31.

1.4K 99 5
                                    

"Apa maksud kamu?Keluar dari rumah ni?" tanya Azzalea dengan kening berkerut sewaktu pandang tak percaya ke Felix.

Felix angguk kepala. "Ha'ah...Felix nak bawak family Felix pergi dari sini jugak. Kami akan pindah ke Kanada dan menetap di sana."

Berdengus tak percaya Azzalea dibuatnya. "Dan apa yang buatkan kamu terfikir nak buat semua ni tiba-tiba?Amara tahu tak tentang hal ni?"

"Saya dah bincang dengan Amara dua hari lepas. Dia kata dia ikutkan saya. Lagipula syarikat induk family Amara ada dekat sana. Sambil tu boleh la saya kerja dekat situ." jelas Felix lagi yang masih tak berani nak pandang mamanya itu.

Hairan dia. Dah kenapa dengan anak bongsunya ni. Tak pernah-pernah hidup jauh dari dia, tiba-tiba mintak untuk keluar dari sini. "Habis tu macam mana dengan rancangan kamu mengenai hak perwarisan tu?"soal Azzalea sewaktu sandar ke sofa.

Teringatkan janji dia pada Luna, Felix takut-takut pandang mama dia lalu berkerut kening terdesak."Felix tak nak lagi terlibat." harta boleh dicari, kebahagiaan yang dia miliki ni tak ada gantinya. "Mama uruskannya la sendiri. Mulai hari ni Felix tarik diri dari melibatkan diri soal perebutan harta ni...lagipun harta ni tak ada kaitan dengan Felix pun."

"What?!"Azzalea duduk tegak dari sandarnya dengan terkejut. "Tarik diri?"

Felix mengangguk kepala. Better dia jauhkan diri sebelum Luna rosakkan hidup dia. "Maafkan Felix mama..."ucap dia.

Baru saja Azzalea hendak buka mulut, muncul Luna dari pintu bilik bacaan dengan dulang dekat tangan.

Felix yang duduk menghadap pintu masuk itu tersentak bila perasan akan kehadiran Luna di situ. Serta merta dia jadi tak senang duduk sebab gelabah.

"Oh...Felix, kau pun ada ke..ingatkan mama seorang. Kalau aku tahu, aku bawakkan cawan lebih tadi " ujar Luna sewaktu berdiri dekat sebelah sofa.

Mata Azzalea melirik tak suka ke Luna sewaktu perhatikan anak itu gerak meletakkab dulang berisi biskut dan minuman ke meja kopi depannya.

"Sejak bila kau bekerja jadi maid dalam rumah ni?"tegur Azzalea semasa Luna tuangkan air dalam cangkir tu.

Luna ketawa kecil sewaktu perhatikan air teh mahalnya dituang dalam cawan. "Apa la mama ni, takkan la semua tugas maid yang kena buat?"

Felix diamkan diri tak bersuara. Oleh kerana gelisah dia bermain dengan hujung jari jemarinya.

"Jemput minum Ma.."Luna suakan cangkir dengan piring pada Azzalea setelah itu.

Azzalea pandang curiga ke cawan itu lantas mencapainya. "Kau tak letak racun kan dalam ni?"

Luna ambil tempat di sofa satu seat di situ lantas duduk menghadap Azzalea dan Felix. "Buat apa Luna letak racun...mama boleh tak berhenti curiga pada Luna... Kalau Luna letak racun sekalipun lama dah mama mati..." selorohnya dengan bersahaja.

Azzalea menjeling menyampah lalu bawa cawan berisi air teh mahal kegemarannya lalu dihidu sekejap sebelum dihirup sedikit demi sedikit.

"So...Felix apa yang kau bincangkan dengan mama tadi?"tanya Luna sejurus itu.

Mata Felix bergerak memandang Luna dengan cuak. Badan lelaki tu masih kaku menghadap Azzalea.

"Aku akan keluar dari sini."jawab Felix dengan susah payah.

Luna mengangguk kepala. "Iya ke?Tapi kenapa?Rumah ni cukup besar untuk kau dan family besar kau duduk di sini. Habis la senyap sunyi rumah ni bila budak-budak tu dah tak ada nanti." senyum Luna sambil buat muka sedih.

Azzalea letakkan cangkir tadi ke meja kopi lalu pandang Luna dengan kening berkerut. "Jangan nak menyibuk boleh tak?"sentapnya pada Luna.

"Alah mama ni....Luna tanya je kan. Itu pun nak marah.."pandang Luna ke Azzalea sambil menjungkit kening sebelah kanan.

"Kau tak payah sibuk nak bertanya. Dia anak aku,urusan aku. Kau orang luar. Duduk diam-diam...nanti lepas kahwin berambus terus dari sini."Azzalea lepaskan dengusan kasar lantas palingkan kepala ke arah lain.

Berhambus?Rumah dia hak dia!Sama ada dia nak duduk sini atau keluar...keputusan dia. Bukan Azzalea. "Okay mama...kalau itu yang mama mahukan. Luna ikutkan. Janji mama happy." lakonnya dengan senyuman plastik di bibir.

Kita tengok siapa yang stay. Siapa yang keluar?

"Bila kau akan keluar?"Luna pandang ke Felix pula.

"Secepatnya."Felix pandang ke lantai serta merta.

"Need hand?"aju Luna bernada ceria.

"Tak payah...dah settle pun."geleng Felix.

Luna tarik senyuman lebar. "Kalau macam tu pindah la lepas wedding aku selesai."ajunya.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now