"LUNA!"
PAK!
Terhantuk terus kepala dia dekat buju pintu kabinet dapur gara-gara angkat kepala tak tengok-tengok sebab terkejut dengan suara tu.
What the hell!
Sambil tu dia tutup pintu kabinet tadi dan letakkan botol sos dekat sebelah dapur yang dia rancang nak letak semula tapi tak jadi lepas terhantuk.
"Awak dekat mana!!"panggil Aaron dari ruang tamu.
"Mak~~"rintih Luna sambil pegang atas kepala dia menahan sakit yang teramat sangat.
Sakitnya huhuhuhu!
Sampai sebu dada wei! Senak perut dibuatnya!
Dah apahal teriak nama dia macam apartment ni besar sangat. Tak reti ke panggil lembut-lembut!
"Sayang!"suara Aaron semakin jelas kedengaran setelah lelaki tu muncul dekat depan pintu masuk dapur dengan muka gelabah.
Bersama air mata bergenangan dekat mata, Luna hadap Aaron sewaktu turunkan tangan dari kepala lalu di bawa ke depan muka. Dia nak periksa berdarah ke tak kepala dia ni.
Mujur la tak berdarah.
Sah-sah mesti akan tinggalkan benjol!
Urgh!
"What~~!"sahut Luna dengan muka merah padam dan bercemberut sebab tahan sakit tak dapat nak menjerit.
Macam sh*t je!
Melihatkan wajah nak menangis Luna, Aaron terus letakkan kot dan beg briefcase dekat kaunter top dapur dan dapatkan Luna dengan lekas dan tarik Luna ke dalam pelukan macam takutkan sesuatu dengan mengejut.
"It okay...saya ada dekat sini."pujuk Aaron saat peluk badan Luna dengan lembut dan pegang belakang kepala tu.
Apahal siak?!
Dia yang tak faham apa yang berlaku hanya berkerut kening bingung sambil merasa denyutan sakit dekat kesan terhantuk tadi pada masa yang sama. "Ada apa dengan awak ni?"tanya Luna sambil sedut hingus yang muncul sebab menangis gara-gara terhantuk tadi.
"Saya dah dengar apa yang berlaku...awak mesti terkejut..."kata Aaron sambil gosok belakang badan Luna naik turun seperti mahu tenangkan Luna. "Jangan menangis...kalau awak risaukan dia, kita boleh datang melawat nanti."
Huh?
Merepek apa pulak ni?
Berasa rimas dalam pelukan tu, Luna tolak badan Aaron jauh dari dia. "Apa maksud awak ni?Siapa dia yang awak katakan?"Luna selak rambutnya yang menyapu muka dengan rimas lalu bercemberut tak puas hati pada suaminya.
Aaron pun jarakkan badan dia dari Luna tapi tangan masih memeluk Luna. "Carson la...siapa lagi. Saya dapat tahu dia masuk hospital lepas terjatuh dari tangga rumah dia petang tadi...." beritahunya dengan kening berkerut risau sewaktu menatap wajah Luna yang sedang berkerut.
Kening Luna terangkat tinggi seakan terkejut. Mana Aaron tahu?"Huh?"dia saja buat muka bingung.
"Mesti awak risau pada abang awak sampaikan awak menangis..."agah Aaron sambil pegang pipi Luna dan usap perlahan pipi tu.
Semakin mencerlung kening Luna bila dengar. "Dah kenapa awak cakap saya nak menangis pulak?" Ihh tak kuasa la dia nak menangisi nasib si Carson. Padan muka lelaki tu la. Siapa suruh macam-macam. Nak sangat bunuh orang kan. Sekarang rasa apa yang dia tanggung selama bertahun ni!
"Ni...mata merah, muka merah....saya ingat awak sedih. Sebab itu saya gegas balik rumah dan cari awak lepas dengar yang Carson cedera teruk hingga alami pendarahan di otak dan koma..."jelas Aaron bingung-bingung.
Luna turunkan tangan Aaron dari pipi dia dengan reaksi muka tak kisahnya. "Saya tak apa-apa la."
"Awak sure?"tanya Aaron sambil tilik muka Luna nak cari kepastian. "Yalah dia kan family awak mesti awak sedih dengan apa yang menimpa Carson." kepala Luna di usap Aaron dengan kasih.
Hampir nak menjuling mata menyampah bila dengar.
Family my ass!
"I'm fine okay..no need to worry..."nafi Luna
"Maafkan saya kalau saya lewat tahu tentang kejadian ni..."ucap Aaron dengan muka serba salahnya.
Keluhan letih dilepaskan Luna. Dia pandang tak percaya ke Aaron. Boleh pulak Aaron risaukan orang yang mahukan hidup Aaron musnah. Kalau dia jadi Aaron la...
She will not give any f*cking care about anyone!
Mati ke
Sakit ke
Pergi lantak kau situ!
Kalau dah namanya manusia hati busuk!
Mati koma hidup semula sekalipun label tu tetap akan ada pada orang tu.
"Sayang..."panggil Aaron dengan lembut saat perasan Luna termenung memandang dia dengan lama sejak tadi. "You okay?"tanya dia dengan risau. Yalah, Luna dah hadapi macam-macam kejadian dalam hidupnya, sebagai suami mesti la dia peduli akan kebajikan emosi dan ketenteraman Luna. Macam mana dia nak happy kalau Luna sendiri tak.
Dengan renungan dalam Luna tatap wajah handsome Aaron dengan jantung berdegup sakit.
Haih...kenapa la suami dia ni baik sangat?
Bersama senyuman nipis di bibir, Luna mengangguk kepala. Dia tak kuasa nak berkasar dengan Aaron kalau lelaki ni tak habis-habis tunjukkan affection pada dia macam ni. "Awak dah makan?"tanya dia nak alihkan topik perbualan dari terus menerus risau pasal si sampah Carson tu.
"Belum...meeting pun saya tak sempat nak habiskan lepas saya baca artikel mengenai kemalangan yang menimpa Carson tadi."geleng Aaron.
Oh...dari artikel ke? Hmm...well Carson pun boleh tahan famousnya..tak pelik la kalau berita kemalangan tu tersebar.
Luna tepuk perlahan tepi lengan Aaron. "Pergi la mandi dulu...saya siapkan meja kalau macam tu."arahnya saat menghadap semula dapur untuk sambung masak.
Aaron pandang risau ke Luna sejurus tu. "Awak sure awak okay? Kalau nak kita boleh lawat Carson..." belakang pinggang Luna dipegangnya.
Tanpa memandang Aaron dia hanya mengangguk kepala. Haish dah la Carson...Carson tak habis-habis...memang tak la dia nak lawat. Dengar nama tu pun dah menyampah ini kan lagi lawat si penyangak tu. "Iya. Saya okay..."tegasnya.
Aaron lepaskan hela nafas lega sambil mengetap garis nipis di bibir. "Yalah kalau awak dah cakap macam tu. Saya mandi dulu..." pamit Aaron lalu kucup tepi kepala Luna sebelum capai kot dan begnya dan keluar dari dapur untuk ke bilik.
Merasakan kelibat Aaron sudah tiada lagi, Luna pandang ke belakang bahunya dan lihat ke pintu dapur dengan renungan dingin.
Harap-harap Aaron takkan tahu punca kemalangan yang menimpa Carson tu kerana ulahan dia.
Kalau Aaron tahu, dia tak tahu macam mana nak handle nanti. Fikirkan kemungkinannya sendiri dah buat dia risau! Inikan kalau betul-betul berlaku.
Mahunya diceraikan jugak dia dengan Aaron nanti.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...