21.

1.5K 105 0
                                    

Dua hari selepas itu, pertemuan Luna dan Aaron pun berlangsung. Lelaki tu sendiri yang jemput Luna dari kediaman agam Jeremiah sendiri. Memandangkan Luna banyak habiskan masa dekat rumah tu.

Mulanya Luna tak nak, dia hampir nak bergaduh dekat situ, last tu, Azzalea muncul. Terpaksa la dia berlakon baik dan setuju.

Itu yang dia tersekat dalam fitting room baju pengantin dekat dua jam lepas. Hampir 10 pasang baju di test, tapi satu pun tak kena di mata Aaron.

"Tak ada ke yang lain?"soal Aaron lepas pandang Luna yang indah mengenakan dress wedding putih berenda-renda dan kembang melurut menyapu lantai.

"Encik ada kriteria tertentu yang encik inginkan?" soal promoter wanita yang berdiri di sebelah Luna.

"Hmm.."Aaron pandang wajah bengang Luna. "Apa pendapat sayang?"soal dia pada Luna pula sambil jungkit kening dan topang dagu pada penumbuk tangan kanan pada lengan kerusi tu.

Luna kepal penumbuk, dia mengetap gigi bengang semasa pandang Aaron. Dia tahu apa tujuan sebenar Aaron. Lelaki ni sedaya upaya nak buatkan dia jengkel memandangkan sejak tadi dia mogok tak mahu bercakap.

Aaron acah-acah beria beri effort dalam pemilihan dress dan perkahwinan mereka konon. Sejak tadi Aaron tak berhenti suruh dia tukar baju sebab Aaron nak paksa dia bersuara.

Tapi tak! Luna terlalu marah sampaikan dia ambil keputusan untuk tak bercakap. Sejak dia naik kereta untuk ke butik pengantin sehingga la sekarang.

Tidak mahu orang lain tengok dan dengar, Luna dengan mesra senyum lalu palingkan kepala ke staf wanita di sebelahnya. Mungkin seperti dia jugak, staf ini pasti penat sebab sejak tadi layani kerenah cerewet Aaron.

"You know what....how about you take rest for some minute probably."cadang Luna sambil pegang bahu staf wanita itu.

Terangkat kening staf tu lepas dengar. "Tak apa ke?"jelas terpancar reaksi lega di balik renungan itu.

Luna angguk kepala sambil tersenyum walaupun dalam hati dia dah menyumpah-nyumpah si Aaron."Ya...maaf diatas kesulitannya ya."

"Baik...kalau ada apa-apa saya ada di luar." staf itu beri senyuman terima kasih ke Luna sebelum keluar dari bilik tersebut.

"Okay.."tepuk Luna pada lengan staf itu dengan perlahan.

Tertutup saja pintu bilik tu, Luna terus beri jelingan maut pada Aaron.

Aaron yang sedang tersenyum handsome pada Luna terus berdiri. "Awak tak payah nak jeling saya macam tu. Kalau orang lain maybe akan takut, dengan saya...na'ah."dia dekati pentas kecil dimana Luna sedang berdiri lalu berhadapan dengan wanita berwajah bengang itu.

Mata Luna tidak teralih dari merenung mata Aaron sepanjang masa. Dia hanya diam memberontak. Nak tengok berapa lama Aaron tahan dengan dia. Kalau dia buat perangai bitch, pasti Aaron akan bencikan dia dan batalkan semua ni!

Disebabkan Aaron lebih tinggi dari Luna, dengan mudah mendekati Luna yang berdiri di atas pentas kecil itu. "Saya tahu awak buat perangai macam ni sebab nak buatkan saya bencikan awak...tapi awak tahu Luna, semakin awak berdegil semakin nekad saya dibuatnya." Aaron lingkarkan tangan ke sekeliling pingang Luna dan tarik tubuh itu sandar kepadanya. Buatkan hidung mereka hampir bersentuhan.

Masih enggan bersuara, Luna hanya berdiri kaku di situ sambil memandang tepat ke mata Aaron. Ini bukan masa yang tepat untuk dia berkahwin. Ada banyak perkara dia kena buat. Dan si pervert depan dia ni tak habis-habis nekad dengan keputusan untuk bersama dengan dia.

Aaron tarik senyum meleret bila Luna tak lawan selepas dia pegang. Itu memberitahu dia yang Luna mula terima dirinya perlahan-lahan. "I'm sorry okay...."ucap Aaron sambil lagakan hujung hidungnya pada hujung hidung Luna. "Please talk to me."

Tanpa ekspresi di wajah, Luna perhatikan saja tingkah Aaron padannya. Dulu ke sekarang, sikap Aaron tetap sama. Tak ada berubahnya. Masih gentle dan sweet seperti biasa. Yang tak percayanya selama lima tahun Aaron tunggu dia. Lelaki ni tak pernah bersama dengan mana-mana perempuan ke sepanjang lima tahun ni?

"Fine...awak tak nak bersuara kan...terpaksa la saya buat awak bersuara."Aaron bawa kedua-dua tangan ke pinggang Luna sejurus itu.

Luna yang tak sempat nak proses apa yang Aaron maksudkan, tak semena ketawa setelah jari jemari Aaron menggeletek weak spot dia iaitu di pinggang dengan mengejut.

"Cakap cepat...kalau tak saya tak berhenti." geletek Aaron di pinggang Luna sambil tersenyum.

Sambil terkekek ketawa, Luna geleng kepala sambil tolak tangan tu dari pingang dia tapi tak berhasil.

"I'm waiting..."sakat Aaron lagi tanpa berhenti dari memgeletek Luna.

"Ahahahah....stop!Saya cakap!Saya cakap...just stop it." ketawa Luna sambil bercakap.

Aaron berhenti geletek lepas tu.

Bersama nafas baik turun kerana lelah ketawa, Luna pegang bahu Aaron lalu bertentang mata dengan Aaron semula.

"Apa?!"sentap Luna bila dia ditenung lama macam tu dengan Aaron.

Aaron senyum bila Luna garang-garang macam tu. "Mama dengan papa nak jumpa awak lepas kita selesai nanti."

Luna berdengus menyampah. Terus dia tolak badan Aaron jauh darinya. "Awak tu kalau bab memaksa memang pandai kan?Tak nampak saya tengah marah ni. Jangan ingat muka handsome awak tu boleh buat hati saya sejuk-"bebel Luna sambil tunding jari ke dada Aaron berkali-kali.

Sikit pun Aaron tak marah, malah dia pegang tangan kiri Luna lalu seluk tangan dalam poket seluar keluarkan sesuatu darinya. Sedang Luna sibuk membebel, masa tu sebutir cincin di pakaikan pada jari cincin di tangan itu.

Tindakan tiba-tiba Aaron buatkan Luna terdiam terus. Dia pandang terkedu ke jari tangannya bila nampak cincin bertatah belian itu terpasang di jarinya.

Aaran bawa tangan yang bercincin itu lalu dikucupnya dengan perlahan sebelum pandang ke Luna dengan wajah gembira dan sedih pada masa yang sama.

Luna pandang Aaron dengan muka tak percaya.

"Saya syukur kita dapat bersama lagi...saya tahu awak masih marah...dan saya sedia tunggu awak untuk terima saya sampai bila-bila."kata Aaron sambil tersenyum menampakkan lekukan lesung pipit.

Tiada kata-kata dapat diluahkan, Luna hanya diam memandang Aaron dengan jantung berdegup kencang.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now