Hilang saja kelibat kereta Aaron, renungan mata Luna terus menjadi gelap.
Air mata dekat pipi di seka dengan wajah tanpa perasaan. Setelah itu Luna berpaling masuk ke dalam semula.
Sambil dia berjalan, Luna keluarkan telefon dari poket seluar jean lalu di sentuh itu dan ini pada skrin tersebut mahu hubungi seseorang.
Memandangkan semua orang dah tak ada dalam rumah ni, Luna ambil peluang untuk geledah rumah ni, dia mahu pecah masuk bilik bacaan ayah dia.
Kali ni secara terang-terangan.
Telefon di bawa dekat ke telinga sewaktu dia berjalan merentasi koridor itu.
"Hello?"satu suara kedengaran dalam panggilan.
"Beritahu saya apa hukumannya sekiranya saya pecah masuk rumah sendiri?"soal Luna sewaktu daki tangga untuk ke tingkat dua.
"Apa maksud cik?"
Luna menjuling mata menyampah."You know what I mean."
"Kalau itu rumah cik, buat apa nak pecah rumah?"
Sampai saja di tingkat dua, Luna dongak memandang CCTV yang terpasang di atas siling koridor tersebut.
Dia pandang setiap kali CCTV itu bergerak dari satu arah ke satu arah untuk beberapa tempoh.
"Saya tak boleh masuk penjara lagi..sebab itu saya tanya..."borak Luna semasa menyusup ke bawah CCTV itu taktala ia bergerak ke tempat dia berdiri tadi.
"Tiada akta dalam undang-undang yang mengatakan ianya satu kesalahan sekiranya cik pecah masuk kediaman sendiri."jelas Bennet.
Luna dongak sekali lagi. Dia tunggu CCTV itu habiskan rotation. "Good to heard that. And..please remind him untuk hubungi saya. Ada sesuatu yang saya nak bincangkan dengan dia.." ketika itu la Luna lari ke arah tembok batu selekoh kanan koridor apabila CCTV gerak ke arah bertentangan.
"Okay."
Sambil seluk telefon dalam poket belakang seluar jeannya, mata Luna terarah pada CCTV yang sama dan pintu bilik bacaan ayah dia silih ganti. Tunggu masa je untuk dia lari ke situ dan kumpil mangga tersebut tanpa tertangkap dengan CCTV tersebut.
Setelah CCTV tadi bergerak ke arah lain, Luna lari ke pintu dan tarik bobby pin yang tersepit dekat rambut dia sebelum di tusuk ke dalam lubang kunci mangga tersebut.
Dengan lekas, Luna seluk bobby pin itu dan mula di gerak-gerakkan untuk buka mangga tersebut. Sambil tu Luna pandang ke CCTV.
Kalau CCTV tu terarah pada dia, Luna lari sembunyikan diri, dan bila gerak ke arah lain, Luna kembali mengumpil mangga.
Setelah beberapa kali cubaan selama beberapa minit, akhirnya mangga tersebut pun terbuka.
Dua saat sebelum CCTV gerak hendak rakam Luna, terlebih dahulu dia loloskan diri ke dalam bilik tersebut dan tutup pintu tersebut pada masa yang sama.
Masuk saja dalam bilik tu, Luna gerak ke arah rak buku di situ. Berderet-deret buku tersusun di situ. Kalau yang tak suka baca buku, mungkin takkan perasan akan keganjilan susunan jilid buku di situ.
Luna yang kenal sangat sikap ayahnya, dengan mudah mengesan keanehan melalui susunan buku di situ.
Dari di susunkan ikut urutan nombor dengan betul, sebaliknya satu dari buku di situ diletakkan secara terbalik dan di kedudukan jilid yang salah.
Oleh kerana ingin tahu, Luna tarik tulang belakang buku tebal itu keluar dari susunan buku tersebut.
Namun, sebaik dia tarik. Tiba-tiba rak tersebut slidding ke tepi kanan lantas mendedahkan satu bukaan laluan rahsia ke sebuah bilik tersembunyi.
Terkejut Luna lepas dia nampak laluan itu. Dia pandang sekeliling bukaan itu sebelum jengah kepala sewaktu berjalan masuk melaluinya.
Secara automatik, rak itu gerak semula dan menutup pintu rahsia tadi. Buatkan Luna sendirian dalam gelap.
Dengan tenang Luna keluarkan telefonnya semula lalu gunakan torch light telefon itu sebagai sumber cahaya dia.
Maka dia suluh sekeliling dinding di situ untuk.mencari suis lampu. Dan tak lama dia cari, Luna menemui satu barisan suis di sebelah almari kaca. Lantas dia tekan suis itu.
Dengan terang benderangnya cahaya lampu terus menyimbah seluruh ruangan tersebut.
Sebaik pandangan dia jelas dari silau lampu itu, Luna berdiri kaku di situ taktala melihat isi ruangan tersebut.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...