37.

1.4K 103 2
                                    

KETIK!

KETIK!

KETIK!

Dengan laju dia taip itu dan ini di papan kekunci sambil pandang skrin komputer. Sibuk balas email untuk bosnya, Tuan Aaron.

Lepas keluar makan tengah hari tadi dia diberitahu yang isteri cantik bosnya ada dalam pejabat. Tak berani nak buat bosnya marah, dia hanya duduk dekat mejanya siapkan kerja dan cari maklumat yang boleh dia bekalkan bila di mintak nanti.

Tapi sejak cariannya beberapa hari lepas, maklumat mengenai perjanjian bos dia dengan wakil syarikat Golden Venture masih tak ditemuinya.

Brit!Brit!

Bunyi getaran telefon menyentak fokus Naylie tak lama selepas itu. Dia yang sedang pandang skrin itu tunduk mencapai telefon dekat sebelah tumblr birunya.

Pandang je ke skrin tu, Naylie tersentak berdiri dari kerusinya.atanya terbutang luas. Nak apa lagi ni?!

Sh*t!

Dia pandang ke arah pintu dengan gelabah sebelum bangun dari situ dan gerak ke tembok batu dekat situ untuk jawab panggilan tu.

"Hello?"sambut Naylie dengan perlahan.

"Dah dapat belum?"tanya Carson dalam panggilan serta merta.

"Saya masih mencari lagi..."Naylie sorokkan sikit badan di balik tiang itu.

"Kau goda la dia ke apa...aku nak tahu apa isi dokumen perjanjian dia dengan mama aku...paling tak kau geledah la pejabat dia masa dia tak ada..."gesa Carson lagi.

Kening Naylie berkerut. Dia gigit bawah bibir teragak-agak. "Berikan saya masa Carson...kebelakangan ni tuan Aaron jarang keluar dari pejabat dia. Nanti saya cuba untuk cari dokumen perjanjian tu."jelasnya dengan dada berdebar takut.

"Fine...aku bagi kau masa, tapi ingat kau gagal buat apa aku mintak, kita cancel wedding." ugut Carson dalam panggilan tu dengan tegas.

Laju-laju Naylie angguk kepala sambil buat muka nak menangis. "Saya janji Carson...saya akan cuba dapatkannya secepat mungkin."

"Pastikannya...."

Naylie telan air liur takutnya sebelum putuskan panggilan tu. Telefonnya di pegang rapat ke dada dengan kedua-dua tangan.

Apa dia kena buat sekarang ni!

"Nak tak nak aku kena dapatkan jugak dokumen tu!"lafaz dia dengan nekad sewaktu gerak hendak kembali ke mejanya semula.

Baru je Naylie palingkan badan, BOO! Berdirinya Luna dekat depan dia masa tu.

"Wargh!"jerit Naylie dengan pendek sampai terlepas telefonnya ke lantai. Terus dia pegang dadanya kerana takut. Seperti baru nampak hantu, dia pandang muka cantik Luna yang sedang tersenyum pada dia dengan mata terbeliak. What the hell! Bila masanya perempuan ni ada dekat sini?"Pu-puan Luna.." sebutnya terketar-ketar.

Mata Luna gerak memandang telefon di bawah kakinya sebelum pandang ke Naylie semula. "Maafkan saya....awak tak apa-apa?Bukan niat saya nak takutkan awak macam tu."ucap Luna dengan mimik muka serba salah yang di buat-buat.

Setelah itu, Naylie lekas-lekas tunduk mengutip telefon dari lantai dan kembali berdiri tegak menghadap Luna. Dengar ke Luna akan perbualannya tadi?"Tak mengapa. Salah saya sebab tak tengok-tengok masa berpaling tadi."balasnya.

"Bagus la awak tak apa-apa."lakon Luna lagi.

Naylie tarik sengih kekoknya. "Puan dah nak balik?"

Terus Luna silangkan tangannya ke dada dan menilik Naylie dari atas ke bawah dengan curiga. Well...well...tengok siapa yang tertangkap sekarang?

"Ha'ah...tapi boleh ikut saya sekejap?Ada sesuatu yang saya nak kamu bawakan kepada suami saya nanti la..."minta Luna dengan suara lemah lembutnya.

"Huh?"nganga Naylie dengan bingung. Dah apa pulak?

"Tak apa kan?"tanya Luna lagi sambil lentokkan sedikit kepala dengan manja.

Teragak-agak hendak bersuara, Naylie hanya mengangguk kepala setuju. Lantak la situ.

"Bagus la kalau begitu....mari kita gerak."Luna pegang belakang badan Naylie untuk dorong dia maju ke depan.

Naylie yang masih terkejut itu hanya mampu menurut. Takut kalau dia tolak, Luna akan bawa mulut ke Aaron dan Aaron pasti akan memarahi dia.

Diam-diam, Luna dekat sebelah jeling Naylie dari atas ke bawah. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Naylie sewaktu berbual dengan Carson tadi.

So....Naylie ni adalah mata-mata si Carson la.

This gonna be interesting!

Hehe!

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now