08.

1.6K 133 2
                                    

Ruangan makan vvip...

Lapan orang wanita berysia sekitar 40-50 an duduk di meja sambil bergelak ketawa berborak akan sesuatu sementara tunggu makanan makan tengah hari dihidangkan.

Masing-masing dengan gaya mak datin mereka. Beg branded la, barang kemas bertatah berlian la, pakaian mewah custom made la...semua terpasang di badan mereka. Cuba nak tunjuk siapa paling superior di situ.

Sudah menjadi rutin, mereka akan berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama sekiranya tiada desakan kerja. Memandangkan suami mereka bersahabat baik dalam bisnes masing-masing.

"So Azzalaea...saya dengar kamu bakal menerima hak pewarisan suami kamu yang meninggal tu?Betul ke?"soal datin pertama.

Wanita berambut perang kuning mustard dan bersanggul kemas di seberang meja tarik senyuman bangga.

"Belum lagi...bacaan hak warisan akan diadakan beberapa bulan dari sekarang setelah semuanya selesai."jawab Azzalea.

"Bertuah ya la kamu...merasa la pegang harta yang banyak."seloroh datin kedua pula.

Azzalea yang dengar ketawa kecil. Dia buka mulut hendak bercakap, tapi belum sempat suara dia nak keluar, pintu ruangan makan khas itu terbuka ke dalam.

Seseorang dengan langkah yakin yang mendabik dada berjalan masuk ke ruangan tu glamour sekali.

Bila mata Azzalea terarah pada perempuan yang mengenakan cermin mata hitam berjalan masuk ke tempat itu. Terus hilang senyuman di bibir dia.

Reaksi terkejut Azzalea menarik perhatian kesemua datin di situ untuk berpaling ke arah pintu.

"Hai...."sapa Luna sambil tanggalkan cermin mata hitam dari wajahnya. "Sorry saya lambat...sesak tadi dekat jalan."

Semua di situ dumbfounded.

Siapa ni?

"Hai mama..."Luna dekati kerusi dimana Azzalea duduk lalu tunduk lagakan pipi dia ke pipi mama tirinya.

Datin ketiga buat muka tak faham. "Mama?Kamu ada anak perempuan?Setahu saya kamu hanya mempunyai tiga orang anak lelaki?"

Azzalea pandang rakan dia dengan kening terangkat sedikit. Dia masih terkejut. Dari mana Luna boleh tahu dia ada dekat sini? Dan kenapa anak tirinya boleh ada dekat sini?

Tanpa tunggu dipelawa, Luna duduk dekat kepala meja makan itu menghadap lapan orang datin itu dengan senyuman senang.

Well....ini adalah hadiah keluar penjara dia untuk Azzalea. Dari mana dia tahu keberadaan Azzalea biar la rahsia. Apa yang pasti, tiba masanya untuk kenalkan diri dia secara depan di hadap para isteri pemegang saham utama syarikat ayahnya ini.

"Mama tak beritahu mereka ke?"lakon Luna sambil buat muka terkejut.

Azzalea mengetap rahang menahan sabar. Apa pulak yang sedang dimainkan Luna ni?!

"Beritahu kami apa?"soal datin keempat di seberang kiri meja panjang itu pada Luna.

Sambil ketawa kecil, Luna selak anak rambut dia ke belakang lantas bersuara. "Oh...nampaknya mama saya tak beritahu puan-puan di jemput untuk makan bersama bagi meraikan saya Luna Alana ,anak tunggal Jeremiah Olsen yang baru saja keluar dari penjara untuk cover jenayah anak sulung lelaki dia atas tuduhan menagih dan memiliki dadah...."ujarnya dengan selamba.

"Luna!"panggil Azzalea sambil pukul permukaan meja itu kerana berang dengan kenyataan yang diberikan oleh Luna.

"What!"tegas datin kelima dengan muka terkesima.

"Azzalea.. Apa semua ni?Jeremiah ada anak perempuan?"soal datin ke enam.

"Betul ke apa yang kami dengar ni?Meraikan anak tiri kamu keluar dari penjara?"marah datin ke enam pula.

"This is so unacceptable!Kamu fikir kami semua ni apa!"datin ketujuh bangun dari situ dengan kesal. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia terus berjalan keluar dari situ.

"Saya tak percaya sanggup kamu malukan kami macam ni..."geleng datin kedua. "Apa?Raikan banduan keluar dari penjara?Huh!"dia terus bangun dan ikut keluar dari situ.

Sambil sandar ke belakang dan menyilang tangan ke dada Luna hanya perhatikan situasi itu bersama senyuman sinis di bibir.

"Tak!Ianya salah faham...saya jemput kamu semua ke sini bukan untuk itu..."nafi Azzalea dengan bersungguh.

Semua ni hanya rekaan Luna semata. Dia hanya nak malukan Azzalea depan orang berpengaruh itu je.

"Sudah la...kami balik dulu. Jangan hubungi saya lagi.."tegas datin ketiga sewaktu keluar bersama datin-datin yang lain.

Maka, tinggal la dua orang itu dalam bilik tersebut.

Bersama dada naik turun keberangan, Azzalea jeling bengang ke Luna. Berani betul anak sialan ni rosakkan nama baik dia depan datin-datin tadi!

"Apa yang kamu cuba lakukan hah!Ingat lawak ke?!"marah Azzalea.

Luna ketawa masa tengok muka bengis Azzalea. Dia tak takut lah...malah rasa kelakar adalah. Please la...muka surgery plastic itu jauh sama sekali cantiknya. Dah macam patung chucky terlebih botox pun ada.

"What?"soal Luna dengan muka tak bersalah.

"Kenapa kamu ada dekat sini?"soal Azzalea sewaktu memandang Luna dengan kening mencerun.

"Untuk apa lagi...untuk luangkan masa dengan mama la. Kan dah lima tahun kita tak berjumpa." jelas Luna dengan nada ceria bersahaja dia.

Azzalea mengepal penumbuk sambil mengetap gigi kuat-kuat.

Lantas Luna lentokkan sedikit kepalanya ke kanan saat menatap wajah bengis Azzalea."Seronok tak rasanya bila orang kecam kita untuk benda yang kita tak buat?"ajunya dengan nada penuh aura jahat namun bersahaja.

"Jangan main dengan api Luna...kamu tak tahu bila ia boleh menyambar kamu dan membakar diri kamu."ugut Azzalea.

Terus Luna letakkan tangan ke dada dan buat muka seperti orang tersentuh.

"Ooww...you care about me. So sweet."agah Luna sebelum dia ketawa.

Azzalea buat muka menyampah lepas dengar. Ada yang mati jugak nanti kang!

"Ahahahaha.....jangan risau my beloved mama. Sebelum api tu sambar Luna, terlebih dahulu Luna padamkan api tu once for all..."cabar Luna dengan senyuman manis di bibir sewaktu merenung tepat ke mata nenek sihir di depannya ini.

Mungkin sesiapa yang melihat Azzalea akan anggap Azzalea adalah seorang wanita yang cantik, lemah lembut dan berhati mulia.

Little did they know...

Azzalea ni adalah seorang pelakon yang sangat hebat. Bukan saja bijak berkata-kata untuk hasut orang malah tahu nak perdayakan orang lain supaya menurut akan perintah wanita ini.

Tapi Luna masak sangat dengan perangai mama tirinya yang satu ini.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now