19.

1.5K 101 1
                                    

Dekat 20 minit kemudian. Azzalea mintak diri nak masuk bilik kerana mengantuk, Luna pun tawarkan diri untuk temankan mama tirinya.

Disebabkan terlalu letih, Azzalea turutkan saja, kebetulan dia tak larat nak jalan sendiri. Jadi dia biarkan Luna papah dia sampai ke bilik tanpa membantah.

Sambil ditemani dengan seorang butler, Luna jalan sambil pegang lengan Azzalea sehingga mereka tiba di pintu bilik.

Dan butler lelaki itu bantu Luna untuk bukakan pintu.

Melangkah saja Azzlaea dalam bilik, Luna kerling ke butler lelaki tadi. "Terima kasih..you can go now."arah dia.

Butler lelaki itu beri tunduk hormat pada Luna lantas tutup pintu bilik tersebut.

Azzalea menguap lagi sebelum baringkan diri di atas katil dengan sendiri. Tak lama dia letakkan kepala atas bantal, mata itu terus terkatup secara automatik.

Lepas pastikan Azzalea sudah jatuh dalam lena kerana ubat-ubatan yang dia kenakan pada kek tadi, Luna bangun dari duduknya di katil itu.

Setelah lima minit hanya berdiri memerhati Azzalea tenggelam dalam lena, reaksi ceria Luna terus berubah menjadi gelap.

Leceh betul la pakai ubat ni! Lambat sangat efeknya. Luna menjuling mata menyampah!

Beg tangan yang berada di tangannya di naikkan sedikit untuk mencapai telefon darinya lantas gerak keluar ke pintu beranda bilik tersebut.

Sebaik saja Luna tolak pintu keluar, Luna berjalan mendekati tembok batu beranda sambil tunduk memandang skrin telefonnya.

Nama yang tertera pada skrin itu kemudiannya di sentuh sebelum tekap telefon ke telinga kanannya.

"Hello?"suara lelaki kedengaran melalui panggilan itu.

"Dah. Awak boleh masuk."maklum Luna dengan nada mendatar.

"Siapa yang akan jemput kami masuk?"

"Seorang butler, dia sedia menunggu awak dekat depan pintu."Luna menghadap pintu beranda lalu tembus memandang susuk tubuh Azzalea yang tak sedarkan diri. "Awak ikut saja butler tu. Dia akan tunjukkan jalan untuk awak."

"Baik."sahut suara tu lagi dalam panggilan.

"Jumpa dekat situ nanti."pesan Luna buat kali terakhir sebelum putuskan panggilan.

Hari ni Luna akan bawa masuk orang-orang yang dia upah untuk ganti sebahagian pekerja di dalam rumah ini secara senyap. Pagi tadi baru tiga orang butler di bawa masuk. Petang ni pengawal keselamatan pula.

Dalam peperangan, tak kira la apa sekalipun situasinya, strategi nak berjaya tumpaskan musuh adalah menggunakan orang dalam. Ini la yang Luna sedang lakukan. Sebelum apa-apa berlaku dia perlukan back up terlebih dahulu.

Dengan senyap Luna jalan masuk ke dalam ruangan itu semula sebelum gerak menggeledah bilik tersebut. Mujur la tiada CCTV, mudah la kerja dia nanti.

Mula-mula Luna periksa rak buku yang ada dalam bilik tu. Dia lihat setiap ceruk dan celah yang ada untuk cari sesuatu yang ganjil. Namun tiada.

Kemudiannya Luna gerak ke walk in cupboard Azzalea. Jejak je kaki dalam tu umpama berada di sebuah pameran pakaian mewah. Semuanya tergantung kemas dan tersimpan rapi dalam almari kaca itu. Namun di geledah dengan berhati-hati sekalipun tetap sama keputusannya.

Tiada apa-apa yang boleh bantu dia?

Luna keluar dari situ dan berdiri sekejap dekat tengah ruang tu. Dia cuba letakkan diri dia sebagai Azzalea sendiri.

Kalau dia ada rahsia dan tak nak ada sesiapa tahu mengenainya dekat mana dia akan simpan rahsia tu?

Hujung ibu jari di gigit Luna sewaktu dia berkerut kening mencari jawapan.

Tang tu jugak la telefon dia nak bergetar. Buatkan Luna tersentak sikit sebab terlejut dengan getaran tersebut.

"Hish....siapa pulak call time macam ni!" renggus Luna sewaktu tunduk menyeluk tangan ke dalam beg tangan lantas mengeluarkan telefonnya dari beg lalu dipegang ke depan muka.

Nombor tak dikenali tertera pada skrin di pandang Luna dengan kening berkerut.

Bzzz!Bzzz!

Panggilan masuk itu berlangsung buat beberapa saat sebelum mati.

Luna turunkan telefon ke sisi lantas pandang sekeliling bilik tu. Berasa kecewa kerana dia yakin tiada apa-apa yang dia boleh temui dalam bilik ni memandangkan Azzalea bukan la lawan yang mudah. Mama tirinya ini sangat licik dan bijak. Kalau dia sendiri jadi Azzalea mana mungkin la dia nak simpan rahsia atau sesuatu yang boleh mudaratkan diri sendiri dekat dalam rumah. Melainkan semua rahsia tu disimpan dalam kepala otaknya sendiri.

Bzzz!Bzzz!

Sekali lagi telefon Luna bergetar.

Luna yang berasa bengang kerana di ganggu itu terus gerak keluar dari bilik Azzalea lantas jawab panggilan itu sejurus dia keluar dari situ.

"Hello?"sapa Luna dengan nada tak puas hati.

"Macam tahu-tahu je saya yang call..awak dah siap marah bagai?"seloroh Aaron dalam panggilan.

Luna tutup pintu bilik tu sebelum gerak ke kiri koridor.

"Dari mana awak dapat nombor saya?"

"Sekarang zaman IT sayang....semuanya hanya dihujung jari. Hanya klik saja semuanya boleh jadi."jawab Aaron dengan nada bersahaja dalam panggilan tu.

Luna buat muka menyampah. "Ada apa awak call saya?Kalau tak penting saya hang up." balas Luna sewaktu tiba di hujung koridor lalu menuruni tangga sambil pandang ke bawah.

Aaron melepaskan keluhan panjang."Awak still marahkan saya ke?Kan saya dah jelaskan pada awak hal sebenar?Awak nak saya cakap apa lagi supaya awak tak marahkan saya ni?"

Luna cengkam kuat telefon yang dipegang erat-erat. "Saya tahu...ianya bukan salah awak. Salah mama saya...tapi nak buat macam mana, benda dah berlaku dan saya masih terkesan kerana ditinggalkan sendirian selama lima tahun macam tu je oleh awak. Ianya bukan ambil masa sehari untuk pulih dari semua tu Aaron. Tolong la faham."jawab Luna dengan nada tak suka.

"Fine...take your time then. Saya call sebab nak beritahu tarikh pertunangan dan perkahwinan kita akan diadakan pada hari yang sama tapi berlainan waktu. Jadi saya nak awak hadirkan diri untuk fitting baju dan cincin nanti."maklum Aaron dengan nada serius.

Luna yang baru tiba dekat bawah tangga tu berhenti dari berjalan. Dia berkerut kening tak puas hati. "Serius?Awak still teruskan jugak?Bukan ke saya suruh batalkannya?!"

"Itu saja. Saya akan call awak lagi. Bye sayang."pamit Aaron serta merta. Lelaki itu tidak mahu hiraukan angin marah Luna lama-lama.

Putus saja panggilan tu, Luna pandang skrin telefon dia dengan muka tak percaya.

What a jerk!

Urgh!!

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now