52.

1.4K 94 2
                                    

"Hei...saya nak tanya something boleh?"span muka yang dibasahkan dengan air bersih itu dilap pada muka yang siap di cukur tadi.

"Hm."jeda Aaron dengan mata terpejam. Dia ketika itu sedang baring di atas lantai sebelah beranda bilik berbantalkan silaan Luna.

Setelah lap muka itu, dia capai krim muka miliknya sendiri lalu di letakkan secalit di pipi, dahi, hidung, dagu lalu di rataskan sekitar muka Aaron dengan kedua-dua tangan."Dekat dua bulan kita kahwin sekali pun saya tak pernah dengar awak tanya soal honeymoon ke baby ke...family planning ke.."tanya Luna semasa tunduk memandang muka Aaron.

Berdengus Aaron lepas dengar. "Asal...awak nak honeymoon dan baby ke?"

Luna tepuk dada Aaron kerana marah. "Hish..dia ni...orang tanya faham...TA.NYA!"eja dia kejengkelan.

Aaron buka mata lalu bertemu muka Luna yang hanya berjarak beberapa jengkal saja dengan dia.

Luna pun ikut bertentang mata dengan Aaron dan tangannya masih ratakan semua krim itu pada muka Aaron. "So?"

"Sebelum saya jawab, apa kata awak yang jawab dulu.."aju Aaron pula.

"Huh?"dia buat muka tak faham. "Saya yang jawab?"tunding Luna ke muka sendiri.

Aaron angguk kepala. "Yalah...."

Termenung sekejap Luna lepas tu, tangannya bertenggek dekat bahu Aaron. Dah berhenti dari bekerja. Memandangkan dia ada banyak perkara nak kena handle...rasanya bukan sekarang masanya untuk dia honeymoon atau pregnant. Yalah pelan dia untuk balas dendam belum settle sepenuhnya.

"Kalau saya...no..."jawab Luna tak lama kemudian.

Sebab Aaron tahu bukan masa yang sesuai la dia tak pernah tanyakan Luna tentang hal ni. Lagipun lepas dia dapat tahu Luna ada perkara yang perlu dilakukan, terpaksa la dia diamkan."See..sebab tu saya tak pernah tanya atau sibukannya. Saya tak nak pressure awak." Aaron kembali pejam mata."Now...teruskan kerja awak please."arahnya bernada bossy.

Luna mencebik menyampah."Bossy!"gerutunya lalu menonyoh muka Aaron macam muka tu kain buruk yang minta di sental. Rasakan!

"Auw...Yang sakit la .Seriously?"Aaron pegang kedua-dua pergelangan tangan Luna dan jauhkan tangan tu dari dia. Dengan kening berkerut dia pandang Luna.

"Serius la ni...awak mana tahu...orang dekat saloon buat macam ni...baru la muka awak handsome..dan kedutan dekat muka ni hilang..dah lepas. Biar saya sambung."acah Luna macam tahu je macam mana saloon beri perkhidmatan. Dia sendiri duduk dekat penjara lama...jejak saloon pun tak.

Aaron berdengus tak percaya masa tengok muka kantoi Luna. "Ahaha...oh really"dia ketawa kerana muka tak boleh blah Luna tu. "Bila kali terakhir awak jejak saloon huh? Cakap macam pakar je.."

Luna terkedu. Mata dia membulat. Opps! Ahaha..Kantoi la pulak. "Saya tahu la...lepaskan tangan saya sekarang..."

Aaron tarik sengih jahat dia. "Not that easy my love..."terus dia tarik tangan Luna yang dipegang hingga buatkan Luna tercampak ke tepi dia.

"Hoi!"jerit Luna lepas dia tumbang dekat lantai tu.

Sambil ketawa Aaron paksa badan Luna baring dekat situ."Biar saya pulak buat facial untuk awak..." Aaron bangun dari baringnya lalu letakkan kepala Luna dekat peha kiri, kaki kanan dia menghempap badan Luna.

"Apa masalah awak ni!"gelut Luna yang mahu ketawa.

Aaron pun ikut ketawa, dia pegang kedua-dua pipi Luna lalu di gonyoh-gonyoh macam Luna buat pada dia tadi. "Suka tak?"

"Stop it you freak!"ketawa Luna sambil bergelut dalam kekangan kaki dan tangan Aaron tu. Siut punya suami!

Puas gonyoh pipi tu, Aaron kemudiannya berhenti untuk tatap wajah Luna yang kemerahan gara-gara dia.

Termengah-mengah Luna lepas tu. Dengan  sisa senyuman di bibir, dia pandang Aaron yang sedang menatap dia waktu itu. Terkesan dengan renungan tu, Luna mula merasa serba tak kena. "Dah la...saya nak bangun. Tepi." Luna cuba bangunkan badan dia dari peha Aaron, tapi dia ditolak jatuh dengan Aaron. "Auw.."aduhnya lepas terbaring semula dekat situ.

"Not so fast honey..."Aaron gerakkan kaki dia kepada kedudukan yang buat Luna berada di antara kakinya dengan selesa. "Alang-alang kan..."senyum dia sambil tu.

"Apa awak nak buat?"Luna dah pegang bahu Aaron semasa lelaki tu hendak tunduk pada dia.

"Awak rasa?"bisik Aaron dengan nada menggoda dan senyuman meleret di bibir.

"Jangan eh..."Luna cuba bangun dari situ, tapi Aaron beri tekanan pada kaki yang ada dekat atas badan dia.

"Nak jugak.."agah Aaron yang tunduk sambil muncungkan bibir lalu kiss setiap inci muka Luna berkali-kali.

"Eew-eew....get off me...krim muka awak kena mulut saya.."gelut Luna sambil pukul lengan Aaron.

Aaron hanya ketawa sewaktu tanpa henti kiss Luna.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now