32.

1.3K 105 2
                                    

Hari yang ditunggu-tunggukan akhirnya tiba.

Selepas dari satu pernantian ke satu pernantian.

Majlis perkahwinan diantara Aaron dan Luna berlangsung dengan sebesar-besarnya. Para tetamu dari rakan bisnes mahupun sanak saudara turut menghadiri majlis tersebut.

Majlis itu diadakan di satu daripada hotel milik keluarga Aaron sendiri. Segalanya diaturkan oleh keluarga Aaron.

Luna yang dari awal tak berminat dengan perkahwinan ini hanya setuju dengan semua aturan dan rancangan yang Aaron tetapkan semasa proses persiapan dilakukan.

Semua yang hadir di situ menyaksikan sesi angkat sumpah Aaron dan Luna yang sememangnya sangat sepadan.

Seperti pinang di belah dua.

Sama-sama kacak sama-sama cantik. Sesiapa yang tengok akan rasa cemburu melihat mereka berdua.

Hampir tiga jam majlis itu diadakan.

Dari sesi makan-makan bersama kaum kerabat yang hadir, potong kek, menari, menyanyi, bergambar dan banyak lagi.

Antara orang yang paling happy adalah Aaron sendiri. Senyuman tak pernah lekang di bibir. Malah dengan bangga dia heret Luna ke sana ke sini untuk diperkenalkan kepada semua yang ada di situ.

Sementara Luna dengan keterpaksaan tarik senyuman manis sepanjang masa itu. Berasa rimas dan penat. Tapi tidak dapat nak diluahkan waktu itu. Mahu tak mahu dia diamkan saja. Demi peroleh apa yang dia mahukan, Luna hadapkan saja.

Dua hari berlalu begitu saja sejak perkahwinan itu diadakan.

Kehidupan berjalan seperti kebiasaannya.

Luna tinggal bersama dengan Aaron selepas itu. Dan dalam masa yang sama Luna ulang alik dari rumah Aaron ke rumah agam keluarganya untuk jalankan misinya tanpa pengetahuan Aaron.

Oleh kerana tidak mahu diganggu atau rancangannya rosak, Luna berlakon baik depan semua orang termasuk Aaron sendiri.

Namun ada masa tu dia hampir tertangkap dengan Aaron bila lelaki tu tanya dia soalan demi soalan sampai buat dia kejengkelan dan naik angin. Mujur la tak terlepas cakap!

Malamnya....

Selesai makan malam dan bersiap untuk tidur, Luna dipanggil Aaron untuk ke bilik bacaan lelaki tu. Masuk saja dalam bilik itu Luna di sapa dengan Aaron dan seorang lelaki bersut hitam dan berkaca mata bingkai bulat dalam ruangan tu.

Dengan muka tak faham, Luna berdiri dekat situ.l lepas tutup pintu."Ada apa awak panggil saya ke sini?"tanya dia sambil pandang Aaron dan lelaki bercermin mata silih ganti. Cuba proses apa yang berlaku dekat situ.

Lelaki bercermin mata itu tarik kerusi ke belakang lalu ajukan tangan untuk Luna duduk di situ. "Silakan duduk puan.."pelawanya.

Aaron yang sedang membaca sesuatu dalam fail angkat kepala lalu tutup fail tersebut lepas sedar akan kehadiran Luna di situ. Dia pandang Luna dengan renungan dingin sewaktu isterinya gerak menghampiri mejanya.

Here she come...our one and only queen!

Luna Alana.

"Duduk la dulu.."aju Aaron pula sambil juih dagu ke kerusi berhadapan dengan dia di meja kerjanya.

Tanpa berkata apa-apa, Luna gerak ke kerusi kayu depannya lalu duduk di atasnya dengan janggal. Selesa saja dia di kerusi itu, Luna bertentang mata dengan Aaron menunggu suaminya bersuara.

Tapi Aaron hanya duduk sandar di situ memandang Luna tanpa berkata apa-apa.

Buat seketika ruangan itu pun menjadi senyap taktala tiga orang di situ saling memandang antara satu sama lain.

Luna pandang Aaron. Aaron pandang Luna. Lelaki bercermin mata pandang pasangan suami isteri tu.

"What?"soal Luna bila tak tahan dengan kebisuan di antara mereka itu.

"There is something for you.."Aaron tolak fail yang dipegang tadi ke depan Luna.

Fail berwarna hitam yang ada di depannya di pandang dengan lama. "Apa ni?"tanya Luna sewaktu oandang Aaron.

"Bukak la tengok sendiri."Aaron duduk sandar ke depan dan rehatkan kedua-dua lengan atas meja itu.

Sambil buat muka dan berkerut kening, Luna pegang fail tu sebelum di buka muka depannya. Terbuka saja fail itu, dia dapat lihat sehelai kertas yang bertandatangan kemas serta cop rasmi warna merah pada hujung bahagian bawah kertas tersebut dalam fail tersebut.

"Seperti yang awak mahukan, ianya adalah dokumen peralihan kuasa dan hak milikan syarikan Golden Venture papa awak yang saya ambil dari mama Azzalea."jelas Aaron sewaktu meneliti reaksi Luna. Nak tahu sama ada Luna excited atau tak.

Mata Luna baca butiran yang terdapat dalam fail itu dengan muka tak faham. Secepat ni? Tak mungkin Azzalea dengan mudah tandatangan dokumen ni. Nenek sihir tu tak baca ke.

Menurut dokumen ini, ianya beritahu, sebagai pertukaran hak kuasa, Azzalea bersetuju untuk serahkan hak milik syarikat dengan bayaran sebanyak 15 juta atas nama Luna sendiri. Dan tiada pemulangan atau tarik balik perjanjian.

"Apa yang awak cakap dekat mama sampai dia tandatangan dokumen ni macam tu je? Bila semua ni terjadi?"Luna pandang Aaron dengan kening mencerlung.

Kening Aaron berkerut hairan. "Dia tak baca pun dokumen tu. Lepas saya beritahu saya akan berikan dia pinjaman sebanyak 15 juta, dia cop dan tandangan macam tu je."cerita dia. "Saya buat perjanjian ni sehari sebelum wedding kita. So?Awak happy tak?"

Luna tutup fail tu kemudiannya. Tersandar dia dekat kerusi sebelum termenung seketika memandang bingkai gambar dia dan Aaron dekat meja tu. Gambar sewaktu mereka berdua sekolah menengah tinggi dulu. Tak sangka secepat ni pelannya dilaksanakan.

"Memandangkan deal saya dengan awak dah selesai. Sekarang masa untuk selesaikan deal awak dengan saya pula."Aaron serahkan fail tadi ke peguam peribadinya, iaitu lelaki bercermin mata tadi.

Lelaki bercermin mata itu capai fail tersebut sebelum keluar dari bilik tersebut.

"Deal apa?"Luna pandang Aaron dengan kening berkerut.

"Yang awak dapat apa awak nak, saya dapat apa saya nak."senyum Aaron dengan handsome pada Luna.

Dengan pelik, Luna pandang Aaron atas bawah dengan curiga. Lelaki ni bukannya boleh percaya. "Apa yang awak nak?"tanya Luna.

"Obviously...of course I want you."sebut Aaron dengan renungan serius pada Luna. "And what I mean that I want all of you. From head to toe."

"Kalau saya reject...apa awak nak buat?"tanya Luna selepas itu.

"Then...I took back what I got for you."ugut Aaron sambil topang pipi kanannya sewaktu pandang wajah Luna dengan minat. Dah dua hari kahwin, dua hari tu dia tak sentuh Luna.

Luna berdengus tak percaya. Terus dia kuak rambut dia ke belakang kerana bengang. Entah macam mana dia boleh tersekat dengan Aaron ni.

"Deal honey?"soal Aaron lagi.

Luna menjeling menyampah lalu silangkan tangan ke dada saat palingkan kepala ke arah lain.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now