53.

1.4K 95 0
                                    

Bersama renungan dingin yang terarah ke depan, telinga dia memasang telinga akan suara yang kedengaran dari balik panggilan.

Jari jemarinya menggengam erat handphone yang dilekap pada telinga sambil menahan sabar.

"Macam mana?"tanya Luna dengan nada termenung yang perlahan.

"Semuanya telah dilakukan seperti yang puan mahukan...pihak polis sudahpun tiba di apartment palsu Henry dan temui alat penghasilan dadah dan set bekalan dadah...dan sekarang mereka dalam perjalanan untuk mengesan keberadaan Henry.."

"Maklumkan mereka dimana keberadaan Henry kalau macam tu..."

"Baik puan.."

"Macam mana dengan Henry pula?"

"Dia dalam perjalanan...15 minit dari sekarang dia akan tiba di situ."

Tanpa mendengar yang selanjutnya, telefon dekat telinga di turunkan lalu diserahkan semula kepada butler yang berdiri di sebelahnya.

"Sediakan persiapan. Henry bakal tiba ke sini dalam masa 15 minit." arah Luna sambil pandang dingin gambar mendiang ayahnya yang tergantung di dinding depannya.

Sekarang baru la dia tahu dari mana matanya ni berasal. Ianya saling tak tumpah seperti ayahnya sendiri. Dia tengok sendiri boleh nampak dirinya dalam renungan mata ayahnya.

Tapi sayang, renungan itu tak dapat nak lihat dirinya lagi, sampai bila-bila.

Telefon yang di sua Luna di ambil butler itu lalu dia tunduk mengundurkan diri meninggalkan Luna sendirian di situ. "Baik puan..."

Tak semena menori lama menerjah fikirannya serta merta ketika Luna termebung menatap wajah tu. Tangannya memeluk diri sendiri kerana berasa takut dan sakit kerana mengenangkan memori lama tu. Dia cuba untuk tidak mengingatkannya semula tapi memori itu terlalu jelas hingga sukar untuk di lupakan.

It is hurt so bad!

"Kalau diberi pilihan, siapa yang ayah akan selamatkan dahulu Luna atau perempuan snake dekat dalam kereta tu?"tanya dia sewaktu tangannya di gari ke belakang dengan pihak polis setelah di tahan.

"Kamu..."sebut Jeremiah dengan nada dingin.

Dia tahu dengan nada suara tu, ayah dia benar-benar tak maksudkan sebenar-benarnya. "You lying..."sengih dia dengan nada tak percaya.

"Sekiranya kamu bijak mungkin kamu takkan berakhir dengan tuduhan memiliki dadah dan menggunakannya..."

"I told you it's not mine...they set me up!" jerkah dia sekuat hati mahu menerpa tubuh ayahnya. Dia mahukan pelukan dari satu-satunya insan yang dapat berikan dia rasa selamat.

Polis yang mengekang Luna pegang tubuh Luna supaya tidak menghampiri Jeremiah.

"Dad...Im begging you. Save me...I swear to God..i never use it...DAD!!!!"rayu dia sewaktu di heret masuk ke dalam kereta polis untuk di bawa ke penjara selepas selesai sidang mahkamah.

Jeremiah hanya pandang Luna dengan renungan sedih. Jelas di wajah lelaki itu beritahu mahu katakan sesuatu pada Luna, tapi Jeremiah hanya berdiri di situ memerhati Luna dipaksa masuk ke dalam kereta polis tu.

"Ayah!Tolong la Luna...!!!!"

Terpejam terus mata Luna taktala imej disaat dirinya melihat ayahnya buat kali terakhir sebelum  masuk ke dalam penjara. Wajah kecewa ayahnya itu segar terngiang-ngiang di fikirannya.

Kali terakhir dia dengar suara tu.

Kali terakhir dia tatap wajah itu.

Kali terakhir dia diberi peluang untuk sentuh ayahnya tetapi tidak kesampaian.

Sehingga sekarang dia tertanya-tanya, adakah ayah dia telah maafkan dia walaupun tak pernah buat salah pada ayahnya sepanjang hidup dia...bukannya tak pernah tapi tak sempat...

Azzalea selalu curi perhatian Jeremiah sehinggakan Luna langsung tiada peluang untuk berada dekat dengan ayahnya sendiri.

Luna cengkam kain baju dekat dadannya dengan kening berkerut seakan dalam kesakitan.

Dadanya saat ini seakan mahu meletup rasanya. Dan gara-gara darah mengepam terlalu laju ke otak, Luna diserang pening hendak pitam sehingga dia hilang keseimbangan sebelum jatuh melutut depan dinding gambar Jeremiah di situ.

"Puan.."sambut seorang pengawal keselamatan yang sejak tadi ada di situ menemani Luna. Dia pegang lengan Luna sewaktu kepala Luna bersandar lemah pada dinding tu. "Puan tak apa-apa..."

Dia mengangguk kepala dengan lemah."I'm fine.." lafaz Luna dengan kening berkerut.

Dengan deru nafas naik turun tak menentu, Luna gagahkan matanya untuk dibuka walaupun kepalanya sedang pening.

Semua sakit yang di tanggung ni takkan berakhir sekiranya niat dia tak terlaksana.

"Kita boleh tangguhkannya kalau puan-"

Luna geleng kepala sambil cengkam kuat lengan pengawal keselamatan di sebelahnya. Lantas memberi jelingan maut padanya. "Tak...kita akan teruskannya...sama ada saya yang selesai di sini atau mereka..."tegas Luna semasa bangun dari melututnya.

Pengawal itu hanya diam mengangguk kepala patuh sambil pimpin Luna bangun dari situ.

"Bawa Azzalea ke ruang tamu utama, dan arahkan mereka yang lain untuk bersedia..." Luna tolak dirinya dari pengawal tu lepas yakin dia dapat berdiri sendiri.

"Baik puan.."

Bersama renungan nekad, Luna pandang ke bingkai gambar keluarga dimana Azzalea dan tiga anak lelaki wanita tu berada. Setiap seorang tersenyum senang dan kelihatan begitu bangga sekali.

Tapi sayang seribu kali sayang....

Senyuman di wajah mereka tu telah pun dirampas oleh dia satu persatu. Dan kali ni senyuman itu takkan kembali sampai bila-bila.

"Let kill two bird with one stone shall we?" ujar Luna sewaktu atur langkah menuju ke ruang tamu utama dimana dia akan sambut kedatangan Henry sebentar lagi.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now