Sewaktu Luna berusia 15 tahun....
"Ayah...mana bingkai gambar Luna dengan mama dekat bilik?"soalnya.
Ayahnya yang sedang meneliti dokumen di tangan hanya diamkan diri.
Berasa jengkel dengan sikap acuh tak acuh ayahnya, Luna tarik fail tu dari tangan ayahnya dengan kasar lalu di campak ke lantai kebengangan.
Ayah Luna angkat kepala lantas pandang Luna dengan renungan kosong. Sikit pun tak nampak marah atau terasa dengan sikap kasar Luna.
"Luna tanya mana semua gambar kita sekeluarga?Dekat ruang tamu, bilik tidur...ruang bacaan...semuanya dah tak ada...mana gambar ibu dengan ayah?"soal dia dengan lantang.
Sejak Azzalea datang, rumah yang dia anggap syurga dah serupa seperti neraka!Makin stres dia duduk dekat sini!
"Ayah dah buangkannya..."
Terus terbutang mata Luna lepas dengar. "APA!"
"Azzalea tak nak lihat apa-apa yang berkaitan dengan ibu kamu...sebab itu ayah buang!"jelas ayahnya dengan muka tanpa perasaan.
Berdengus kasar Luna bila ayah dia sebut nama nenek sihir tak guna tu. "Apa yang ayah nampak dekat dia tu?!Ayah tak sedar ke dia cuma main fikiran ayah...perempuan tak sedar diri tu fikir dia siapa? Sesuka hati je nak hapuskan kenangan ibu dari rumah ni!"marah dia sampai sebu dadanya.
Ayah Luna bangun dari kerusi lalu jalan laju dan tanpa berfikir panjang ayah Luna angkat tangan lantas tampar pipi Luna dengan kuat.
PANG!
Berkedip mata dia lepas tengok isi bilik rahsia depannya saat itu.
Dia tak sangka langsung!
Selama bertahun dia fikirkan ayah dia telah hapuskan kesemuanya.
Tapi tidak.
Semuanya ada di situ.
Luna dekati timbunan bingkai yang mengandungi gambar dia bersama ayah dan ibunya yang tersusun kemas dekat situ.
Sejak Azzalea masuk dalam keluarga Luna, tiada satu pun gambar lama Luna bersama ayah dan ibu dia tergantung dalam rumah agam tu.
Selama ni Luna fikir mereka dah buang dan hapuskannya. Rupa-rupanya ayah dia simpan di sini semua gambar-gambar mereka.
Tapi kenapa?
Kenapa ayah dia buat semua ni?
Luna melutut dekat depan bingkai gergasi yang bersandar pada dinding itu dan menatap imej ibu dan ayah dia yang tersenyum memeluk dirinya sewaktu bayi dulu.
Wajah mereka berdua ketika itu kelihatan muda. Sama cantik sama padan. Buatkan dia yang lihat berasa iri hati.
Tapi....apakan daya. Takdir ni tiada siapa boleh agak bagaimana ia tamatkan kehidupan seseorang.
Perlahan-lahan tangan berjari pucatnya naik menyentuh permukaan kanvas gambar tersebut lalu di usap perlahan wajah ibu dan ayahnya yang sedang tersenyum itu.
Hanya Tuhan saja yang tahu, betapa rindunya dia nak peluk dan cium wajah dua orang ini.
"Apa yang dah berlaku sebenarnya ni....ayah, ibu."bisik Luna dengan kening berkerut.
Selama ini Luna duduk dalam gelap. Tidak mengetahui apa-apa. Kematian ibu dia sewaktu kecil lagi masih tidak diketahui dia akan sebab sebenar sehingga sekarang. Dan kemudian, kematian mengejut ayahnya lagi. Segalanya berlaku secara tiba-tiba.
Dan dia syak Azzalea. Tapi tiada bukti.
Semua ni makin lama buatkan dia semakin tertekan.
Bzzzz!Bzzzz!
Telefon dalam cengakamannya itu bergetar-getar memberitahu Luna ada panggilan masuk.
Tanpa alihkan mata dari wajah orang tuanya, Luna angkat telefon tu lalu sentuh skrin dan jawab panggilan itu. Tanpa tunjuk sebarang ekpresi di wajah, Luna tekap telefon ke telinga kanan dia.
"Cik...ini saya."sapa pemanggil tu terlebih dahulu.
"Hmm."jeda Luna dengan perlahan.
"Saya diberitahu cik suruh saya call?Ada apa-apa ke?"tanya suara tu.
Masa itu la baru Luna bangun dari melututnya dan berdiri menghadap timbunan bingkai gambar di situ.
"Ya...ada sesuatu yang saya nak tanyakan pada awak."
"Apa bendanya?"
Mata Luna gerak melirik setiap gambar di situ dengan minat."Betul ke syarikat Golden Venture sekarang sedang alami krisis?"tanya dia sewaktu pegang satu dari bingkai di situ.
Orang dalam panggilan diam buat beberapa saat. Mungkin sebab terkejut atau teragak-agak hendak bersuara lepas dengar pertanyaan itu.
"You there?"Luna angkat kepala dari tunduknya. Dan pandang saja ke dinding depan dia pula, serta merta mata Luna terarah pada bingkai dimana gambar ibu dia di samping seorang maid berada.
"Betul...syarikat ni sekarang alami krisis pengelapan wang syarikat...dan sekarang kami sedang siasat hal ini."jawab orang dalam panggilan tu.
Kening Luna berkerut bila dia lihat wajah maid yang berdiri di samping ibu dia dalam gambar tu. Dengan sebelah tangan pegang telefon, dia capai bingkai gambar tu lalu di bawa dekat ke depan muka dia.
"Dah berapa lama masalah ni timbul?"tanya Luna semasa dia pandang muka maid tu lama-lama sebab gambar tu agak blur sikit kerana diambil jarak jauh.
"Tiga bulan lepas..."
What the f*ck!?
Kening Luna berkerut terkejut sewaktu tenung gambar dalam bingkai tu.
Hell no!
Dia membutang mata lepas berjaya kenalpasti siapa maid yang berdiri di sisi ibu dia yang sedang mengandung itu.
Siapa lagi kalau bukan Azzalea sendiri.
Jadi selama ni Azzalea bukan seperti yang dia sangkakan?
Infact, Azzalea adalah maid di rumah ini sejak awal lagi?
Luna gengam kuat bingkai tersebut. Lantas turunkannya ke sisi. "Berapa banyak kerugiannya?"dia berpaling untuk keluar dari bilik rahsia itu.
"15 juta."
Setiba di depan pintu tadi, Luna slid belakang rak buku itu ke tepi dan menghasilkan kuakan kecil.
"Okay...terima kasih beritahu."panggilan itu kemudiannya diputuskan oleh Luna sewaktu dia berjalan keluar dari situ dan secara automatik rak tadi bergerak tutup semula.
Sambil pegang bingkai gambar di tangan,Luna gerak ke pintu.
Menggunakan teknik yang sama seperti dia masuk tadi, Luna tunggu masa CCTV gerak ke arah lain sebelum kunci semula pintu itu dan loloskan diri dari terakam.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...