Lepas dia sedar Aaron adalah orang yang boleh bantu dia, Luna ambil keputusan untuk berbincang dengan tunang a.k.a bakal suaminya di suatu hari. Disebabkan dia jumpa masa kerja, terpaksa la Luna pergi terus ke tempat kerja Aaron sendiri.
Sebagai rasuahnya, dia siap sediakan makanan tengah hari untuk lelaki tu. Hand made! Semata untuk ambil hati dan kepercayaan lelaki tu, sampai melecur dan terpotong jari gara-gara nak siapkan semuanya sendiri. Tapi tak apa! Sebab nanti dia akan dapat ganjaran lebih dari luka kecil ni.
Setiba Luna di bangunan dimana Aaron berada, Luna terus ke kaunter receiptionist.
"Hai...selamat datang. Boleh saya bantu?" tanya staf lelaki yang berdiri dekat belakang kaunter tu pada wanita cantik bercermin mata hitam depannya itu.
"Boleh saya tahu tingkat berapa Aaron Evans berada?"jawab Luna.
"Boleh saya tahu cik siapa?"tanya staf lelaki tu lagi.
Luna berkerut kening tak suka. Pantang betul dia bila orang banyak tanya ni. Rasa nak maki pun ada. "Luna Alana."jawabnya dengan nada jengkel yang dikawal.
"Boleh saya tahu apa urusan cik ke sini?" tanya staf itu sewaktu capai gagang telefon.
Keluhan jengkel akhirnya lepas dari bibir Luna. Banyak betul la soalannya. Memangnya muka dia ni macam penyangak ke. Tanya itu ini macam polis. Bagi tahu je la apa susahnya. Buat rosak mood betul, tak pasal-pasal dia rasa menyesal ke sini.
"You know what...forget it."renggusnya sebelum berpaling dari kaunter nak keluar dari situ.
Staf tadi pandang bingung taktala Luna pergi macam tu je.
Sekali tu, bila Luna nak sampai ke pintu kaca automatik, masa itu la Aaron muncul dari luar bangunan. Lelaki berkaca mata hitam itu berjalan masuk ke arah pintu tersebut.
Entah kenapa, Luna yang nampak terus jadi kelam kelibut macam baru nampak hantu. Tak tentu arah Luna nak ke mana. Sekejap dia nak gerak ke kanan, sekejap dia nak ke kiri.
Rasa macam bodoh je dia ke situ sedangkan dia sendiri beria suruh Aaron cancel kan wedding dan sekarang dia terpacak dekat sini dengan bekal dekat tangan!
Kalut punya kalut, Aaron akhirnya masuk ke dalam dan ternampak Luna dekat situ.
Pada masa yang sama Luna pun ikut terpandang Aaron. Cepat-cepat dia control cun dekat situ supaya tak nampak gelabah.
"Tuan...waktu makan tengah hari dah nak tiba, apa kata kita makan sekali."ajak setiausaha Aaron sewaktu jalan rapat di sisi lelaki tu.
Aaron buat tak dengar apabila fokusnya terarah sepenuhnya ke arah Luna sebab tak percaya. Bersama senyuman lebar di bibir, Aaron tanggalkan kaca mata hitam dari wajahnya lalu jalan ke depan.
Luna yang lihat Aaron tersenyum handsome macam tu tak senang berdiri dekat situ. Sampaikan dia telan air liur nak basahkan tekak yang tiba-tiba je rasa kering. Mula dah nak buat perangai!
"Sayang..."sambut Aaron sewaktu jalan dengan langkah yang luas mendekati Luna. "Apa yang buat awak ke sini?"
Mata Luna terarah pada wanita cantik yang sedang ekori langkah Aaron dekat belakang. Jelas-jelas dia nampak maksud dari balik renungan wanita itu taktala memerhati Aaron mendekati dia.
Cemburu dan terkilan.
Itu la yang ditunjukkan melalui mata wanita itu.
Aaron tarik Luna ke dalam pelukan lantas mengucup dahi itu dengan senyuman lebar di bibir. "Kenapa tak call dulu?"tanya dia sejurus itu.
Luna pandang tak suka ke wanita itu sewaktu Aaron tarik dia ke dalam pelukan. Dia tak balas pelukan itu.
"Kenapa?Takut saya ganggu awak ke?" soalnya dengan nada jengkel.
Aaron rangkul bahu Luna lalu disandarkan ke tepi badannya. "Tak ada la...takut kalau saya tak ada dalam office dan awak kena tunggu lama dekat sini."jawabnya dengan jujur.
Luna jauhkan dirinya dari Aaron lalu tanggalkan cermin mata dari wajah dia sambil buat muka. Iya-ya la tu.
"Tuan Aaron?"suara itu kedengaran dari belakang mereka tiba-tiba.
"Ya?"Aaron palingkan mereka berdua menghadap setiausahanya.
Setiausaha Aaron pandang Luna dan Aaron silih ganti dengan kening terangkat kebingungan. "Siapa ni?"
Luna kecilkan mata tak suka bila dengar soalan tu. Asal tanya?Tak nampak ke Aaron tengah peluk dia. Di tanya lagi! Grrrr!
"Oh..."Aaron jarakkan Luna dari rangkulan di bahu lalu ubah kedudukan tangan dia ke belakang badan Luna pula. "Kenalkan...tunang saya Luna Alana. Luna...setiausaha saya, Naylie Hairina."aju Aaron.
Setiausaha Aaron kelihatan terkejut lepas dengar. Namun dia kekalkan postur bersahaja dia lantas menghulur tangan hendak berjabat tangan dengan Luna. "Apa khabar?"tanya dia.
Terus Luna silangkan tangan ke dada lantas menjeling menyampah. Memang tak la! Perempuan depan dia ada hati dekat Aaron. Mana mungkin dia nak berjabat tangan dengan orang yang bila-bila masa je boleh rampas Aaron. Tak kuasa dia!
Aaron tersengih melihatkan reaksi Luna taktala tidak menghiraukan Naylie.
Naylie apa lagi, tertunduk janggal la jawabnya. Tak tahu nak buat apa dia hanya diam menguntil hujung fail yang di pegang. Tak sangka Naylie, diam-diam rupanya bos dia dah bertunang. Cantik lagi tu orangnya.
"Awak bawak apa ni?"Aaron tunduk memandang ke beg kertas yang dipegang Luna lepas menyedari sesuatu.
Luna terus angkat beg kertas yang dipegang lalu pandang Aaron dengan muka menyampah. "Makanan tengah hari...tapi nampaknya awak dah makan tengah hari...rasanya makanan ni tak diperlukan lagi."kerling Luna ke Naylie.
Kening Aaron terangkat tinggi. "Awak yang sediakannya?"Aaron cuba capai beg kertas tu, tapi Luna jauhkan beg tu dari dia.
"Mesti la saya yang sediakan. Tapi makanan saya tak ada la sesedap makanan tengah hari awak tadikan.."sindir Luna yang kembali memakai cermin mata ke muka dengan kesal.
Better dia tak payah datang tadi! Kalau dia tahu Aaron dah keluar makan dengan setiausaha cantik lelaki ni tak adanya dia susahkan diri. Menyesal betul dia buat suprise ni! Bukannya berguna pun. Hmph!
Tertawa Aaron menengokkan angin cemburu Luna. Tak sangka jugak yang Luna masih pedulikan dia."Apa yang awak sindirkan dari tadi ni...awak jelous ke apa ni?"tanya Aaron sambil pegang lengan Luna.
Merenggus kasar Luna lepas di sentuh. Sentuh-sentuh...backhand nanti kang baru tau."Dah la..saya nak balik. Awak kerja la situ."
Naylie pandang terkejut ke Aaron lepas tengok lelaki yang terkenal dengan sikap serius dan dingin depannya itu tertawa. Tiga tahun kerja dekat sini, ini la kali pertama dia nampak bosya tersenyum.
"Eh...baru datang takkan nak balik. Saya belum makan lagi ni. Kami baru balik dari tengok site. Jom la naik ke pejabat saya. Kita makan sekali." ajak Aaron sambil peluk belakang badan Luna dan dorong Luna ke depan.
Luna pandang curiga ke Aaron. "Yalah tu belum makan?"
"Betul..."senyum Aaron sampai ke telinga. Gembira dia sebab Luna sendiri yang datang cari dia, bukan dia yang cari Luna.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...