55.

1.4K 95 0
                                    

Mulanya dia ingatkan boleh survive...

Rupanya dia silap...

Sehari dua boleh tahan lagi

Seminggu?!

Memang tak la!

Stress dia!

Tak ada duit nak pakai!

Tak ada rumah nak tinggal!

Tak ada kereta nak pergi ke mana-mana!

Rasa macam nak mati pun ada!

Semua ni disebabkan betina tak guna tu!

Luna Alana!

Sebab Luna dia jadi papa kedana macam ni!

Tapi tak apa! Lepas dia jumpa mama dia, habis la perempuan tak guna tu nanti. Dia yakin mama dia pasti akan bantu dia!

Kan dia ni anak kandung mama dia! Mesti la mama dia akan tolong dia!

Lepas diberitahu yang mama dia ada di ruang utama, Henry lekas-lekas baik ke tingkat dua rumah agam tu.

Sampai saja di depan pintu masuk ruang tamu tu, dia terus tolak pintu tu ke dalam tanpa berlengah.

Masuk ke dia dalam ruangan tu, Henry di sambut dengan situasi dimana Azzalea sedang duduk sendirian di sofa menghadap pintu betul-betul depan dia.

"Mama..."panggil Henry yang cepat-cepat mendapatkan Azzalea. "Mama kena tolong Henry....Luna beritahu syarikat mama dah dipindahkan bawah nama dia...dia mufliskan saya."adu Henry sewaktu mendekat.

Azzalea hanya pandang dengan bengis ke Henry. Pada masa Henry menghampiri dia, Azzalea mengepal penumbuk menahan sabar.

"Mama...tolong Henry musnahkan Luna..."Henry pegang lengan Azzalea saat hendak melutut depan kaki tu.

Namun tak semena, Azzalea bangun dari situ lalu menerkam Henry dan mencekik leher anak dia seakan dirasuk.

"Pembunuh!AARGHHH!MATI!MATI!!!!!"teriak Azzale sambil mencengkam kuat batang leher Henry.

Terkejut beruk Henry dibuatnya. Disebabkanndia tak jangka hal tu, dia terpinga sekejap lepas di cekik tu.

Lepas sober dari terkejut dia cepat-cepat pegang tangan mama dia yang berada di lehernya dengan takut. "Mama..kenapa ni!Hentikannya!"gelut dia.

"Kau bunuh Jeremiah!Kau bunuh suami aku! Pulangkan dia!Argggggghhhhhh!"menjegil bulat mata Azzalea masa ni. Sampai merah padam muka di buatnya.

Henry pandang ngeri ke wajah Azzalea yang seperti orang gila itu sebelum tolak badan tu sekuat hati ke belakang.

Tolakan itu berjaya buatkan Azzalea undur ke belakang lalu jatuh terduduk dekat lantai tu.

Sambil pegang lehernya yang sakit di cekik, Henry undur ke belakang nak pergi dari situ. "Apa dah jadi dengan mama ni?"Dia tak percaya apa yang di lihatnya.

Lepas jatuh tu, Azzalea mula ketawa terbahak-bahak seperti pontianak. "Ahahaha.. Nampak tadi muka dia?Kelakar kan...dia takut.." bicara Azzalea dengan sendirian pada rakan imaginasi di sebelahnya.

Henry yang perhatikan hanya pandang dengan kening mencerun tak faham.

"Ma!Berhenti la!Tak kelakar!"jerit Henry dengan terdesak.

Terus menjeling tajam Azzalea lepas tu. Berasa tak puas hati sebab perbualab dia di ganggu. "Grrrrr....kau diam!"dia tunding jari ke Henry saat bangun dari situ. "Kau nak bunuh aku kan! Lepas kau bunuh suami aku!Sekarang kau nak bunuh aku pulak!"

Henry geleng kepala sambil buat muka  terkilan dan tak percaya pada masa yang sama. "Mama...ini Henry.."

Azzalea tak dengar. Malah dia capai benda paling dekat dengan dia waktu itu, iaitu sebuah arca kaca yang berada di almari sebelah sofa lalu berlari ke arah Henry.

"MATI KAU!!!!"teriak Azzalea sekuat hati.

Dengan mata terbutang luas Henry kaku berdiri di situ. Tak tahu nak buat apa sebab dia tak faham apa yang sedang berlaku.

Sekali, bila Azzalea yang dah serupa macam pesakit mental lari dari hospital tu dah mendekat, Henry secara refleks nak selamatkan diri terus hayun penumbuk ke muka Azzlaea.

Hayunan tumbukan itu buatkan tubuh Azzalea kemudiannya tercampak ke tepi lalu kepalanya terhantuk pada buju meja kopi dekat tepi tu.

Terhentak kuat kepala tu sehinggkan Azzlae tumbang terbaring atas lantai tak sedarkan diri bersama luka berdarah di dahi kanan.

"Mama!"panggil Henry dengan terkejut melihat semua itu. Dia berniat hendak mendekat tapi tak sempat bila sekumpulan lelaki menyervu masuk ke dalam ruang tamu sambil mengacu senjata kepada dia.

"Polis!Jangan bergerak!"teriak mereka di situ.

Dalam keadaan terpinga-pinga Henry segera angkat tangan surrender dan pandang sekumpulan polis dan mama dia silih ganti.

Nampak je tubuh Azzalea yang tak sedarkan diri dekat lantai. Polis-polis di situ terus terpa Henry dan tumbangkan badan Henry ke lantai.

"Apa yang berlaku ni?"tanya Henry kebingungan.

"Diam!Kamu tak berhak bercakap!"marah polis yang menggari Henry waktu itu.

Henry bergelut nak pertahankan diri dia, tapi dua orang polis yang mengekang dia sedaya upaya restrain pergerakan dia. "Semua ni salah faham!"

"Kamu di tahan atas tuduhan menghasilkan dadah secara haram dan memiliki dadah Henry Tyson."maklum polis sewaktu paksa Henry berdiri semula.

Dengan muka dumbfounded tak tahu apa-apa Henry pandang semua yang ada di situ. "Dadah?"tanya dia.

Sementara Henry kebingungan, Azzalea yang tak sedarkan diri itu di bantu oleh polis yang ada di situ.

Dibalik kesibukan itu, kamera litar tertutup terletak di penjuru ruangan telah merakam semua itu dan di tonton oleh Luna dalam bilik kawalan di rumah sejak tadi.

Dari awal sejak Henry masuk sehingga la kekecohan yang berlaku, ianya telah dirakam dan disaksikan secara langsung.

Luna yang duduk di kerusi menghadap monitor dalam bilik kawalan tu hanya pandang skrin dengan renungan kosong.

Semua ini pasti akan jadi mimpi ngeri dia sepanjang umurnya.









13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now