Nampak saja kekasih Felix keluar dari situ, Luna kembali kepada sedia kala. Dia tepuk tangan seakan hilangkan kotoran lepas sentuh Felix tadi dengan muka jijik.
"Siapa tadi tu?"tanya Luna sambil tu.
Felix pandang Luna dengan renungan berang, rahang terketap, kepalan penumbuk di genggam dan hidung kembang kempis hendak hilang sabar.
"Asal kau dekat sini?Macam mana kau dapat akses ke sini?"deram Felix yang berasa begitu malu dan mengalah. Entah macam mana dia boleh silap langkah keluar rumah hari ni. Malang tak berbau betul.
Sambil tarik sengih bangga, Luna silangkan tangan ke dada sewaktu tilik Felix dari atas ke bawah."Why not?Tempat ni public...sesiapa boleh keluar masuk...so siapa cik adik cantik tadi?Fling?Mistress?Side chick?Spare part?"
Felix berderam seperti mahu menerkam Luna lepas dengar gelaran yang diberikan Luna terhadap kekasihnya. "Tutup mulut kau sebelum aku tampar kau Luna!"
"Omo-omo...tengok tu. Dah salah tak mengaku, siap ugut orang lagi tu."Luna buat muka ala-ala terkejut.
"Fine...dia kekasih aku. Aku curang pada Amara!So what!Kau nak bagi tahu isteri aku?Bagi tau la!"cabar Felix dengan lantang sekali. Tak ada apa-apa lagi yang dia boleh lakukan memandangkan Luna dah nampak semuanya.
Luna ketawa lepas dengar. Alah cakap sikit macam tu je dah mengalah. Tak seronok betul."Ahahaha....seriously?Kau ingat aku budak-budak ke nak main mengadu bagai ni?" selorohnya dengan ketawa. "Please la..." rambutnya di selak ke belakang bahu.
Bahu Felix yang tegang tadi perlahan-lahan jatuh ke bawah sebaik mendengar kenyataan yang disampaikan Luna. Felix buat muka tak faham. "Apa maksud kau?"
Luna palingkan badan dari Felix lalu mula gerak melihat-lihat pakaian di situ. Semuanya cantik-cantik. Tinggal pilih mana dia nak je.
Mata Felix ikut setiap pergerakan Luna, tak sabar nak dengar penjelasan dari adik tirinya itu. "Hei!Aku tanya kau ni!Jangan nak buat pekak boleh tak?"marahnya.
Luna keluarkan satu dari pakaian yang tergantung dekat rak display di situ lalu berdiri menghadap cermin besar dekat situ untuk lihat sama ada pakaian itu sesuai tak untuk dia.
"Sejujurnya aku nak je beritahu Amara pasal scandal kau ni.."kata Luna sambil belek pakaian tu sewaktu dia letakkan di depan badan. "Tapi mana seronoknya kalau aku beritahu dia macam tu je kan...?"
Dalam diam, Felix cengkam jari jemari kuat-kuat sampai sakit tapak tangan dibuat kuku jarinya. "Kau nak aku buat apa hah?"
Lantas dia mengangkat kepala sebelum pandang pantulan Felix dari cermin tu. "Beritahu aku...berapa banyak saham yang kau pegang dalam company family Amara?" senyum Luna dengan jahat sewaktu pandang Felix.
Terbutang luas mata Felix lepas tu. "Macam mana kau tau tentang hal tu?"tanya dia dengan nafas tertahan.
Tak suka dengan pakaian tu, Luna gerak meletakkan pakaian tadi lalu mencapai pakaian yang lain pula. "Adalah..."jawab dia sambil belek-belek pakaian dekat situ.
"Jangan kau berani-berani masuk campur urusan syarikat Amara. Kalau kau cuba jugak, aku takkan diamkan diri!"Felix gerak sedikit ke depan hendak dekati Luna.
Sekali bila Luna berpaling je menghadap Felix, terus berdiri kaku lelaki tu tak bergerak. Renungan Luna buatkan Felix serta merta jadi takut.
Dia lentokkan sedikit kepala sewaktu tatap Felix. Berani-berani lelaki ni nak arahkan dia itu dan ini macam orang tak bersalah? Dasar lelaki tak sedar diri! "Sayang jugak kau dengan kedudukan kau dalam syarikat tu ya?" soal Luna dengan nada lemah lembut."Kalau macam tu kita buat perjanjian nak?"senyum dia dengan manis.
Felix telan air liur takut bila terbayangkan sekiranya Amara dapat tahu kes curang ni. Habis dicerainya dia, semua kedudukan, harta dan saham yang ayah Amara dah berikan pada dia ditarik semula. "Perjanjian apa?"
Luna gerak ke cermin kaca tadi dan test pakaian yang dipilih ke badan dia semula. "Perjanjian di mana kau akan keluar dari rumah agam keluarga aku dan tarik diri sebagai pewaris papa."ajunya dengan bersahaja sewaktu pusing kanan dan kiri nak pastikan pakaian tu sesuai ke tak.
"Kau gila ke apa nak aku buat macam tu!" jerkah Felix serta merta.
Luna terus campak pakaian tu ke lantai dengan berang lepas di bentak. Dia dah hadap cukup dengan perangai tak guna Felix sejak tadi. Sabar dia dah menipis. Lelaki ni kena sedar dengan siapa sedang bercakap!
Dengan langkah luas, Luna jalan dekati Felix lantas dia angkat tangan dan menampar pipi kiri itu sekuat hatinya.
PANG!
Bergema bunyi tamparan tu dalam bilik tersebut.
Sampaikan Felix yang ditampar berdesing telinga. "HOI!!!"tempik dia sejurus pipinya di tampar. "Kau apahal betina tak guna!"
Sikit pun tak buatkan Luna tersentak. Malah dia berdiri rapat ke Felix lagi tu."Siapa yang tak guna dekat sini sekarang!"Luna tenung marah ke mata Felix. "Dah ada anak bini masih lagi berani nak menggantal dengan perempuan lain....kau fikir diri kau tu bagus sangat ke!"
Naik turun dada Felix masa tu. Dia hanya mampu ketap gigi menahan diri dari kerjakan Luna. "Kau tak ada bukti untuk ugut aku Luna."luahnya dengan benci.
Luna berdengus mengejek lantas tarik sengih sinis meleret ke kanan. "Siapa kata aku tak ada bukti?"Gambar di bar hari tu ada lagi dengan dia. "Trust me...I have more than prove for you. So?Deal dengan agreement tu atau tak?"
Kening Felix terangkat terkejut. "Bukti apa?"
"Gambar kau keluar date dengan girlfreind kau, video kau dengan dia...you know ehem-ehem..."Luna tembungkan jari kanan dan kiri dia sebagai isyarat kissing.
Menjegil bulat mata Felix masa tengok. Terkejut dia!Sampai ke situ Luna tahu?
"Kau-!"deram Felix sambil tunding jari geram ke depan muka Luna. Tak terkata dia dibuatnya dengan semua ni!"Hehehehe..."sengih Luna sambil tayang gigi. "Aku bagi masa untuk kau pilih. Tinggalkan rumah agam dan perebutan harta ni untuk hidup bahagia di samping isteri dan saham kesayangan kau tu. Atau hidup gelandangan sebagai duda anak dua tanpa nama?"ajunya sambil menjungkit kening penuh keyakinan.
Tiada kata-kata yang dapat diluahkan lagi, Felix ketap gigi kuat-kuat lantas melepaskan dengusan kasar tak puas hatinya. Nampaknya dia kena ikutkan syarat Luna mahu tak mahu, kalau tak musnah hidup dia!
"Good choice brother. And trust me. Your secret is safe with me."senyum Luna lepas faham akan posture mengalah yang ditunjukkan Felix padanya.
Well-well... Satu dah. Tinggal tiga je lagi.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...