24.

1.4K 114 5
                                    

Dua orang receiptionist yang berdiri dekat belakang kaunter pandang ke pintu masuk shopping complex dengan renungan tetap tak berganjak setelah melihat seorang pelanggan wanita yang cantik berjalan mendekati mereka.

Rambut ikal mayang hingga ke paras dada itu beralun lembut seperti ombak setiap kali ianya bergerak, kulit putih mulus itu terdedah dengan pakaian off shoulder warna merah dan skinny jean hitam. Cermin mata hitam yang terpasang diwajah itu buatkan penampilan itu begitu sassy dan penuh aura.

"Selamat datang...boleh saya bantu?"sapa receiptionist pertama sebaik pelanggan wanita tadi berdiri depan kaunter itu.

Sekeping kad diletakkan atas kaunter itu. "Saya perlukan bilik shopping VVIP ni..."aju Luna pada staf depannya.

Receiptionist kedua capai kad itu lalu diperiksa maklumat padanya melalui komputer. Setelah dia dapat pengesahan kad itu sah, dia serahkan semula. "Maaf cik...buat masa sekarang biliknya sudah di ambil."

Cermin mata di wajah ditanggalkan dengan Luna lantas dia pandang jengkel ke staf wanita depannya. "Siapa pulak?Bukan ke saya dah call awal pagi tadi? Kenapa dah diambil?"tanya dia dengan kening berkerut.

Dua orang receitionist tersebut buat muka serba tak kena bila tengok Luna bagi reaksi macam tu.

Mata Luna gerak ke pintu bilik shopping VVIP dekat depannya dengan ketapan gigi. "Dengar ke tak?Siapa yang suka hati ambil bilik yang saya awal-awal dah reserve?"soal dia lagi sambil jeling kedua-dua orang depannya itu. Ditanya malah diam pulak! Pekak ke!

"Maafkan saya Cik...saya dah beritahu pada customer VIP yang bilik ni dah di reserved tapi dia berkeras...kebetulan dia guna kad yang sama seperti cik...jadi ka-"

Luna angkat tangan dia sebagai isyarat supaya staf wanita tadi diam.

Staf itu apa lagi, tak payah ambik masa lama terus ketap bibir dan tundukkan kepala ke bawah. Takut dia kalau customer VVIP depan dia ni marah. Silap masa habis dia tak bekerja nanti!

"Biar saya tengok sendiri..."Luna pakai semula cermin mata dia ke muka dan berjalan ke arah pintu masuk bilik itu.

Siapa pulak yang ada kad akses yang sama seperti dia? Selain Azzalea dan ahli keluarganya tiada orang lain yang boleh ada kad yang sama melainkan...

Dua orang receitionist tadi kelam kabut lari ke arah pintu tersebut lalu menghadang ia dari di masuki Luna.

Terundur ke belakang Luna bila dua orang tu tiba-tiba muncul dekat depan dia macam tu.

"Maaf cik...cik tak boleh masuk."tegah staf pertama.

"Oh really?"Luna jungkit kening kanan dia sewaktu silangkan tangan ke dada tak puas hati.

"Cik...jangan macam ni, habis kami di pecat nanti."rayu staf kedua.

Berasa rimas dengan keadaan itu, Luna selak rambut ke belakang bahu dengan keluhan jengkel. "Haih...kau orang takut hilang kerja atau takut orang dalam bilik ni? Jangan risau la..kau hilang kerja aku bagi kau orang kerja...dah ke tepi."ujarnya semasa tolak tubuh dua staf itu ke tepi.

Dengan keterpaksaan dua orang staf tadi terpaksa ke tepi. Bersama muka devastated mereka perhatikan saja Luna masuk ke dalam ruangan itu. Harap-harap mereka takkan ditimpa masalah la.

Dengan langkah yakin mendabik dada, Luna jalan masuk ke dalam ruangan yang serba putih dan berkaca serta dipenuhi dengan barangan mewah itu.

Baru lima langkah Luna berjalan, telinga dia dapat mendengar suara tawa ceria milik seorang wanita dari selekoh bilik tersebut.

Berasa hairan dengan suara itu, Luna pun jengah kepala dia dari balik dinding sebelum keningnya terangkat tinggi kerana terkejut.

"Thank you sayang sebab belikan I dress ni...lama dah I nakkannya." seorang wanita berambut kerinting paras bahu warna merah keorenan berdiri menghadap seorang lelaki bersut berada dalam ruangan itu.

"What the hell?!"seru Luna dengan nada marah setelah menyedari siapakah dua orang itu. "Felix!"

Tersentak dua orang tu bila dengar suara tu.

Laju-laju Felix palingkan kepala ke kanan dia. Macam nak tercabut jantung dari tangkai dibuatnya. Sekali bila dia bertentang mata dengan Luna, air muka ceria dia terus jatuh.

Luna jalan laju dekati pasangan curang itu lalu tujah bahu perempuan jalang tu ke belakang dengan kuat. "Hei betina..apa kau buat dengan boyfriend aku hah!"lakon dia serta merta.

Perempuan simpanan Felix pandang terkejut ke Luna dan Felix silih ganti. "Boyfriend?Sayang...apa perempuan ni merepekkan...I can girlfriend you?"soal dia masa buat muka tak percaya.

"What?Girlfreind?"tanya Luna dengan nada tergamam sewaktu pandang Felix yang dah cuak macam tertelan biji nangka. Pucat lesi terus muka tu. "Felix...siapa perempuan ni?"

Dengan bingung Felix pandang Luna dan kekasihnya. Kalau dia back up kekasih dia, habis la semua rahsia dia. Luna ni pun satu...dah kenapa tiba-tiba nak berlakon? Saja nak kenakan dia ke apa!

"Luna...dengar. ini bukan seperti yang kau fikirkan.."ujar Felix yang cuba nafikan apa yang Luna nampak.

Air muka kekasih Felix menjadi keruh taktala melihat Felix lebih memilih Luna dari dirinya. "Sampai hati you tipu I!I ingatkan you ikhlas cintakan I?You bercinta dengan perempuan lain!"bentak kekasih Felix yang terus campak dress tadi ke lantai.

Mata Felix gerak memandang kekasih dia dengan cemas.

Sementara Luna dekat situ dah bersemangat nak berdrama."Huarghhh!"raung dia tak pasal-pasal sebelum terpa ke Felix dan memukul dada tu dengan dramatik. " Sanggup awak curangi saya...awak tau sebab awak saya sanggup gugurkan kandungan kita...kenapa...huhuhu.."lakonnya.

Felix yang dumbfounded tak terkata. Dia sendiri mati kutu. Nak dilawan, takut pula Luna bawak mulut ke Amara nanti. Tak pasal habis huru hara pulak rumah tangga dia.

"Kita putus!Mulai harini jangan cari saya lagi!"Kekasih Felix pandang kecewa ke Felix lalu bergegas keluar dari situ.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now