Selepas selesai makan malam, Luna di pelawa untuk bermalam di situ dengan Mama Aaron. Sah-sah la Luna tolak, tapi setelah didesak terpaksa la dia menurut.
Dan orang paling happy dengan hal itu adalah Aaron sendiri.
Walaupun ada bilik sendiri, lelaki tu menyemak dalam bilik tetamu dimana Luna ditempatkan.
Keluar saja Luna dari bilik air untuk mandi dan menukar pakaian, dia disambut oleh Aaron yang sedia mengambil tempat di atas katil dengan gaya bos lelaki itu.
Mencekak pinggang Luna bila berdiri depan katil tu sambil buat muka bengang. "Turun dari katil tu sekarang?"arahnya.
"Kenapa?"tanya Aaron yang sedang lakukan sesuatu dengan telefon yang dipegangnya.
Marah dia kerana diperkenakan oleh Aaron belum hilang dan lelaki ni menambahkan lagi kejengkelan dia terhadapnya.
Masalahnya dia dah penat, satu hari ni tak duduk tak berehat.
"Please la Aaron...saya tak kuasa la nak bergaduh dengan awak malam-malam macam ni. So better awak keluar dari sini sementara saya cakap elok-elok dengan awak."Luna gerak ke sebelah kiri katil sambil tu.
"Kalau macam tu jangan la marah-marah." balas Aaron dengan bersahaja.
Malas nak pedulikan Aaron lagi, Luna duduk dekat katil membelakangkan Aaron lantas mencapai telefon bimbit dari almari sebelah katil itu.
Sebaik dia sentuh skrin, Luna hantar pesanan pada butler yang dia tugaskan untuk pastikan sama ada ubat-ubat yang dia sediakan khas untuk Azzalea telah di beri atau belum.
Sedang Luna tekan sentuh itu dan ini pada skrin telefon tersebut, Aaron dekat sebelah kanan katil bersuara.
"Baring la sini..."ajak Aaron sambil tepuk tempat kosong di sebelahnya.
Luna palingkan kepala ke belakang bahu dia. "Tak pergi lagi?"tanya dia sambil jungkit kening.
Aaron baring mengiring sambil topang kepala menghadap Luna. "Nak pergi ke mana..." balasnya.
Luna menjuling mata menyampah dan kembali pandang ke telefonnya semula.
"Awak tahu lepas kita kahwin nanti duduk sebilik dan sekatil jugak. Apa salahnya..." komen Aaron sebelum dia gerak ke Luna dan lingkarkan tangan sekeliling pinggang Luna laju-laju.
Luna menahan nafas terkejut bila tubuh dia di tarik ke kebelakang sebelum tumbang terbaring di atas tilam. Sekelip mata saja Aaron sudahpun berada di atas badan dia.
What the heck!
"Aaron!"marah Luna yang cuba angkat tangan dia, tapi Aaron lebih cepat menghalang.
Kedua-dua pergelangan tangan Luna di cengkam erat lantas dia bawa ke tepi kepala wanita itu dengan Aaron.
"Yes sayang.."sebut Aaron sambil tersengih berlagak bila Luna berjaya dikendalikan olehnya.
"Ugh!"ngerang Luna sambil menjuling mata kejengekelan. "Get off me now!"deram dia sewaktu memulas-mulas tangannya supaya di bebaskan.
Aaron dekatkan wajah dia pada Luna dan hempap tubuh Luna supaya Luna tak lepas dari cengkaman dia. "Kalau saya tak nak awak nak buat apa?"
Luna diam memandang mata Aaron selepas itu. Geram betul dia. Entah bahasa apa lagi dia nak guna supaya Aaron faham? Huh?!
"Saya penat awak tahu tak...boleh tak dalam satu masa tu awak tak buat perangai macam ni?"minta Luna dengan nada mengalah.
Aaron ketawa sambil tarik senyuman goofy dia. "Tak...awak tahu memang macam ni perangai saya. Awak tu yang dah berubah jadi serius dan buat perangai menyakitkan hati macam ni tiba-tiba." jawab Aaron dengan nada hampir berbisik.
"People change Aaron..."keluh Luna yang kemudiannya palingkan kepala ke kanan. Tak nak hadap Aaron sebab dia takut kalau Aaron boleh baca diri dia.
"Saya tahu..."Aaron tatap tepi wajah Luna. "Dan saya tahu orang berubah ada
sebabnya..."ujarnya dengan nada serius.Luna termenung memandang ke satu arah. "Jadi tolong faham kenapa saya tak boleh terima awak berada di sisi saya buat masa ni." kata Luna beberapa ketika kemudian setelah mendiamkan diri.
Aaron pandang sedih ke Luna sebelum perlahan-lahan lepaskan cengkaman pada pergelangan tangan Luna dan angkat diri dia dari Luna dan duduk di tepi Luna sedang baring. Dia termenung pandang ke slidding door kaca beranda biliknya sejurus itu.
Luna pun bangunkan diri dia dari katil tu dan duduk di sebelah Aaron.
Kedua-dua itu kemudiannya mendiamkan diri. Sama-sama termenung sendiri.
Tak lama lepas tu, Aaron tundukkan kepala ke bawah lantas bersuara. "Awak dah tak suka dekat saya ke?"soal dia sambil main dengan hujung jari jemari.
Luna pandang ke depan dengan renungan kosong. Dia tak tahu.
Selama ni dia asyik disakiti.
Satu persatu orang yang dia percaya khianati dia,
Satu persatu orang yang dia sayang dirampas dari hidup dia
Tak cukup dengan tu, kebahagiaan dia turut dicarik-carik menjadi cebisan hinggakan dalam hati dia sekarang ni dah tiada apa-apa kecuali rasa sakit.
Hati dia dah kosong dari sebarang emosi selain marah.
"Saya tak tahu."jawab Luna dengan nada orang termenung.
Aaron angkat kepala lantas berpaling ke sisinya dengan kening berkerut tak puas hati.
"Saya dah beritahu awak, saya tak pernah tinggalkan awak lepas awak dipenjarakan. Malah saya berusaha untuk bebaskan awak dari situ...kalau mama tiri awak tak masuk campur, dah lama awak dibebaskan..jadi berhenti salahkan saya dan bencikan diri saya sebab hal tu."jelas Aaron dengan nada jengkel.
Luna palingkan muka ke Aaron. Jelas kelihatan yang Aaron sedang serius sekarang. Dan sikap serius Aaron ni yang akan beri masalah pada dia sekiranya Aaron tahu apa dia sedang lakukan sekarang ni.
Tanpa berkata apa-apa Aaron terus lingkarkan pelukan sekeliling badan Luna. "Bagi saya peluang Luna...saya tak boleh hidup tanpa awak lagi. Please."rayu Aaron dengan perlahan sewaktu tunduk menyembam muka di ceruk bahu Luna.
Luna hanya diam memandang ke depan tidak membalas pelukan itu.
Semuanya salah Azzalea.
Segala kejadian buruk hanya wanita itu saja penyebabnya.
Kerana Azzalea dia jadi macam ni!
Dia tak boleh rasa bahagia selagi wanita tu masih hidup.
Untuk tu...Azzalea patut rasa apa yang dia rasakan sekarang ni.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...