Jam digital di atas almari sebelah katil tunjuk waktu masuk 3:30 pagi. Namun yang sedang baring dekat katil kelihatan tak tenang dalam tidurnya. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri sampaikan mata yang dipaksa pejam sejak tadi sudah letih.
Ubat tidur dah makan, tapi nampaknya kali ni ianya tak berfungsi seperti kebiasannya.
Berasa rimas dengan perasaannya itu, Luna bangun dengan kasar dari katil tu lalu pandang ke sisinya. Tempat Aaron baring.
Tak terkejut kalau suaminya tak ada. Ini mesti bangun awal tak pun berjaga sehingga lewat pagi terperuk dalam bilik kerja lelaki tu.
Grrr!
Jangan sampai nanti dia pindah katil ni ke bilik tu baru tau!
Bersama renggusan kasar, Luna turun dari katil lalu keluar dari bilik dan belok masuk ke bilik kerja Aaron yang ada dekat sebelah saja.
Pandang saja ke dalam bilik, Luna di sapa dengan muka segar Aaron yang masih basah rambutnya seperti baru selesai mandi dan bercermin mata, enak menghirup kopi dekat belakang meja kerja tu.
Aaron yang sedang memandang skrin komputer dan menghirup kopi pada masa yang sama itupun tersentak bila perasan dari ekor matanya kelibat seseorang berpijama tidur biru berdiri dekat depan pintu tu.
Luna hanya berdiri dekat situ dengan muka grumpy tak puas hatinya.
"Hai...awal bangun"perlahan-lahan Aaron letakkan mug berisi ekspresso ke meja sambil memandang Luna dengan kening terangkat hairan.
Bangun?Dia tak tidur langsung kot! Untung la jenis senang tidur kemudian susah nak terjaga! Tak macam dia nak tidur pun payah!"Jangan nak berhai dengan saya." sentap Luna tidak berganjak dari tempat dia tengah berdiri.
Aaron buat muka pelik. Dah kenapa pulak isterinya ni? Dah macam budak-budak tak cukup perhatian pulak. "Okaaayy~" sebutnya dengan meleret kerana tidak tahu nak cakap apa.
Luna bercemberut tak puas hati lalu menghentak kaki kejengkelan. "Benci betul la.."
Aaron ketawa melihat tantrum yang dilontarkan Luna pagi-pagi buta macam ni. "Ada apa ni Yang? Huh?"tanya Aaron dengan senyuman tak percaya di bibir.
"Itu yang saya marahkan ni...sebab saya tak tahu kenapa dengan saya la saya macam ni...di tanya lagi.." marah Luna sambil merenggut rambut. Apa la nasib dapat suami tak sensitive macam Aaron ni. Buat sakit jiwa betul.
Aaron tolak sedikit kerusinya keluar dari bawah meja tu. "Sini..."dia lambai tangan memanggil Luna. "Dekat saya sini.."
Sambil tarik muncung tak puas hati Luna jalan mengheret kaki mengelilingi meja kerja Aaron lalu berdiri di sebelah kerusi tu.
"Apa?"marah Luna lagi.
Tanpa berkata apa-apa, Aaron tarik Luna kepada dia lalu dudukkan Luna atas ribanya.
Luna hanya menurut. Dia terlalu letih untuk cari pasal dengan Aaron pagi-pagi macam ni. Apa dia tahu dia nak tidur dan berehat. Itu je. Dia ingatkan lepas semuanya selesai dapatlah fikiran dia lapang, tapi entah kenapa lain pula yang jadi.
Aaron selesakan kedudukan Luna dalam pelukan dia dengan meletakkan kaki Luna di atas lengan kerusinya dan badan Luna dalam pelukannya. Dan kepala Luna di rehatkan ke ceruk lehernya.
"Tidurla...saya ada dekat sini.."pujuk Aaron sambil gosok tepi lengan Luna pada masa yang sama membaca dokumen yang diemail padanya lewat malam tadi diskrin komputer.
Luna lepaskan hela nafas panjang leganya sebaik saja berada dalam dakapan tu. Dia pejam mata tak lama lepas kepalanya bersandar di dada Aaron. "I hate you and your work..." luah Luna dengan nada berbisik hendak tidur.
"Sorry...saya kena settlekan semua ni secepat mungkin..."jawab Aaron sambil sandarkan pipi ke atas kepala Luna.
Luna peluk sekeliling tukang rusuk Aaron dan hirup bau haruman segar baru mandi Aaron untuk tenangkan fikirannya.
"Kerja-kerja-kerja...kenapa la awak tak kahwin je dengan kerja awak bukannya saya." keluh Luna lagi.
Aaron tak membalas. Dia hanya diam fokus menghadap kerjannya dan pada masa yang sama mendodoi Luna.
Setelah mereka berdua diam buat seketika, Luna sudahpun jatuh lena dalam pelukan Aaron. Dan lelaki itu sikit pun tak kelihatan terganggu dengan keadaan itu malah serius fokus menyiapkan kerja-kerjanya.
Yalah....lepas Aaron tahu pelan Luna dah selesai, dia sedaya upaya selesaikan semua kerja yang ada untuk mudahkan urusan ayahnya nanti bila dia tak ada dekat sini nanti.
Gara-gara nak bawa Luna honeymoon la dia pulun cukup-cukup semua kerja yang ada sampai siap supaya nanti bila dia dapat luangkan masa sepenuhnya dengan Luna tanpa gangguan kerja.
Peduli la kalau Luna marah sekarang, sebab dia boleh pujuk Luna semula.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...