09.

1.6K 126 4
                                    

Setelah balik dari pertemuannya dengan Azzalea, Luna balik ke hotel tempat dia menginap sementara menunggu apartmentnya siap di susun atur dengan perabot dan segalanya yang di uruskan petang tadi.

Malamnya, Luna ambil keputusan untuk keluar melawat tempat yang dah lama dia nak lawat sewaktu berada di dalam penjara.

Tempat di mana dia hiburkan diri sewaktu zaman kegemilangannya dulu.

Blue Emperor House...itu la namanya.

Bunyi deruman enjin kereta yang kuat buatkan para pengunjung yang beratur di luar itu jengah kepala untuk melihat ke tepi jalan tersebut dengan minat. Sekali mereka pandang, sebuah kereta Aston Martin berhenti tepat di depan sebuah pintu kelab malam eksklusif pada malam itu.

Dua orang bouncer yang berdiri mengawal pintu masuk kelab itu focus taktala pintu kereta tersebut terbuka. Sepasang kaki yang kurus lagikan berkilat dan berkasut tumit tinggi keluar dari tempat duduk pemandu sebelum seorang wanita jelita yang mengenakan pakaian fancy mahal berdiri menghadap mereka.

Bersama senyuman di bibir. Luna tutup pintu kereta tu dan bergerak ke arah pintu masuk itu tanpa perlu beratur seperti orang lain.

Bouncer tu tak tahu siapa, tapi melihatkan penampilan mewah yang ditonjolkan Luna itu, buatkan mereka gerak ke tepi dan buka pintu untuk Luna masuk ke dalam tanpa banyak soal secara automatic.

Luna apa lagi, dia terus masuk ke dalam kelab malam itu. Seingat dia dulu tempat ni biasa-biasa saja, tak tahu pulak dah upgrade sampai ada tiga tingkat dan ground floor. Jadi dia ikutkan saja rentak kaki dia untuk masuk ke tempat itu dan join ke dalam kesibukan kelab malam itu.

Disebabkan tempat itu eksklusif, ianya tidak la sepadat mana, agak cool dan bersahaja. Yang mengunjungi tempat tu pula kebanyakannya seperti orang berada dan anak-anak muda dari keluarga kaya. Jadi tak adalah liar sangat.

Setiba Luna di tingkat bawah tanah kelab tu, Luna di sapa dengan pemandangan suasana yang gelap Bersama cahaya biru. Dan tak sebingit tingkat satu dan dua. Tempat itu agak senyap dan jazzy macam tu. Orang yang ada di ground floor itu hanya duduk santai di kerusi dan booth. Berborak dengan rakan dan juga pasangan mereka.

"Hai...baru ke sini ke?"tegur seseorang dari tepi kanan.

Luna palingkan kepala, seorang pelayan lelaki berblazer hitam dan berkemeja hitam berdiri di sebelahnya sambal memegang dulang berisi gelas kosong. Dia angkat kening kiri dia sewaktu pandang pelik ke pelayan itu. "Macam mana awak tahu saya baru dekat sini?" soalnya.

Pelayan itu beri senyuman manis di bibir. "Sebab saya dah lama kerja di tingkat ni, jadi saya kenal pelanggan-pelanggan yang keluar masuk di sini. Sama ada regular atau baru...saya boleh kesan."

Luna mengangguk kepala faham. "Boleh dikatakan macam tu...memangnya tingkat ni khas untuk certain people atau random?"soal dia lagi.

Pelayan itu pandang sekeliling ruangan itu buat seketika sebelum memandang Luna semula. "Boleh di katakan macam tu.."seloroh pelayan lelaki tu dengan senyuman boyish di bibir.

Okaaaayy~~~ What the hell. Dah kenapa pandang dia macam tu. "Oh..okay.."

"Mari saya tunjuk tempat duduk untuk cik" pelawa pelayan itu sambil aju tangan yang memegang dulang ke satu arah pada Luna.

Tanpa berkata apa-apa Luna ikutkan saja langkah pelayan tu.

Mereka berdua jalan melintasi ruangan set kerusi satu persatu sebelum tiba di sebuah booth kosong.

"Ini tempatnya"aju pelayan itu.

Luna pandang kiri dan kanan dia dengan minat. Kagum dengan interior design tempat ini. Sangat elegan dan private. Dia suka! "Terima kasih.."ucap Luna sewaktu duduk di kerusi empuk berbaldu velvet.

"Ada apa-apa minuman yang spesifik yang cik ingin kan?"soal pelayan tu sejurus lihat Luna selesakan diri di situ.

Luna menggeleng kepala. "Apa-apa saja yang tidak beralkohol."aju dia sambil melihat sekelilingnya.

"Baik.."tunduk pelayan itu sebelum beredar dari situ meninggalkan Luna sendirian.

Sebaik Luna Nampak pelayan lelaki tu pergi, dia sandarkan badan ke belakang dan rehatkan kepala di situ. Tangannya rehat lemah di atas perut lantas dia termenung memandang ke satu arah. Beberapa saat kemudian, Luna pejam mata dia sambil berkerut kening kerisauan.

Susahnya la berlagak kuat.

Dia ingatkan dia boleh buat.

Tapi tak.

Ianya bukan mudah.

Semua yang ada dalam bandar ni buatkan dia teringatkan segala memori lama. Tak kira la kemana dia pergi, balik-balik tempat yang dia pernah pergi sebelum masuk penjara dulu jugak yang lawat tanpa sengaja. Tempat ini dah umpama playground dia sewaktu membesar.

Dari shopping complex yang pernah dia lawat Bersama rakan sekolej dia dulu, kedai kereta dimana dia pernah beli kereta pertama Bersama ayah dia sebelum masuk kolej, restoran dimana dia selalu makan malam Bersama ayah dan ibunya. Butik pakaian yang biasa dia lawat sewaktu keluar shopping dengan mama dia...dan juga kelab malam yang biasa jadi tempat dia dating...

Dulu dia miliki segalanya. Populariti, nama, rakan, teman lelaki, keluarga bahagia dan kegembiraan. Namun semuanya dirampas dari hidup dia hanya kerana seorang perempuan. Perempuan yang membawa sumpahan dan nasib malang dalam hidup dia! Iaitu ibu tirinya. Satu persatu perempuan sihir tu rampas cebisan hidup dalam diri Luna sehingga tidak tinggalkan apa-apa untuk dia. Dan biarkan dia merana dalam penjara.

Sekarang.

Segalanya bakal berubah.

Luna akan rampas semula apa yang diambil dari hidupnya. Sikit demi sikit namun dengan sakit! Dia akan buat semua orang yang dah susahkan hidup dia rasa apa yang dia rasa.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now