30.

1.4K 100 3
                                    

Dia tahu apa dia buat ni salah.

Still, hati dia masih sakit dengan kenyataan yang ibubapa dia dirampas dari hidup dia dengan cara yang salah.

Untuk itu dia kena balas balik apa yang mereka dah buat terhadap dia.

Bak pepatah kata, hutang darah di bayar darah.

Kalau dia terpaksa masuk penjara sekalipun, ianya bukan masalah besar untuknya.

Enam biji tablet putih di masukkan ke dalam lesung putih lalu di tumbuk-tumbuk supaya halus. Ianya adalah ubat yang biasanya digunakan pesakit yang mempunyai masalah jantung. Ianya sangat kuat. Jadi sesiapa yang ambil ubat ni tapi tak sakit akan terima side effect seperti tekanan darah naik turun tak menentu, gangguan mood swing dan halusinasi.

Memandangkan hari white day semakin menghampiri, Luna rancang hendak buatkan coklat untuk Aazalea. Dia tambah ramuan isimewa dalam penyediaan coklatnya.

Sendirian dekat dapur rumah agam itu, Luna berdiri belakang kaunter sambil tumbuk halus-halus ubat tadi untuk beberapa ketika. Setelah berpuas hati, serbuk ubat tadi di tuang ke dalam coklat yang dicairkan lantas di kacau sehingga rata dengan perlahan-lahan.

Sedang Luna fokus melakukan kerjanya, seorang lelaki bersut hitam muncul dari pintu dapur lantas berdiri menghadap kaunter dapur dimana Luna berada.

Luna yang perasan akan kehadiran lelaki bersut itu hanya diam mengadun coklatnya.

"Saya dah dapatkan maklumat melalui nombor telefon yang terdapat dalam phone orang upahan hari tu."maklum lelaki bersut itu sambil berdiri dengan tangan dekat belakang badan.

Cecair coklat tadi kemudiannya di senduk untuk di tuang ke dalam bekas acuan plastik di situ. "Siapa orangnya?"tanya Luna sambil pandang cecair coklat yang berkilatnya bergerak masuk satu persatu dalam acuan berbentuk heart itu.

"Nombor phone itu milik Encik Carson."

Buat beberapa saat tangan Luna berhenti dari bekerja lepas dengar nama abang tiri keduanya disebut. Setelah dia sober dari terkejut Luna sambung kembali menyenduk coklat dan dituang ke dalam acuan berhati-hati.

"Dia yang bertanggungjawab untuk kes yang berlaku semalam atau untuk kes yang sebelumnya jugak?"soal Luna dengan nada tenang bersahaja.

"Semuanya cik."lelaki bersut itu perhati Luna dengan minat. Tertarik bila wanita cantik bersanggul dan berapron berdiri dekat kaunter itu.

Tak semena, Luna pejam mata lalu gerak hendak hilang keseimbangan. Senduk dekat tangan dia jatuh dalam bekas coklat tepat sewaktu dia gerak hendak terjatuh.

Lelaki bersut tadi tanpa berlengah bergegas dapatkan Luna sebelum Luna sempat terjatuh dekat lantai dapur tu.

"Cik tak apa-apa?"

Dia hanya menggeleng kepala dengan perlahan untuk hilangkan rasa nak pitam tu. Mana taknya. Berdesup laju jantung dia mengepam darah ke otak sampai sakit benaknya sebaik dengar jawapan tu. Tak sangka dia!

Selama ni apa yang berlaku dalam penjara adalah onar Carson. Cubaan bunuh beberapa kali yang menimpa dia adalah ulah Carson sendiri. Abang tiri keduanya itu. Harap saja muka polos orang tak bersalah, rupanya Carson adalah syaitan yang bertopengkan manusia saja.

"Awak pasti ke?"Luna buka mata dia yang terpejam lalu palingkan kepala ke sisi dimana lelaki bersut tadi sedang berdiri.

"Ya cik...kami dah siasat sedalamnya mengenai kes di penjara dan jugak kes semalam. Kebanyakkan mereka beritahu nama yang sama."

Tembok batu yang berada di atas kaunter itu digengam Luna kuat-kuat sehingga putih buku ruas jarinya.

"Selain dia ada orang lain yang terlibat dalam scheme untuk cederakan saya ke?"

"Saya rasa cik tahu siapa dalang utama semua ni?"

Mata Luna terarah pada coklat yang berada dalam acuan depannya sewaktu dengar. "Azzalea..."sebutnya sambil termenung.

Lelaki bersut sebelah hanya pandang tepi wajah Luna dengan lama. Menanti Luna marah atau lontar tantrum."Cik nak buat apa lepas ni?"

Well...kalau mereka nak main cari kotor macam ni, apa salahnya. Kalau tak mana seronok.

Dikumpulkan segala tenaga dan semangat yang ada, Luna berdiri tegak lantas tarik senyuman manis di bibir.

Senduk dalam mangkuk coklat itu dipegang semula."Nak buat apa lagi...biar la mereka nak buat apa. Kita tengok apa je yang mereka mampu buat untuk musnahkan saya. Mesti seronokkan?"sambil tu dia pandang lelaki bersut sebelahnya.

Lelaki bersut itu hanya diam membalas renungan dalam penuh maksud Luna itu. "Baik cik."angguknya dengan patuh.

"Baik saya siapkan coklat ni...mama mesti suka." sengih Luna dengan lebar sewaktu tuang cecair coklat tadi ke dalam acuan.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now