47.

1.4K 105 6
                                    

Disebabkan Aaron dah rosakkan rancangan dia, Luna berniat hendak balas semula pada suaminya itu.

Biar padan muka si Aaron.

Lain kali cuba la lagi kacau rancangan dia.

Nasib kau la labu, dapat isteri psiko macam Luna Alana ni.

Malamnya, lepas mereka tiba dekat rumah, Aaron seperti biasa akan habiskan masa dalam bilik kerja lelaki tu sampai tengah malam atau hingga ke pagi buta kalau banyak sangat perkara perlu di siapkan.

Normal la..dapat orang berkerjaya bagai nak gila la katakan...

Bukannya Luna kisah sangat...lagi dia suka adalah. Dengan kesibukan Aaron tu la dia dapat jalankan pelan membalas dendam tanpa di ganggu.

Selesai je tukar pakaian, Luna prepare pelan untuk balas dendam pada Aaron pula dengan menggunakan pengetahuan yang dia ada mengenai Aaron sepanjang perkenalan mereka.

Dekat setengah jam jugak Luna lakukan itu dan ini baru la dia selesai.

Masa tu jam dah masuk 9 lebih sewaktu Luna kacau Aaron.

Tanpa membuang masa lagi, Luna terus dail nombor Aaron dan hubungi suaminya walaupun jarak antara bilik tidur dan bilik kerja Aaron hanya di sebelah saja.

"Hello?"sambut Aaron dalam panggilan.

Luna tersengih lepas dengar suara tu. "Hai..sorry kalau ganggu. Boleh tak awak ke bilik sekejap."

Dari latar belakang panggilan tu Luna boleh dengar ketikan papan kekunci komputer. Busy betul nampak."Ada apa?"tanya Aaron dalam panggilan.

"Saya...baru dapat video wedding kita hari ni.. Awak tengok la sekejap. Kalau tak suka boleh beritahu saya...saya keluar sekejap pergi 7e." tipu Luna yang cuba tahan diri dari ketawa.

"Sekarang ke?"soal Aaron lagi.

Terus Luna buat bunyi macam tak suka. "Ya sudah kalau tak nak...saya beritahu photographer tu tak payah cetak video tu ke dalam cd."sentapnya. Saja nak buatkan Aaron turut pada dia.

"Okay..okay...fine. saya tengok sekarang..itu pun nak merajuk.." setuju Aaron lepas dengar nada suara Luna seakan kecewa dengan dia.

Dalam hati Luna dah siap bersorak gembira. Masak la situ."Laptopnya ada dekat atas meja ya."pesannya dengan nada lemah lembut.

Lepas tu dia terus putuskan panggilan dan melompat turun dari katil. Dah macam ninja, Luna lari ke meja solek, dia tengok muka dia dekat cermin. Nak pastikan solekan hantu kak limah dekat wajah dia masih ada. Lalu dia pasang rambut palsu hitam yang panjang mengurai serabai dekat kepala lekas-lekas sebelum menyorok belakang pintu.

Dekat lima saat lepas tu, Aaron berjalan masuk ke dalam bilik. Sama sekali tak tahu situasi apa yang bakal menimpa diri dia, Aaron dengan muka innocent pun dekati meja di sebelah almari buku dimana laptop berada.

Luna dekat belakang pintu dah terintai-intai. Tunggu timing yang sesuai untuk munculkan diri je. Dalam dada dah berdebar sakan ni!

Mesti kelakar!

Kahkahkah!

Aaron duduk dekat kerusi dah tekan itu dan ini pada laptop sebelum skrin itu memaparkan satu video. Dengan penuh fokus, dia pun tonton la video tu tanpa curiga.

Little did he know...Luna dah edit video wedding mereka kepada video jump scare. Video dimana akan ada hantu atau something creepy muncul di saat tertentu.

FYI, Aaron adalah seorang lelaki yang tidak suka pada benda seram atau spooky. A.k.a Mr. Cry Baby. Malah, Aaron tak berani naik rollecoster mahupun tonton cerita seram. Ini kan lagi tengok benda-benda menakutkan. Paling Aaron lemah!

Menggunakan kelemahan itu la, Luna pelan untuk prank Aaron menggunakan video jump scare dan prop hantu kak limahnya.

Dekat 20 saat Aaron tonton video tu dengan senyuman di bibir sebab suka bila lihat dia dan Luna saling bergandingan.

Sekali tu, amik kau!

Masa itu la muka 'nun' muncul di skrin dengan suara jeritan yang menakutkan menyergah fokus Aaron.

"WUARGHHH!"

Aaron menjadi Aaron yang pengecut apa lagi. Melompat terus dia dari duduk tu sampaikan kerusi pun ikut tumbang ke belakang bersama-sama dengan dia.

Lepas jatuh tu, kelam kelibut la Aaron merangkak bangun dari situ nak ke pintu.

Dan Luna tanpa buang masa dia apa lagi, keluar la dari tempat persembunyian lalu menerjah Aaron dari depan serta merta.

"Wuarghhh!!"sergah Luna dengan muka menyeramkan dia.

"Arghhhh!!!!"jerit Aaron lagi lepas dia bertembung dengan Luna sambil terkapai-kapai tangan dia kerana ketakutan. Tak tahu nak buat apa, Aaron hanya undur ke belakang sampai jatuh bersandar pada rak buku di situ.

"AhahahahahaBuahahahaha.."ketawa Luna sejurus tu. Kelakar siak! Muka handsome Aaron tak ubah macam meme otter yang menjerit tu.

Turun naik dada Aaron dengan mata terbutang luas lepas sedar apa yang berlaku. Tangan dia melekap dekat dada penuh ketakutan. Hinggakan cermin mata yang sengit dekat muka pun dia tak peduli untuk di betulkan.

What the hell?!

"Ahahaha...oh my god...ahahaha.."mengah Luna di balik ketawanya.

Terus jatuh bahu Aaron hilang semangat. Sampai hati isterinya pedaajal dia macam ni?

"Yang...apa ni?Terkejut saya tahu tak?"soal Aaron dengan muka nak menangis dia masa perhatikan Luna yang tak ubah macam hantu.
Dengan rambut mengurai, bibir merah, muka putih melepak macam kena sapu kapur, sekeliling mata disolek hitam...pakai contact lens putih lagi tu.

Dah buang tebiat betul isteri dia ni.

Luna melutut dekat depan Aaron sebab tak larat nak berdiri kerana terlalu kelakar. "Ahahaha...sorry...saya gurau...awak sakit dekat mana-mana ke?"dia nak pegang Aaron tapi Aaron dengan muka kengerian jauhkan diri.

Mak oi!Seram betul!"No!"Aaron undur sedikit "Im fine...please honey...change your look..you freaking me out..."minta Aaron dengan kening mencerlung nak takut.

Luna selak rambut mengurainya dengan rimas jauh dari muka sewaktu ketawa."Hahahah...sebelum tu biar saya amik gambar dengan awak dulu.."Luna tarik kolar pijama tidur Aaron supaya mendekat padanya.

Takut Aaron, siap buat muka kengerian lagi tu bila Luna dekat dengan dia macam tu.

"Kenapa awak buat kerja pelik-pelik ni Yang? Huh?Bosan sangat dah ke?"Aaron pegang rambut panjang mengurai tu dengan minat masa Luna lingkarkan tangan ke sekeliling bahu dia. Nak tahu itu rambut Luna ke..

Bersama sisa senyuman di bibir Luna talakan skrin telefon dia ke mereka berdua. "Saja..okay pandang kamera...say Cheeseeee!"

KLIK!

Aaron sandarkan kepala ke ceruk leher Luna lalu tersengih sendiri. Malunya la kalau orang tahu pasal ni.

"Hahahaha....kesiannya dia ya.."Terus Luna usap kepala Aaron sambil ketawa. "Terkejut awak...hahah.."agahnya.

"Please jangan buat lagi..."rayu Aaron sewaktu angkat kepala dari leher Luna untuk tatap wajah menakutkan isterinya tu. Hebat betul Luna. Macam mana dengan solekan saja boleh buat muka orang menakutkan macam ni sekali. Mana isteri dia yang cantik tu.

"Bergantung."Luna jungkit bahu tak tak peduli sewaktu betulkan cermin mata rabun jarak dekat Aaron yang senget dekat muka tu.

Seakan soul dia keluar dari badan, Aaron kembali sandarkan dahinya ke bahu Luna dengan keluhan panjang. "Oh my dear...apa saya nak buat dengan awak ni.."penat tiba-tiba badan dia.

Belakang kepala Aaron ditepuk Luna dengan lembut sewaktu senyum meleret dengan bangga.

Mission Accomplished!

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now