Katanya, kalau nak selamatkan diri dari musuh dan selamat, kita bukan malah jauhkan diri dan berusaha lari dari tertangkap oleh musuh. Sebaliknya, sentiasa berada dekat dengan musuh. Jadikan tempat musuh sebagai safe place untuk sembunyikan diri.
Yalah, musuh mesti akan expect kita larikan diri ke suatu tempat untuk selamatkan diri. Jadi mereka akan buang masa untuk cari kita, sedangkan kita duduk bawah hidung mereka.
So, Luna plan. Daripada dia cuba larikan diri baiknya dia dekatkan lagi diri pada ibu tirinya itu. Dapatkan kepercayaan, korek segala rahsia yang dia boleh dapat nanti.
Sebab itu, dia masakkan makanan yang menepati dengan selera Azzalea dan anak-anak perempuan tu. Dan dia habiskan masanya dekat dapur semata nak tunjuk effort dia.
Sebelum ke situ, Luna dapatkan maklumat mengenai peraturan dalam rumah tu melalui butler dan pengawal yang dia selisih dengan. Melalui mereka, Luna dapat tahu yang maid dan staf dalam rumah ni dilarang untuk tidak bercakap atau berborak sesama mereka. Pada awalnya Luna agak terkejut tapi dia kekalkan posture tenang bersahaja lepas dengar.
Of course Azzalea akan buat macam tu, kalau tidak mesti banyak cerita dah keluar masuk dari rumah ni. Yang buruk yang tak elok, tak ke susah Azzalea nanti.
Sebab itu Luna nak guna pendekatan yang baik. Musnahkan musuh tak semestinya kena direct.
Sedang Luna setting makanan dekat meja makan, dia di hampiri seseorang dari arah belakang.
"Cik...puan Azzalea telah pulang."maklum seorang maid.
Luna yang dengar berdiri tegak dari sondong dia sewaktu letakkan hidangan."Mama dah balik?Dah jemput dia ke sini belum?"
Baru saja soalan itu keluar, Azzalea muncul di depan pintu masuk ruangan tersebut.
"Ohh...kamu ada dekat sini?"tegur Azzalea yang betul-betul kelihatan terkejut.
Luna berpaling menghadap Azzalea dengan senyuman di bibir bila target dia dah sampai.
"Ha'ah..sorry sebab tak beritahu."balas Luna.
"Mama baru minta orang untuk dapatkan kamu."Azzalea toleh ke belakangnya. "Elok jugak kamu ada di sini. Boleh la kita bincang terus."
Luna lentokkan sedikit kepalanya ke kanan. "Bincang tentang apa?"dia baru nak mulakan pelan, Azzalea pun nak ikut serta ke?
"Jemput la masuk..."pelawa Azzalea tiba-tiba sebelum kembali memandang Luna. "Kenalkan, CEO dari syarikat Dunham, Aaron Evans..." ajunya.
Hampir nak terjatuh pinggan kaca yang Luna pegang waktu itu lepas nampak Aaron berjalan masuk.
Dengan aura lelaki sofistikated dan matangnya, Aaron melangkah masuk ke ruangan itu dan terus bertentang mata dengan Luna.
Azzalea gerak ke meja makan lepas hidung dia hidu bau wangi masakan kegemaran dia. Mujur la dia balik tengah hari. Tak sangka pulak dia langkah kanan hari ni.
Kening Luna berkerut tak suka lantas memberi jelingan benci ke Aaron sebelum pandang Azzalea.
"Hari ni Luna masakkan makanan kegemaran mama...harap mama suka."ujar Luna dengan senyuman manis terpaksa dia.
Azzalea angkat kepala memandang Luna dengan kening terangkat. "Kamu yang masak?Ingat lagi kamu dengan makanan kegemaran mama?"lakon Azzalea yang tidak mahu Aaron nampak akan keadaan sebenar.
Luna ketawa. Dah kenapa pulak mak tiri dia ni?Kelakar pulak bila cakap baik-baik dengan dia macam ni."Ha'ah...sorry la kalau rasanya kurang. Maklumla...dah lima tahun terperuk dalam penjara tu...skill memasak Luna masih dalam proses.."
Azzalea menganggguk kepala. Nak je dia tanya, ada letak racun ke dalam makanan ni. Tak ke sia-sia dia hidup selama ni. Tapi dengan kehadiran Aaron di situ terpaksa la dia telan air liur dan beri senyuman plastik pada Luna.
"Buat susah kamu je."
"Tak ada la susah mana..."Luna ambil tempat di kerusi dekat dengan Azzalea. Sikit pun tidak hiraukan Aaron di situ.
"Jemput la duduk sekali Aaron.. Tak perlu malu-malu."pelawa Azzalea pada anak muda segak di hujung meja makan itu.
"Terima kasih.."Lelaki tu ambil tempat di kerusi seberang meja menghadap Luna lalu duduk selesakan diri di situ.
Luna hanya paksa bibir dia tersenyum dan tidak memandang Aaron walaupun mata dia asyik nak kerling ke situ.
"Mari la makan sekali...lepas tu kita boleh lanjutkan akan perbincangan kita."pelawa Azzalea pada Aaron lepas nampak lelaki tu duduk.
Kepalanya di angguk kecil."Terima kasih untuk pelawaannya."ucap Aaron.
Azzalea ketawa lantas menggeleng kepala. "Tak perlu berterima kasih...sebabnya nanti kita akan jadi keluarga juga.."balas dia.
Elok Luna nak sendukkan makanan ke pinggan Azzalea terus terhentikan tindakannya. Dia pandang terkejut ke Azzalea. Keluarga?Aaron jadi keluarga dia?Macam mana?Takkan la mama dia kahwin dengan Aaron?!
"Apa maksud mama?"tanya Luna yang sedaya upaya kawal diri dia dari naik hantu dekat situ. Tujuan dia buat semua ni adalah untuk dapatkan kepercayaan nenek sihir sebelahnya. Kalau dia marah, rosak la pelan dia nanti!
Azzalea capai gelas berkaki air kosong lalu di dekatkan ke bibirnya.
"Ianya mengenai perkahwinan kamu dengan Aaron la...apa lagi."ujarnya sebelum sisip sedikit air untuk basahkan tekak.
Tersentak Luna lepas dengar. Mata dia terus gerak ke Aaron. Little did Azzalea know, hubungan dia dengan Aaron tak ada siapa yang tahu mereka pernah bercinta dah sudah kenal lama. "Huh?Kahwin?"Apa yang Aaron cuba buat ni?
Sementara Aaron hanya tersenyum pada Luna.
Kahwin dengan Aaron?! Memang tak la!
A big NO!
Apa lagi yang nenek sihir ni cuba rancangkan?
"Mama tahu kan Luna ni siapa?Takkan la mama nak padankan bekas banduan macam Luna ni dengan lelaki se prefect Encik Aaron ni?"bantah Luna dengan senyuman janggal dibuat-buatnya.
Azzalea pandang Luna dengan hati melompat gembira. Akhirnya dapat jugak dia singkirkan Luna dengan mengahwinkan anak ni dengan orang lain. Dengan perkahwinan ni dapat la dia miliki wang sejumlah 10 juta nanti."Mama dah beritahu kenyataan tu pada Aaron...dan dia tak kisah tentang status kamu sebagai bekas banduan."
Tanpa tunjuk wajah kesal kebengangan dia, Luna tarik senyuman manis di bibir. Kalau semua ni boleh buatkan Azzalea percayakan dia, nak tak nak terpaksa la dia terima.
"Sure... Kalau itu buat mama happy."lakon Luna dengan hati menggerutu.
Tapi tak bermakna dia setuju.
Lepas ni, dia akan buat perhitungan dengan Aaron!
"Bagus la kalau kamu setuju."seloroh Azzalea dengan nada suka dibuat-buat sebab terlalu fokus pada makanan kegemaran dia itu.
"Terima kasih Cik Luna kerana sudi beri komitmen."kata Aaron dari seberang meja dengan mesra.
Berderau laju darah Luna sewaktu dia pandang wajah ceria handsome milik Aaron.
Boleh pulak lelaki tu senyum macam tak berlaku apa-apa?!
Dia yang tengah duduk ni tunggu masa je nak meledak!
Apa yang ada dalam kepala lelaki tu sampai sanggup hendak kahwini bekas banduan seperti dia ni?Cari masalah ke?
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...