20.

1.5K 104 1
                                    

"Uhuk!Uhuk!"

Batuk seorang pengawal yang terikat dekat kerusi tu.

Sementara dua orang lagi sudah bersandar di dinding tidak sedarkan diri setelah di belasah.

Dua lelaki yang belasah tiga orang tu berdiri tegak sambil sinsing lengan kot ke siku sebab rimas dek panas setelah bergelut mengerjakan mereka tadi.

Knock!Knock!

Bunyi ketukan pintu kedengaran tak lama kemudian.

Seorang dari mereka gerak ke pintu itu dan unlock kunci pada tombol tersebut lantas tarik daun pintu ke dalam.

Maka, berjalan masuk la Luna ke ruangan kawalan CCTV utama rumah agam itu.

"Serius?Saya minta awak untuk kekang mereka bukan sakiti mereka macam ni sekali."keluh Luna lepas tengok keadaan devastated tiga orang pengawal di situ.

Lelaki pertama mencekak pinggang. "Well mereka tiga kami dua...ratio kami lagi kecil dari mereka...cik rasa?"

Luna ketap bibir menahan sabar dengan jawapan itu sewaktu pandang lelaki pertama. "Terima kasih la..."ucap dia dengan tak ikhlas.

Lelaki kedua tarik kerusi yang sudah terbalik dekat lantai cepat-cepat lalu di letakkan ke belakang Luna sewaktu wanita itu berdiri di depan pengawal yang terikat tadi.

Pengawal itu angkat kepala bila perasan bau wangi yang manis menusuk hidung dia. Pandang saja ke atas, dia bertentang wajah dengan Luna.

"Hai..."senyum Luna semasa duduk di kerusi tadi depan pengawal tu. "Sorry for the inconvenience..."ucapnya setelah duduk.

Kening pengawal itu berkerut. Dia tak faham. Apa yang sedang berlaku ni?"Kenapa cik buat semua ni?"soal dia dengan susah payah kerana bibirnya sudah luka dek di tumbuk tadi.

Dia beri senyuman nipis tak suka."Banyak-banyak perkara yang saya tak suka...saya paling pantang bila orang tanya saya soalan." Luna silangkan kaki dia lalu duduk rehatkan lengan atas arm rest kerusi itu. "Sebab peraturan saya, action more talk less."

Pengawal tu hanya diamkan diri tercungap-cungap menahan sakit.

"Berapa lama awak kerja dekat sini?"soal Luna kemudiannya.

Kepala pengawal tu tergantung ke bawah tiada tenaga. "10 tahun.."

Kening Luna terangkat tinggi. "Lamanya. Itu bermakna awak lagi faham la apa yang berlaku dalam dan luar isi rumah ni?"

Dua lelaki tadi gerak untuk berdiri di sisi pengawal keselamatan Azzalea lantas tarik rambut lelaki tu supaya tegakkan kepala dan pandang Luna.

"Ssss..."desis lelaki tu dengan mata terpejam sebab sakit di perlakukan macam tu sekali. "Tolong...saya ada anak dan isteri. Jangan apa-apakan saya."minta lelaki tu.

Luna lalukan tangan ke pada mereka berdua supaya lepaskan tangan dari pengawal tu. Dengan patuh mereka berdua menurut. "Beritahu saya...Azzalea atau ayah saya. Mana yang awak akan berpihak pada?"

Pengawal tu pandang Luna dengan mata berkaca. "Tuan Jeremiah."

Kuku tangannya di pandang, lama dah dia tak berias, dah macam apa rupa kukunya ini."Kalau macam tu beritahu saya apa yang berlaku?"soal Luna.

Pengawal tu menggeleng kepala. "Saya tak boleh...anak dan isteri saya akan jadi taruhannya. Puan Azzalea sendiri pesan pada saya untuk tidak buka mulut."

Luna ketap gigi menahan sabar. Jelingan marah terarah pada lelaki itu."Jangan risau...lepas ni awak boleh pergi jauh dari sini dengan keluarga awak. Tapi dengan syarat awak perlu ceritakannya kepada saya semuanya."ujar Luna dengan nada tenang yang di kawal supaya tak kedengaran marah.

Pengawal tu pandang Luna dalam keadaan teragak-agak.

"Please. Saya perlu tahu apa yang telah menimpa pada ibu dah ayah saya...saya perlukan jawapan untuk kematian mereka. Adakah mereka mati secara neutral atau dirancang?"Luna buat muka terdesak pada pengawal tu.

Kening pengawal tu berkerut serba salah. Npak sangat dia nak beritahu tapi tak nak dalam.masa yang sama."Cik janji yang saya dan keluarga saya takkan di timpa bahaya selepas saya beritahu semua ni nanti?"pengawal tu tanya.

Luna angguk. "Saya janji."

Pengawal tersebut tundukkan kepala ke bawah seakan kesal. "Maafkan saya kalau macam tu... Sebab saya tak jalankan tugas yang baik untuk lindungi Tuan Jeremiah dan isterinya dengan baik..."luahnya dengan mata terpejam rapat.

Tersandar Luna kemudiannya. Dia pandang tak percaya ke pengawal itu. "Jadi betul la mereka mati bukan kerana sakit tapi sebaliknya?" tanya Luna dengan nada sedih.

Pengawal itu hanya mampu mengangguk kepala dengan malu.

Dua lelaki tadi pandang Luna, mereka sangkakan Luna akan naik angin atau menjerit-jerit hilang kawalan. Sekali tu tak rupanya.

Malah, Luna hanya duduk diam di situ sambil memejam mata.

"Puan Azzalea rancang semua ni sejak awal lagi dia kerja sebagai maid dekat sini.." sambung pengawal tu lagi.

Perlahan-lahan Luna buka mata dia dan pandang pengawal di depannya yang teruk di belasah dengan renungan kosong.

"Terima kasih untuk kerjasamanya. Mulai hari ni awak boleh berhenti...beritahu rakan awak yang dua orang ni jugak. Dan ingat perbualan ni tak pernah berlaku. Sekiranya hal ni ketahui Azzalea sendiri...bukan nyawa saya je jadi taruhan tapi awak semua."pesan Luna dengan nada orang mengalah.

Laju-laju pengawal tu angguk kepala. "Baik cik...saya janji."

Luna bangun dari situ. "Uruskan semua rakaman dekat sini. Dapatkan salinan semua rakamannya dan serahkan kepada saya nanti." ujarnya sambil jalan mendekati pintu keluar bilik kawalan tu.

"Baik!"sahut mereka berdua dengan serentak.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now