57.

1.5K 106 5
                                    

Tak lama selepas kejadian berlaku di rumah agam dan penahanan Henry ke penjara, Azzalea ke hospital sakit jiwa apabila keadaan wanita itu semakin memburuk setelah kecederaan yang dialami.

Azzalea kerap kali meracau dan cuba hendak mencederakan diri sendiri dan orang sekitar. Tidak mahu membahayakan orang lain, Luna aturkan penempatan Azzalea di situ.

Sementara,Carsson yang terlantar di hospital sejak kejadian jatuh tangga tempoh hari masih dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri. Dan disebabkan komplikasi berlaku, tempurung kepalanya terpaksa dibuang dan mengharapkan bantuan mesin untuk panjangkan hayatnya.

Henry pula sudah di sidangkan dan dijatuhkan hukuman apabila bukti dan pengesahan kes semuanya terarah pada dia. Henry dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa patrol.

Felix sudah tidak lagi timbulkan diri sejak pergi meninggalkan keluarga dia.

Seperti yang di pelan, segalanya selesai tepat pada hari pembacaan wasiat yang sepatutnya dihadiri oleh waris pun tiba.

Hari yang dinantikan oleh Azzalea dan anak-anaknya selama ini. Namun hajat tidak kesampaian. Nak buat macam mana kan...

Di rumah Agam Jeremiah....

Suasana rumah itu sunyi seperti biasa namun beraura lebih ceria dan harmoni. Para butler dan maid mula bergaul sesama mereka tanpa rasa takut.

Dapat di lihat senyuman berada di mana-mana. Tidak seperti dahulu semasa Azzalea berkuasa.
Seorang pun tak berani nak angkat kepala apa lagi bertentang mata dengan sesiapa.

Pintu ruang tamu terbuka lantas seorang butler lelaki berjalan masuk dan mendekati orang yang sedang duduk tegak di sofa membelek majalah di riba. Berdiri je dia di sisi sofa tu, butler itu tunduk."Puan...peguam dah sampai."maklum dia sejurus itu.

"Hm...pelawa la dia masuk."angguk Luna sambil meneliti majalah barang-barang kemas. Comel-comel semuanya.

Butler itu kemudiannya bergerak semula ke arah pintu dan keluar dari situ. Tak lama lepas tu dia muncul dengan seorang lelaki lampai berwajah segak bersama dekat belakang.

"Silakan tuan.."pelawa butler itu ke sofa menghadap tiga seat di sebelah sofa satu seat yang Luna sedang duduk.

Peguam itu kemudiannya duduk dan buka butang kotnya supaya selesa.

Ketika itu la Luna tutup majalahnya dan angkat kepala memandang peguam tu.

Bertentang saja mata mereka berdua, Luna dan peguam itu dengan serentak tersenyum.

"Apa khabar Luna.."sapa peguam tu.

Dua tahun berlalu, dan lelaki depannya masih kelihatan sama seperti kali terakhir mereka berjumpa di penjara dulu. "Saya baik...macam mana dengan awak?"

"Macam yang awak tengok..."

Peguam tu pandang sekeliling ruangan tu seakan tertanya sesuatu. Namun baru saja dia hendak bersuara, Luna terlebih dahulu berkata.

"Macam yang saya katakan pada awak sebelum tu...saya akan hapuskan mereka sebelum awak datang kepada saya semula."cerita Luna dengan sengih bangga dia.

Peguam tu jungkit kening dengan tinggi lepas dengar lalu ketawa kecil. "Sememangnya..saya tak boleh nafikan yang awak adalah waris sebenar Jeremiah."

"Tak ada la...kalau tanpa awak..mungkin saya tiada di sini.."balas Luna.

Peguam tu mengangguk kecil. "Betul...tanpa awak jugak, saya mungkin tak hidup sehingga ke hari ini."

Luna tersenyum manis. "Adakah Aaron dah tahu segalanya?"Luna topang dagu dengan tangan kiri pada lengan sofa.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now