Bosan duduk dekat ground floor tak buat apa-apa. Luna ambil keputusan untuk naik ke tingkat atas untuk join mereka yang lain menari.
Luna pun bangun dari tempat dia duduk itu untuk ke arah tangga dimana dia lalu tadi. Beberapa saja langkah sebelum tiba di depan anak tangga itu, langkah Luna terhenti serta merta setelah dia lihat orang yang berjalan turun dari tangga tersebut.
Waktu itu seluruh saraf badan dia dah mula drop dari berfungsi. kakinya sudah mula menggigil kerana terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya. Darah di pam laju naik ke kepalanya sehingga buatkan nadi dia berdenyut sakit.
Banyak-banyak masa, kenapa masa ni jugak lelaki ni munculkan diri depan mata dia! Lepas bertahun lamanya dia tunggu lelaki ni selamatkan dia! Baru sekarang nak muncul! Memang mintak mati namanya!
Tidak mahu di lihat oleh lelaki itu, Luna gerak hendak menyorok. Bersama hati yang hiba dan terluka, Luna tundukkan kepalanya dan berdiri membelakangkan lelaki itu supaya wajahnya tidak di lihat.
Bukan sekarang.
Kalau boleh jangan.
Dia tak bersedia untuk bersemuka dengan lelaki ni lagi.
Dia benci! Dia benci sebab tak kira betapa marahnya dia, hati dia masih terikat pada lelaki di depannya ini. Lelaki yang dulu dia sangka akan jadi masa depan dia. Tapi tak! Lelaki ni tak buat apa-apa sewaktu dia difitnah dan dipenjarakan. Malah tak cuba cari dan menemui dirinya di sana. Lima tahun!Lima tahun dia tunggu dengan penuh harapan. Tapi sekali pun tak pernah.
Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya dia waktu itu. Siang malam dia menangis menahan rindu dalam penjara tu.
Tolongla! Jangan Nampak dia dekat sini!
"Luna?"
Berdesup sakit jantung dia lepas dengar suara tu sehingga buatkan matanya terpejam.
"Itu awak ke Luna?"tangan yang bercincin pada jari manis itu pegang bahu tersebut.
Dek sentuhan itu buatkan hati Luna luluh. Betapa rindunya dia akan sentuhan itu. Ikutkan hati mahu saja dia pusing dan dakap tubuh tu dan beritahu betapa rindunya dia. Tapi tak! Dia takkan buat begitu! Kalau benar lelaki ni pernah cintakan dia. Dia takkan meringkuk dalam penjara bertahun lamanya.
Bersama sisa semangat yang ada di dalam dirinya, Luna buka mata lantas berpaling ke belakang. Untuk pertama kalinya dalam lima tahun. akhirnya dapat juga dia tatap wajah itu.
Ya tuhan....kuatkan la hati dia!
"Ya saya"sambutnya sambil tersenyum manis sedangkan hati sudah menangis taktala menatap wajah teman lelakinya. Lelaki yang telah bercinta dengan dia sejak mereka berdua sekolah menengah lagi sehingga la masuk ke kolej sama-sama. Namun semua tu berakhir setelah dia dipenjarakan.
Lelaki lampai berwajah segak dengan kening garang itu terus mendakap Luna dalam pelukan. "You back!Oh my goodness..."ucap dia dengan nada lega.
Luna hanya berdiri kaku tidak membalas pelukan itu walaupun dia mahu. Bersama ketulan udara hendak menangis di kerongkong, Luna bersuara.
"Err...do I know you?"lakon Luna dengan nada seperti orang benar-benar kebingungan.
Terkejut lelaki tu lepas dengar. Dia terus lepaskan pelukan tu dan jarakkan sikit dirinya dari Luna. Tangannya masih memegang bilah bahu Luna. "Hei...babe...don't you remember me?"soal dia dengan kening berkerut tak faham.
Luna undur ke belakang sambil menggeleng kepala. "Sorry. Maybe awak salah orang." Sejak dia meringkuk dalam penjara tu..mereka berdua dah lama putus!Teman lelaki jenis apa yang biarkan teman wanita sendirian dekat sana! Lawat tak pernah!Hantar surat lagi la!
"Ini saya la...Aaron....teman lelaki awak Luna Alana...."lelaki tu tepuk dada sendiri sambil buat muka terdesak.
Luna ketawa.Taktahu malu betul. Berani-beraninya mengaku sebagai teman lelaki dia?"Sorry saya tak kenal awak...dan saya tak pernah ada teman lelaki yang sanggup biarkan teman wanita dia sendiri meringkuk dalam penjara tak terbela." jawab Luna dengan nada sinis.Tangannya di silang ke dada bersama senyuman ceria.
Air muka Aaron jatuh dari terdesak kepada serba salah. "Saya boleh jelaskannya Luna." ucap Aaron.
Luna berdengus mengejek lalu tersengih sinis."Jelaskan apa? Tak ada apa yang perlu dijelaskan sebab saya memang tak kenal awak dan kita tak pernah ada kaitan."gelengnya.
Aaron pegang lengan Luna yang bersilang di dada itu lantas merayu. "Luna...please jangan layan saya macam ni...awak kena dengar penjelasan saya terlebih dahulu."
Terus mencebik benci Luna setelah dengar. Dia jatuhkan tangan ke sisi dengan kesal. "Awak nak jelaskan apa je?Huh?Awak nak jelaskan kepada saya kenapa awak tak jenguk saya walaupun sekali dalam penjara?Atau jelaskan kenapa awak tak cuba bebaskan saya dari tuduhan yang saya sama sekali tak pernah libatkan diri dengan?macam tu?"soal Luna.
Aaron cuba capai Luna tapi Luna tampar tangan Aaron ke tepi.
"You know what..."Luna dekatkan wajah dia depan muka Aaron. "We already done. Sejak lima tahun lepas lagi...awak...saya...putus! " desis dia dengan keras sebelum berpaling dari situ.
"Luna!"panggil Aaron dekat belakang.
Dengan berang Luna berpaling ke Aaron semula sambil pegang rel besi tangga itu dengan kuat. "Jangan panggil saya lagi dengan mulut awak tu!Dan jangan tunjuk muka awak depan saya lagi sampai bila-bila!"marah dia sebelum naik mendaki tangga dengan marah.
Aaron dekat situ hanya berdiri kaku bungkam tak terkata sewaktu memerhati langkah Luna menjauh dari situ.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...