17.

1.4K 107 3
                                    

Malamnya Luna mengunjungi bar yang sama dia pernah lawat. Niat dia bukan hendak berhibur, tetapi mahukan dapatkan pertolongan.

"What?Orang?"soal lelaki di sebelahnya dengan kening berkerut.

Luna sondong ke depan lantas capai gelas berkaki berisi koktel tanpa alkoholnya lalu di sisip sedikit. Setelah itu baru la dia bersuara.

"Yup...I need some man."ajunya lagi.

"Untuk apa?".

Luna pandang 'seriously' pada lelaki di sebelahnya. Banyak betul soalannya."Tak pun...awak kenalkan saya pada sesiapa yang boleh bekalkan beberapa orang lelaki untuk menjadi pengawal keselamatan dan pandai seni pertahankan diri."Luna silangkan kaki panjang dia saat sandar ke belakang kerusi.

Lelaki yang duduk di sebelah Luna hadapkan badan dia ke wanita berdress hitam off shoulder fit ikut bentuk badan itu.

"Untuk apa?"

Luna palingkan kepala ke sebelah. Menyampah la pulak! Banyak soal betul! Kalau tak boleh ya sudah. Dia boleh cari orang lain."Kan saya dah beritahu tadi...awak nak tolong ke tak?"

Lelaki tu pandang Luna buat beberapa ketika sebelum seluk tangan ke dalam poket blazer yang dipakai. Dia keluarkan telefon darinya lalu tunduk memandang skrin tersebut.

"Cik cuba lakukan sesuatu yang membahayakan diri Cik Luna?"soalnya sambil scroll skrin telefon.

Luna duduk tegak semula, dia turunkan kaki yang bersilang ke bawah sebelum sondong ke depan dan capai gelas berkaki sekali lagi dari meja bulat di depannya.

"Tak ada lah..."jawabnya sebelum sisip sedikit minuman dari gelas tu.

Lelaki tu angkat kepala. Kening dia berkerut sewaktu menatap tepi wajah yang cantik milik Luna itu. "Habis tu?"

Luna lepaskan hela nafas panjang. Bersama senyuman manis terpaksa di bibir, Luna palingkan kepala semula ke lelaki di sebelahnya lalu rapatkan wajah dia ke wajah itu.

Lelaki tu hanya diam memandang Luna tak berkedip mata.

Dagu itu di pegang jari telunjuk Luna sebelum di dongak sedikit ke atas.

"Terima kasih untuk keprihatinan awak kerana risaukan saya...I'm truly appriciate it..."ucap Luna perlahan dengan nada menggoda dia. "But little did you know....Saya dah pelan semuanya dengan baik. Jadi jangan risau atau banyak tanya okay?"

Telan air liur lelaki tu dibuatnya kerana berasa gemuruh bila suara Luna sapa telinga dia. Sampai meremang bulu roma! Kalau boleh tulang-tulang dia pun ikut bergetar.

"Okay."angguknya.

"Now...give me what I want."pipi itu di tepuk lembut dengan Luna sebelum dia jarakkan diri dia dari dan kembali menyisip minumannya.

Lelaki tu pandang skrin telefon dia semula lalu sentuh satu contact di listnya sebelum telefon itu di bawa ke telinganya.

Luna sandar ke belakang dengan sebelah tangan memegang gelas. Sedang dia lihat sekitar ruangan tingkat bawah tanah bar itu, mata dia ternampak kelibat seorang lelaki sedang bercumbuan dengan seorang wanita seksi dalam pelukan tak jauh dari set sofa dia sedang duduk waktu itu.

Mulanya dia ingatkan salah tengok, sekali bila dia kecilkan mata dan sondong sedikit ke arah itu, baru la dia nampak dengan jelas wajah tu.

Tanpa alihkan mata dari pasangan yang sedang bercumbuan itu, Luna tepuk peha lelaki di sebelahnya dengan lekas. "Hei..."

Elok lelaki tersebut sibuk bercakap melalui telefon, dia tersentak lalu dekat pada Luna. "Ya?Ada apa?"

Luna tunjuk ke arah dimana pasangan tadi berada "Lelaki tu...yang tengah bercium dengan perempuan rambut perang tu....dia pelanggan tetap dekat sini ke?"

Lelaki sebelah Luna ikut kecikkan mata nak tengok lebih jelas sebab cahaya lampu malap dan berwarna biru merah di situ buatkan jarak pandangan agak terhad.

"Oh....Encik Felix ke?Ha'ah...dia adalah customer VVIP dekat sini."

Luna jungkit kening dengan tinggi kerana berasa kagum. Hebat abang tiri dia ni, dah kahwin siap anak dua boleh pulak bermesraan dengan perempuan lain?

Ahahaha!

Apa la reaksi Amara nanti lepas tahu?

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now