46.

1.4K 87 0
                                    

"What happen back then?"tanya Aaron sambil fokus memandu.

Luna dekat sebelah sibukkan diri dengan membetulkan gincu di bibir.

"Jangan beritahu saya ini tujuan awak bawa saya makan di restoran malam ni?"Kening Aaron berkerut sambil dia eratkan cengkaman pada stereng kereta. "Untuk ambil perhatian lembaga pengarah syarikat awak...awak suruh saya aturkan pengumuman tu pada masa yang sama...?"

Terus Luna turunkan cermin dan gincu ke bawah lalu melepaskan hela nafas kejengkelan. Berasa rimas kerana Aaron tak berhenti tanya dia soalan. Memangnya dia ni bank jawapan apa.

Tanya itu tanya ini...hish!

"Luna...saya tanya awak ni dengar ke tak dan
...lagi satu perlu ke awak perli Henry macam tu. Dia kan abang awak...sanggup awak malukan dia depan semua ahli lembaga pengarah syarikat dia..."bebel Aaron lagi dengan nada kesal.

Luna yang dengar buat muka. Padan la muka si sampah tu. Siapa suruh cari pasal. Lagipun dalam hal ni Henry yang start dulu. Kalau Henry tak buatkan nama dia tercemar dengan tuduhan salah guna dadah tu, mungkin hidup dia tak complicated macam ni.

"Ah-ah you wrong...step okay...step-brother. Dia bukan abang saya. And so what...memang betul kan saya cakap. Dia nak show off tapi duit pun tak ada."cebik Luna dengan menyampah sebelum sandar ke belakang dan topangkan pipi dengan tangan kiri yang di siku pada pintu kereta tu.

Kereta tu kemudiannya berhenti dekat belakang sebuah kereta bila traffic light menjadi merah.

Aaron gunakan masa tu untuk pandang Luna. "Why you acting up like this?Up and down like swing...I don't get it.."luahnya dengan letih. Sumpah. Dia tak faham!

"So don't."jawab Luna sambil pandang ke depan. Dia tak suruh pun.

Aaron lepaskan keluhan panjang dan kembali pandang ke depan. "Please Luna...saya tak suka bertekak dengan awak. So jangan buat something yang buat saya jengkel gara-gara risaukan awak.."

Luna menjuling mata bila dengar. Maybe kalau perempuan lain akan fikir sweet or cute whatsoever it is bila some man cakap macam ni...tapi dia tak, okay. Lagi pantang ada la bila orang yang jenis sweet talker ni.

"Apa yang awak tak beritahu saya sebenarnya ni?Apa yang awak rancangkan?Huh?"Aaron kembali memandu bila kereta depan dia mula bergerak.

Aurgh!Seriously!

Asal la banyak sangat soalan ni.

Rimas la nak jawab!

Urgh!

Tak tahan dengan soalan demi soalan yang di ajukan, Luna duduk tegak dan hadapkan badan dia ke Aaron dan pandang tepi muka handsome Aaron dengan senyuman jengkel di bibir.

"Wahai encik suami yang dihormati lagi dikasihi..."panggil Luna dengan dramatik siap letak tangan dekat dada. "Saya mintak maaf awal-awal kalau macam tu...but saya nak awak pilih... Sama ada awak berhenti tanya saya soalan atau saya takkan bercakap dengan awak sampai bila-bila...which one."aju dia sambil lentokkan kepala sedikit.

Terus mencerun kening Aaron. "Pilihan apa kejadahnya tu?Itu sama je awak suruh saya pilih awak atau ibu saya..."balas Aaron dengan nada tak percaya namun fokus masih di jalan raya.

"That the point."Luna kembali hadapkan badan ke depan dan silangkan tangan ke dada tak puas hati. Dia masih marah pada Aaron sebab rosakkan pelan dia. Sia-sia je dia arahkan bank bekukan semua kad kredit Henry supaya lelaki tu tak boleh berbelanja. Tapi si Aaron pulak muncul jadi hero. Menjengkelkan betul!

Aaron menggeleng kepala tak lama kemudian dan tak bertanya apa-apa lagi.

Luna jeling ke tepinya bila suasana dalam kereta tu jadi senyap, yang mana jadi kesukaan dia sebab Aaron tak tanya dia soalan.

Namun tak lama pun...

Dekat 5 minit macam tu Aaron bersuara lagi.

"Saya still tertanya-tanya...adakah awak dah ada perasaan pada saya atau tak melihatkan layanan awak terhadap saya macam ni..."luah Aaron saat drive dengan sebelah tangan. Sebelah lagi tangan yang direhatkan pada pintu kereta sedang mengurut kening. Mata masih fokus memandang ke depan.

Luna hanya lepaskan hela nafas letih. Tak habis-habis pasal perasaan. Muak betul! Nak tau tak dia ada benda lagi penting nak di settle kan dari fikir pasal soal hati dan perasaan ni.

Bukan nak tanya, apa dia rasa happy ke tak dengan hidup dia,

Paling tak tanya la apa dia nak dalam hidup ni

Ini tidak...pusing-pusing cerita...balik tentang perasaan Aaron je.

Ala-ala...lemah betul la dia bab-bab perasaan ni. Yalah dia belajar pun tak habis, duduk pulak dengan banduan yang berasal dari pelbagai latar belakang, memang failed la jawabnya.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now