"Jangan dekat!Jangan dekat!Arghhh!"raung Azzalea dalam keadaan ketakutan dekat penjuru bilik sambil cengkam rambut dan pandang liar sekeliling bilik tidurnya.
Luna yang sedang berdiri dekat depan almari kecil tepi dinding hanya bersahaja keluarkan ubat dalam botol dan diletakkan atas tapak tangannya.
"Huhuhu....aku tak tahu...tolong jangan dekat." rintih Azzalea sambil menangis dengan takut. Dia nampak ada orang berdiri dekat depan katil tengah pandang dia tanpa mata. Dia takut! Kenapa orang ni ada dalam rumah dia!
"Mama....masa untuk makan ubat..."nyanyi Luna sewaktu berpaling menghadap Azzalea yang semakin hari semakin teruk keadaannya.
Dengar je suara Luna, Azzalea bangun dan terpa tubuh Luna dengan terdesak. "Tolong mama...halau dia keluar dari sini...mama takut." dia tunjuk ke perempuan berambut panjang dengan muka pucat dan tak ada mata depannya tu.
Luna pandang ke tempat yang ditunjuk Azzalea. Tapi tak ada sesiapa dekat situ. "Mana ada sesiapa dekat situ ma.."senyum Luna dengan senang hati kerana pelan dia berjalan dengan lancar.
Akhirnya ubat yang dia dadahkan kepada Azzalea sudahpun beri kesan pada kewarasan Azzalea.
"Ada tu hah....halau la dia keluar...mama tak nak dia ada dekat sini.."Azzalea goyangkan lengan Luna dengan laju.
"Okay-okay....Luna halau dia."angguk Luna sambil pimpin ibu tirinya ke katil dan dudukkan wanita tu.
Azzalea sorokkan muka dia dekat tepi kepala Luna sambil jeling ke wanita berambut panjang dekat situ.
"Makan ubat ni dulu kalau macam tu..."Luna tadahkan tangan dia yang mengandungi tiga biji ubat depan muka Azzalea.
Mata Azzalea pandang ubat tu lalu cepat-cepat capai dan di suap dalam mulut dengan gelojoh. Dia telan lalu jelir lidah pada Luna. "Dah..mama dah makan...suruh dia pergi sekarang.."
Luna tersenyum senang. "Bagus...sekarang mama baring. Kemudian pejam mata. Nanti bila mama bangun, dia dah pergi."pujuk Luna lagi.
Azzalea menurut seperti anak kecil patuh akan pujukan mama dia. Tanpa berkata apa dia baring dan tarik selimut naik ke badan. Matanya masih terarah pada wanita berambut panjang tak ada mata depan kaki katilnya.
"Shh..."Luna tepuk badan Azzalea saat bersimpuh atas katil sebelah kanan. Dengan renungan kosong dia pandang wajah pucat tak terus Azzalea.
"Siapa tu.. Siapa dia yang tengah tengok kita tu.." bisik Azzalea seperti orang tak betul.
"Mama rasa dia siapa?"tanya Luna.
Azzalea geleng kepala. "Tak...tak mungkin dia.." matanya membulat. "Dia dah mati...aku nampak kereta dia meletup malam tu."
Terketik rahang Luna bila dengar. "Siapa?"soal dia dengan nada marah dikawal.
"Isteri Jeremiah la...dia dalam kereta tu...terbakar mintak tolong...dia dah mati..."cerita Azzalea sambil termenung memandang ke satu arah dengan badan menggigil.
"Macam mana dengan papa?Mama bunuh dia jugak ke?"Luna tepuk badan Azzalea dengan perlahan walaupun hati dia tengah sakit dan menggerutu benci.
Azzalea menggeleng kepala. "Tak..."sebut dia sebelum mencebik bibir sedih bila teringat akan mendiang suaminya. Sedihnya dia. Kenapa suami dia tinggalkan dia. "Huhuhu...mama sayangkan Jeremiah..."rengek Azzalea sambil peluk selimut dekat badan.
Luna pandang pelik akan kenyataan tu. Matanya dikecilkan saat tenung wajah Azzalea cuba cari kepastian. "Apa maksud mama... Kalau macam tu kenapa papa meninggal dunia?"bisik dia.
Azzalea menggeleng kepala. "Mama sayangkan Jeremiah...kenapa dia tinggalkan mama.." nangisnya dengan linangan air mata di pipi.
Tak faham apa yang berlaku Luna pegang bahu Azzalea dan bangunkan badan tu supaya hadap dia. "Beritahu Luna...macam mana papa mati?"desaknya.
Dengan kepala tertunduk ke bawah Azzalea merintih."Mama dah beritahu jangan.....tapi dia nak buat jugak...mama cuba halang tapi dia buat jugak..."ulangnya berkali-kali sewaktu terbayang wajah garang tu.
"Siapa dia tu?"kening Luna mencerun hilang sabar.
Tak semena Azzalea tersentak dan mula menggagau tak tentu arah."Henry....Henry dia bunuh Jeremiah..."matanya menjegil bulat sewaktu pandang Luna. "Henry...Henry dia tekap Jeremiah dengan bantal masa kami tidur...mama tak sedar"lengan Luna dipegangnya dengan histeria."...mama bangun Jeremiah dah tak ada...dia dah tak ada..."
ZRAP!
Berderau laju mengepam darah ke otak dia sampai berdenyut sakit kepala dia lepas dengar kenyataan tu.
What an actually f*ck is going on?
Terpempan Luna dekat situ dengan mata kaku memandang Azzalea. Tubuhnya dibiarkan berhayun kanan dan kiri dek goncangan Azzalea.
"Henry.. Dia bunuh suami mama....cinta hati mama....huarghh..."raung Azzalea sejurus tu. Dia tumbuk-tumbuk dada sebelum tumbang ke bantal dan menangis.
Sementara Luna dekat situ perlahan-lahan bangun dari katil dan berdiri kejung dekat situ.
Henry dia apa?!
Air mata bertakung di mata Luna sewaktu dia mengepal penumbuk menahan diri dari menjerit dekat situ.
Sampai hati Henry.
Sampai hati lelaki tu perlakukan dengan kejam dekat orang tua dia!
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...