "Lepas awak dapat apa awak nak...awak akan berpisah dengan saya? Macam tu?"
Luna berdengus kecil lalu tersenyum. "Lepas saya puas gunakan awak...maybe."jawabnya.
Aaron terus kepal penumbuk menahan sabar. "Jadi semua ni hanya game untuk awak la? Benci sangat ke awak dekat saya sampai awak sanggup buat macam ni?"
Luna tatap wajah Aaron dalam-dalam. Bukan sebab dia tak sayang, tapi sebab sayang la dia terpaksa buat Aaron bencikan dia. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan nanti. Entah hidup entah mati dia tak pasti. Sebelum Aaron terluka, baiknya dia buat macam ni.
"Saya dah beritahu awak bukan?Luna yang awak kenal dulu bukan Luna yang sekarang awak jumpa. Dan masih belum terlambat untuk awak katakan tidak. Sekiranya awak tolak permintaan saya. Ini adalah pertemuan terakhir kita. Dan saya takkan ganggu awak lagi."Luna bangun dari situ kemudiannya.
Aaron hanya diam termenung di situ sehingga la Luna buka pintu pejabatnya hendak keluar dari situ. Reaksi kecewa Aaron terus berubah menjadi serius yang menakutkan.
Selama ni dia diamkan sebab tak nak buatkan Luna tertekan. Tapi memandangkan Luna sendiri nak main kasar. Dia pun boleh.
"Baik saya setuju."jawab Aaron sewaktu pandang belakang badan Luna.
Luna pandang ke belakang bahunya sambil pegang tombol pintu itu. Serius?Aaron setuju? Lelaki ni hilang akal apa?Sanggup terima dirinya dipermainkan dengan dia?
"Apa awak cakap?"soal Luna dengan muka tak percaya. Baru dia fikir boleh singkirkan Aaron dengan cara ni.
Aaron tarik senyuman meleret ke kanan sewaktu pandang Luna."Kalau itu yang awak nak saya akan tunaikannya. Asalkan awak kahwini saya. That what most important." pandangnya ke Luna dengan aura seriusnya.
Game on honey!
Mulut Luna terbuka sedikit sebab tergamam. Gila ah! Kenapa susah sangat nak tundukkan Aaron ni?
Urgh!
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...