You know what heaven feeling is?
Well...feeling ni di rasai bila kita rasa happy yang amat sangat sampai tak terkata
Dan ini la yang dia sedang rasakan.
Serius beritahu, kad kredit Henry ni memang awesome!superb!marvelous gila!
Hanya sekali swipe!
Baam! Telefon mahal dekat tangan!
Swipe lagi!
Vroom! Kereta sebijik!
Swipe lagi!
VAA! Sebuah apartment diperoleh.
Heaven on earth la katakan! Ini baru la namanya life.
Muahahaha!
Tapi tak lama, rasa happy di spoilt kerana sesetengah peasant yang fikir mereka je yang hidup dekat muka bumi ni.
Selepas settlekan semuanya, dia keluar shopping beli baju, kasut branded dan segala benda yang dia nak sangat beli masa duduk dalam penjara.
Buat masa ni dia nak honeymoon dulu. Enjoy kan diri untuk lampiaskan waktu-waktu lima tahun muda dia yang terlepas gara-gara penjara.
Luna luangkan sisa petang dia di restoran mahal sejurus dapat kereta dan gunakan lesen kereta yang dia dapat sewaktu berusia 18 tahun yang lalu sebelum masuk kolej. Tapi tak sempat nak pakai lama dia dah meringkuk dalam penjara sewaktu berusia 20 tahun. Gila tak gila namanya tu!
Kejam betul dunia ni dekat dia!
Untuk tu dia kena lepaskan geram! Ya! Release kan tention dia!
HON!!
Tersentak Luna lepas dengan bunyi hon dari belakang kereta dia. Dengan kening berkerut, Luna pandang depan keretanya di mana seorang nenek dengan kerusi roda sedang melintas jalan walaupun lampu isyarat sedang hijau.
HON!!
That's it!
Luna yang berasa jengkel itu turunkan tingkap keretanya lalu jengahkan kepalanya melaluinya untuk pandang ke belakang.
Manusia mana yang tak reti nak menyabar ni?!
"Woi!Tak boleh ke cepat sikit!Lampu dah hijau tu! Buta ke!"maki seorang lelaki yang mengenakan honda civic di belakang kereta Luna.
"Woi!Tak reti menyabar ke!Ada orang tua tengah melintas jalan dekat depan tu!"laung Luna pula pada pemandu lelaki tu.
"Kau drive la keliling dia...apa susahnya!" marah pemandu lelaki tu lagi. "Itu pun tak boleh fikir ke!"
Luna buat muka tak percaya lepas dengar. Berasa bengang dengan sikap kurang ajar pemandu tu, dia masukkan kepala ke dalam kereta semula sebelum pandang kanan dan kiri. Ketika itu la Luna ternampak tiga orang anak muda menghadap sebuah dinding sedang membuat graffiti pada permukaan dinding tersebut.
Tanpa berlengah Luna keluar dari kereta lalu jalan dekati kumpulan anak muda itu tak lama kemudian.
Ketika tiga orang anak muda seronok spray tembok batu itu, bahu seorang dari mereka di ketuk dengan jari oleh Luna.
Tersentak dengan ketukan itu, remaja lelaki tu pun berpaling. Pandang saja siapa yang sedang berdiri di depannya, kening remaja lelaki itu terangkat tinggi apabila seorang wanita cantik bercermin mata hitam sedang tersenyum kepadanya.
"Hai...sorry ganggu. Kalau tak kisah boleh saya pinjam spray cat awak tu?"minta Luna dengan nada mesra bersahaja dia.
Dua lagi remaja lelaki itu tertarik lepas perasan rakan mereka menghadap seorang wanita cantik. Ternganga mulut lepas nampak.
"Sudah tentu..."dalam keadaan terpukau,remaja lelaki yang ditegur Luna tadi pun serahkan satu tin cat spray ke Luna.
Bersama senyuman manis di bibir, Luna capai tin itu lalu bergerak semula ke arah kereta. Namun bukan kereta dia, sebaliknya lelaki yang memakai Honda Civic di belakangnya tadi.
Sambil tersenyum nakal, Luna cabut penutup spray cat itu sambil mendekat.
"Dah tau nak menyabar sangat kan..."sebut Luna sebaik berdiri ditepi kereta itu.
Pemandu kereta tu pandang pelik melalui cermin depan bila Luna berdiri dekat situ. "Hei!Apa kau buat tu...cepat la gerak!"marah dia.
Tanpa berkata apa-apa, Luna spray cat itu ke cermin depan kereta tu.
Habis!
Kotor permukaan cermin kaca depan kereta tu dengan cat berwarna merah.
Terkejut pemandu kereta tu. Mata dia terbutang luas taktala melihat cermin depannya sudah pun menutup jarak penglihatan dia hendak memandu.
Perempuan ni gila apa?!
Berasa berang dengan tindakan itu, lelaki itu gerak keluar dari kereta.
Masa tu, Luna sudahpun selesai dengan kerja spray cermin tu semasa pemandu kereta tersebut keluar.
"Woi perempuan gila!"maki lelaki tu sambil tunding jari ke Luna.
Berasa lucu melihat reaksi pemandu kereta honda itu, Luna ketawa kecil. "Apa?"soalnya sambil campak tin spray ke tepinya. "Awak pun nak saya catkan jugak muka awak tu ke?" ugutnya.
Lelaki tu buka mulut nak bersuara, namun bunyi hon kereta membuatkan dia berpaling ke belakang kereta.
Di situ berderet kereta sedang berbaris si belakangnya.
"Asal tak gerak!Cepat la!"
HON!!HON!!!
"Sekarang rasa, apa perasaan bila orang belakang hon dekat kau tanpa henti..." seloroh Luna.
Lelaki tu kembali memandang Luna sejurus mendengarnya. Tergamam dia dekat situ tak terkata.
Bersama lenggok penuh keyakinan dia, Luna masuk ke dalam kereta semula sambil tersenyum sinis.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...