Selepas habiskan duit untuk dress, high heel dan rambut, dia dah mati kutu bila wanita di depannya ini berhenti di depan pintu masuk barangan kosmetik pulak.
"Cik...saya dah tak duit ni."adunya dengan kening berkerut susah hati. Entah apa je bekas banduan depan dia ni akan buat pada dirinya sekiranya permintaan orang ini tidak ditunaikan.
Luna berhenti. Kaki dia di bawa keluar dari pintu masuk premis semula. "Pardon?"soal dia sambil turunkan cermin mata hitam dia sedikit ke batang hidung sewaktu berpaling ke pengawal keselamatan itu.
"Cik dah gunakan semua duit yang saya pegang. Kalau cik habiskan semua, saya nak makan apa nanti?"
Kalut!
Tak matinya kalau ikat perut sekejap.
"Hei...relaks la...bukannya saya takkan bayar balik. Lagipun saya ni baru keluar dari penjara. Mana la pegang duit bagai. Nanti balik rumah saya pulangkan la semula semua duit awak. Itupun nak serabut."cebik Luna dengan renungan menyampah.
"Saya tahu...tapi saya betul-betul tak ada duit. Kad kredit saya pun dah lepasi hadnya." adu pengawal keselamatan tu lagi.
Luna tilik wajah desperate pengawalnya dengan renungan skeptical. Tak ada duit ke tak nak bayar untuk belanja dia?
Cermin mata hitamnya di bawa naik semula ke mata dengan jari tengah tangan kanannya."Fine...bukan masalah besar pun."Luna jungkit bahu tak kisah. Lagipun dalam kedai ni ada barang tester. Dia boleh gunakan mana yang boleh untuk persiapkan dirinya untuk ke destinasi seterusnya.
Dengan langkah ala divanya, Luna masuk ke dalam ruangan yang penuh barangan kosmetik.
Satu persatu rak display di lawat Luna. Mana yang berkenan dia capai dengan muka selamba. Dari gincu, krim pelembap, eyeshadow,eyeliner dan perfume semuanya dalam tangan.
Selesai dapatkan apa yang dia nak, Luna dekati kaunter di mana promoter kedai barangan kosmetik itu berada.
"Hai..."sapa Luna dengan senyuman penuh kepura-puraannya sewaktu meletakkan barang kosmetik tadi ke permukaan kaunter itu.
"Ya..boleh saya bantu?"soal promoter itu sambil memandang barangan kosmetik di kaunternya sekejap sebelum memandang Luna.
"Macam ni...saya beli barang ni semalam. Tapi belum di buka lagi. Saya tak rasa shade produk ni sesuai dengan saya...kalau saya nak tukar boleh tak?"lakon Luna dengan penuh yakin. Tiada sikit pun rasa takut mahupun gentar.
"Boleh...cik ada resit pembelian?"soal promoter itu.
Luna buat-buat muka terkejut. "Resit?Saya tak ada resitnya sekarang....tapi tak boleh ke saya tukar je terus. Lagipun semua barang ni tak terusik pun."
Promoter itu menggeleng kepala sambil memberi senyuman serba salah. "Maaf cik..sebarang pertukaran perlu disertakan dengan resit." jelasnya.
Luna buat muka seakan kecewa. "Iya ke...kalau macam tu tak apa la...maaf sebab menganggu."
"Tak mengapa cik."
Luna kutip barangan kosmetik itu satu persatu dengan wajah sedihnya.
"Nak saya berikan beg untuk barang-barang ni?"aju promoter itu kerana kasihan melihat Luna.
Bersama senyuman terima kasih, Luna mengangguk kepala.
Tak lama kemudian, Luna keluar dari premis itu dengan produk kecantikan yang diperlukan tanpa membayarnya dengan begitu saja.
Pengawal Luna yang berdiri dekat luar pandang terkejut ke wajah senang hati cik dia itu. "Cik dah beli?"soal dia.
Ini la faedahnya duduk dalam penjara. Dengan hasil tunjuk ajar para inmate dia sepanjang tahun dia di situ, Luna pelajari banyak perkara. Dan salah satunya ialah scamming!
"Dah..." Luna terus maju ke depan tanpa hiraukan pengawalnya di belakang.
"Kita nak ke mana cik?"
Luna pandang ke depan dengan sengih jahat di bibir. Tak sabar betul dia nak jumpa keparat tak guna yang telah fitnah diri dia sehingga buatkan dia dijatuhkan tuduhan penyalahgunaan dadah. Sedangkan yang gunakan barang itu adalah keparat tu sendiri bukannya dia.
Berhenti saja di depan pintu lif, Luna berdiri menghadap pengawal peribadinya. "Give me the key."dia tadah tangan kanannya pada pengawal itu.
Pengawal tu pandang tapak tangan Luna lalu ke muka Luna dengan muka tak faham."Untuk apa?"
"Saya drive sendiri."jawab Luna.
"Ta-"
"Give. Me. The. Key."sebut Luna satu persatu sambil tersenyum mesra namun tegas.
Mahu tak mahu, pengawal itu serahkan juga kunci kereta pada Luna.
"Thank you."ucap Luna saat berpaling semula menghadap pintu lif itu. Dan pada masa yang sama, pintu lif itu pun terbuka.
Seorang diri tanpa diikut dengan pengawalnya, Luna berjalan masuk ke dalam lif tersebut. Kebetulan masa tu ada seorang penumpang lelaki di dalamnya.
Luna menjadi Luna, dia langsung tak pedulikan penumpang itu, terus tunduk mengeluarkan lipstic yang dia ambik a.k.a scam tadi.
Penumpang lelaki tu kerling Luna sekilas sebelum kembali pandang ke pintu lif.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...