41.

1.4K 96 2
                                    

Hujung minggunya Aaron ajak untuk lawat family keluarga lelaki tu.

Maka, Luna sebagai isteri yang baik dan taat pada suami hanya menurut tanpa berontak dan tantrum kebiasaan yang dia lontarkan kalau tak suka buat sesuatu yang di luar tabiatnya.

Mereka berdua luangkan masa di kediaman datuk dan nenek Aaron beberapa hari di situ.

Masak sama-sama. Makan beramai-ramai dengan sanak saudara dan sahabat handai keluarga Aaron disamping memperkenalkan menantu sulung keluarga Aaron.

"Aunty dengar kamu bekas banduan betul ke?"

"Ma...apa tanya macam tu?"

"What?Pakngah kamu yang beritahu mama okay. Katanya dia masuk penjara sebab miliki dadah dan penyalahgunaan bahan tu."

Habis kekok terus meja panjang yang terhuni dengan ahli keluarga Aaron tu.

Aaron yang duduk dekat sebelah Luna dah panas punggung. Matanya gerak kanan dan kiri serba salah. Tak tahu nak buat apa.

"Sandra...cukup."tegas Mama Aaron serta merta dari seberang meja.

"Kak...saya bukan apa..tapi ramai lagi anak gadis yang lagi elok latar belakang untuk jadi isteri Aaron...macam anak perempuan saya ni hah!"bidas Sandra.

"Ma...sudah la."anak perempuan Sandra buat muka serba salah. Dia sendiri yang malu dengan sikap mama dia ni.

Ayah Aaron kerling ke Luna yang hanya tenang dan bersahaja menikmati makanan dalam pinggan tu. Anak menantunya itu sama sekali tidak terganggu dengan perbualan ni.

"Akak tak berminat nak dengar cemuhan kamu mengenai anak akak....Luna bukan seperti yang kamu sangkakan...!"tegas Mama Aaron lagi.

Aaron pandang ahli keluarga dia yang mulai berbisik antara satu sama lain seakan mengata sesuatu tak elok tentang Luna. Nak di marah ahli keluarga dia, tak dimarah maruah isterinya di perlekehkan pula.

"Still dia adalah bekas banduan...apa kata orang nanti kalau mereka tahu...lagi-lagi kalau menantu akak ada anak...tak ke sampai beranak pinak akan malukan nama baik keluarga kita."tambah Sandra lagi. "Itu la..saya dah beritahu akak supaya kahwinkan saja anak saya dengan Aaron...kalau tak mananya isu ni timbul."

SPRANG!

Tak semena bunyi kaca berderai kedengaran di meja tu.

Dengan serentak semua kepala berpaling ke punca bunyi pecah tu dengan wajah tergamam masing-masing.

Sekali mereka pandang gelas berkaki yang ada di tepi pinggan Aaron sudah pecah dalam gengaman tangan lelaki tu.

Luna yang duduk dekat sebelah hanya mampu membutang mata dengan luas sebab tak terkata.

Lantas Aaron berdiri dan menghadap semua dekat meja tu. Bersama renungan marah dan kening mencerun kemerahan kerana keberangan dia berkata.

"Sekali lagi...saya dengar di antara semua yang ada dekat sini...hina atau perendahkan isteri saya....akan saya putuskan hubungan keluarga ni dan takkan saya mengaku anda semua sebagai darah daging saya!"lafaz Aaron dengan dada naik turun menahan diri dari naik angin dekat situ.

Mama dan Papa Aaron yang boleh agak hal ni akan berlaku hanya mampu diamkan diri. Tak berani nak masuk campur.

Lalu Aaron pandang ke Sandra pulak."Memang Luna bekas banduan tapi bukan dia yang mintak semua ni berlaku...dan sekurang-kurangnya dia tak sejahat orang yang perendahkan dia macam orang tak ada ilmu...malu la saya ada keluarga macam aunt ni!"

Luna dekat tepi dengan perasaan kagum dongak memandang Aaron taktala suaminya beria pertahankan nama baiknya di depan ahli keluarga Aaron sendiri tanpa takut.

"Kalau saya tahu ini tujuan makan-makan diadakan...tak adanya saya ke sini..."ucap Aaron dengan muka kecewa yang amat sangat sebelum beredar dari situ dengan lekas.

Senyap sunyi terus ruang makan tu lepas Aaron pergi.

Tegang dan dingin.

Itu la yang boleh dirasai oleh semua di situ.

"Luna..."Mama Aaron bersuara tak lama lepas tu.

Luna palingkan kepala dia ke ibu mentuanya dengan kening terangkat. "Saya."

"Pergi kejar suami kamu..."arah Mama Aaron dengan reaksi risau di wajahnya.

Mata Luna berkedip satu kali sebelum kerling ke sekitar meja makan tu untuk tilik wajah para tetamu Aaron buat seketika terutama sekali Sandra.

Pucat lesi terus muka makcik sorang ni.

Tahu pun takut...

Dah tu ada mulut tak reti nak jaga siapa suruh.

Kalau  bercakap main ikut sedap mulut je nak mengata.

Memangnya kalau namanya makcik ni mulut tu memang barai eh? Kena ke jadi mulut longkang condemn hidup orang

Itu tak kena

Ini tak kena

Buat itu salah

Buat ini salah

Ingat hidup ni dia orang yang punya?

Haih...

Kan tak pasal-pasal jadi kerja dia pulak nak memujuk.

Menyusahkan betul!

Bersama perasaan malas yang jengkel dia hanya menurut."Baik Ma..."patuh Luna yang kemudiannya bangun dari situ.

Sedang dia bangun, Luna ternampak kesan titisan darah dekat gelas yang pecah dan lantai berjubin dekat meja makan tu.

Bersama keluhan panjang dilepaskan, dia gerak keluar dari bilik makan dan dapatkan Aaron.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now