Luna pandang dari jauh dari beranda sewaktu anak-anak Azzalea gerak keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta masing-masing. Lalu diikuti oleh Azzalea tak lama kemudian.
Kehadiran dia di situ sikit pun tidak dihiraukan oleh mereka. Malah mereka buat tak tahu lagi tu. Langsung tak tunjukkan reaksi serba salah terhadap dia.
Dasar manusia berhati kering!
Azzalea yang baru saja hendak masuk ke dalam kereta itu dongak memandang ke atas. Dan pandang saja dia ke salah satu beranda di situ, matanya terarah pada Luna.
Pada masa yang sama, Luna pun nampak Azzalea pandang dia. Bersama senyuman terpaksa di bibir, Luna lambai tangannya ke Azzalea.
Berasa menyampah melihat wajah tersenyum itu, Azzalea terus masuk ke dalam kereta. Lepas ni dia nekad, secepatnya dia akan hapuskan Luna sebelum hari perbicaraan tiba. Dan apa saja rancangan Luna akan dia halang.
Pergi saja semua kereta-kereta tersebut, Luna berpaling masuk ke dalam. Bersama derap langkah yakin dan renungan dalam, Luna mulakan sesi pemantauan dia dalam rumah tu.
Dari satu tingkat ke satu ringkat yang lain dia lawat. Cuba nak fahamkan situasi rumah tersebut terlebih dahulu.
Setiap penjuru dan koridor yang ada di situ di install dengan kamera litar tertutup.
Dan setiap pintu di situ dimangga.
Hanya sesetengah pintu saja di biarkan terbuka. Itupun ruang makan, ruang tamu dan bilik bacaan. Selebihnya telah dikunci rapi, termasuklah bilik tidur dia sendiri.
Selain itu, terdapat kira-kira 20 orang pengawal keselamatan boleh di lihat berlegar di sekitar luar dan dalam rumah tu.
Niat Luna adalah untuk lawat bilik kerja ayah dia. Tapi, setiba dia di situ, pintu bilik itu sudahpun terkunci.
Tak nak kelihatan mencurigakan Luna pergi dari situ tak lama kemudian.
Dan dia lawat ke ruang dapur sejurus itu. Ada kamera litar tertutup jugak.
Sedang Luna berdiri di dalam dapur melihat-lihat sekeliling muncul chef dari arah pintu simpanan barang dari belakang dia.
Chef tersebut yang tak menyangka kehadiran Luna di situ melompat terkejut sampai terlepas pegang periuk besi yang di bawa lalu jatuh ke lantai berjubin itu.
PRANG!
Luna palingkan kepala serta merta sebaik bunyi bising itu kedengaran. Keningnya terangkat tinggi sewaktu melihat lelaki berpakaian serba putih dan bertopi chef dekat kepala berdiri memandang dia seperti baru melihat hantu.
"Apa?"soal Luna lepas chef tu pandang dia tak berkedip.
"Ma-maaf...tangan saya licin."ucap chef itu sewaktu tunduk ke bawah mengutip periuk tersebut.
Luna silangkan tangan ke dada, dia pandang tukang masak yang kelihatan tua beberapa tahun dengan dia itu sambil mengecikkan mata curiga.
"Berapa lama awak kerja dekat sini?"soal Luna tak lama kemudian.
Chef itu gerak ke sinki dan mula cuci periuk tadi. "Dua tahun lepas..."jawab dia sambil tu.
Luna angguk kepala faham. Chef ni masih baru, itu bermakna tak banyak maklumat dia boleh dapat melalui lelaki ni.
Peliknya tak ramai pekerja yang dia boleh lihat berlegar-legar dekat sekitar rumah tu.
Hal itu buatkan Luna tak dapat nak tanya soalan pada mereka mengenai apa yang berlaku di situ.Nampaknya Azzalea sudah aturkan segalanya dengan baik. Sebab itu la mereka semua nampak bersahaja dan kelihatan tidak gementar untuk tinggalkan dia sendirian dalam rumah ni. Semua ni kerana mereka telah tutup sebarang akses untuk Luna geledah rumah ni.
Berputus asa kerana gagal dapatkan informasi, Luna gerak keluar dari rumah itu ke keretanya.
Duduk saja dalam kereta, Luna termenung buat seketika.
Melihatkan betapa ketatnya rumah ini di kawal, cukup untuk beritahu Luna, ada sesuatu yang tersimpan dalam rumah yang mana Azzalea tidak mahu dia tahu.
Enjin kereta di hidupkan Luna sebelum dia pandu keluar dari laman rumah itu.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...