35.

1.4K 101 0
                                    

"Awak buat apa dengan kamera tu?Cepat la tolong saya tanam pokok-pokok ni!"

"Sekejap saya nak rakam awak..."

"What?Rakam!Aaron!Saya comot macam ni..jangan la.."

"Ahaha..comel apa. Pandang sini."

"Tak nak la...jauhkan kamera tu!Saya serius ni."

"So beritahu...apa yang kita tengah buat sekarang dekat tengah panas ni Cik Luna?"

"Stop it...hahaha....malu la. Saya tak pandai cakap depan kamera macam ni."

"Cuba la dulu.."

"Fine...tapi jangan gelakkan saya eh..awak gelak siap."Luna tunding jari ke kamera.

"Hahahha...Okay...saya tak gelakkan.."

"Umm...hari ni...kita orang sekolah menengah tinggi High River buat kerja kebajikan dekat rumah anak yatim. So....saya dengan kawan yang lain sekarang sedang tanam pokok bunga dan tumbuhan renek dekat sekeliling kawasan berumput ni...cuba tengok...tadaaa...cantik kan?"Luna depakan tangan sambil memegang sudip dan pengorek tanah dekat dua-dua tangan.

"Wohooo...."sorak Aaron.

"Ah!Dah la...melayan awak ni mahunya kerja ni tak siap...pergi main jauh-jauh sana."Luna dekati Aaron hendak dapatkan kamera tu, tapi Aaron hanya ketawa dan elakkan diri dari tertangkap.

"Wek...tak dapat. Cuba la kejar...hahahaha"

"Hei!Mana adil macam tu..bagi saya kamera tu..giliran awak pulak Aaron!"

Dia yang menonton tayangan semula video dekat skrin tv ikut tersenyum bila dengar suara ketawa ceria mereka. Sudah lama dia tak nikmati suasana gembira dan ceria seperti dulu-dulu. Tak sangka, cepat betul masa berlalu.

Pejam celik dah 13 tahun berlalu.

Haih...

Jadi dewasa ni tak seronok la. Semuanya berubah jadi serius dan matang. Tak boleh nak enjoy!

"Aaron?Apa yang awak tontonkan dalam gelap ni?"suara lembut bangun tidur tiba-tiba menyapa telinganya.

Aaron terus toleh ke belakang sofa dengan terkejut lepas dengar suara tersebut. Ingatkan hantu tadi. Rupa-rupanya Luna. Terkejut dia!

Wajah mamai bangun tidur Luna ditenung Aaron dengan senyuman senang."Hei...ganggu tidur awak ke?"

Luna menguak rambut bangun tidur dia sewaktu kerling ke jam di dinding dengan mata dikecilkan. 3 pagi? Apa suami dia buat dekat ruang tamu pagi-pagi buta macam ni. "No...saya terjaga sebab nak minum. Awak tak tidur ke?"tanya Luna sambil jalan sekeliling sofa sebelum duduk di sebelah Aaron dengan mamai.

Terusik dengan rupa bangun tidur Luna, Aaron angkat tangan lalu menyelak anak rambut yang mengenai mata Luna ke belakang telinga."Saya terjaga sendiri...pergi la minum. Kemudian sambung tidur. Saya nak tengok ni sekejap."

Kening Luna berkerut sewaktu pandang Aaron. "Tengok apa?"lalu dia palingkan kepala ke skrin tv dan terpandang wajah dia yang berpakaian baju sukan sekolah sedang bercakung dekat tanah menanam pokok dekat skrin tv."Eeh?"keningnya terangkat tinggi lepas mata mengantuknya terus segar lepas nampak semua tu. "Bukan ke ini-"

"Ha'ah..video lama kita masa sekolah dulu. Kalau saya rindukan awak...video ni la ubatnya.."luah Aaron sambil sandar sofa dan pandang ke skrin tv.

Luna terpaku sekejap bila melihat video dimana dia sedang ketawa dan seronok menikmati suasana ketika itu. Cemburunya dia tengok. "Awak masih simpan semua video-video ni?"Luna pandang semula ke Aaron dengan renungan terkejut. Dia ingatkan dah tak ada. Yalah benda lama, mana la dia nak ingat.

"Mesti la....apa saja yang ada awak. Mesti la saya simpan. Hanya itu je yang buatkan saya dekat dengan awak."jawab Aaron sambil tersenyum melihat skrin tv. Nak banding Luna masa sekolah dengan yang sekarang, dua-dua tak ada beza. Cantik seperti biasa dan awet muda seperti selalu. Apa yang berubah hanyala sikap ceria dan bubbly Luna saja yang tiada lagi.

Tersentuh hati Luna lepas dengar. Sedih dan terkilan pun ada. Nak buat macam mana, hati dia dah tawar setelah apa yang menimpa dirinya beberapa tahun kebelakangan ni. Memang Aaron tak bersalah. Tapi kesan kejadian tu betul-betul makan dirinya.

"Awak tak patut buang masa dengan tonton semua ni.."keluh Luna tak lama dia pandang muka Aaron. "Awak tahu saya takkan dapat kembali seperti dulu."

Dengan letih Aaron gerakkan mata ke Luna lantas mengangguk kepala. Tiba-tiba je dia rasa mengantuk. "Saya tahu. Dan saya tak paksa awak untuk berubah pun. Apa yang penting sekarang adalah, awak ada bersama dengan saya."dia menguap sejurus itu.

Luna menggigit bahagian dalam bawah bibir sambil berkerut kening.

"Sedalam tu perasaan suka awak terhadap saya?Sampaikan awak tak nak bagi peluang dekat diri awak untuk bersama dengan orang yang boleh sayang dan cintakan awak lebih dari saya?"tanya Luna dengan nada kesal.

Aaron tegakkan badan dari sandarnya lalu hulur tangan ke sekeliling pinggan Luna dan sandarkan badannya ke Luna dengan lesu. "Umm."angguknya selepas rehatkan kepala ke ceruk leher itu.

Luna hanya duduk tegak di situ dengan tangan berada di bawah sewaktu Aaron peluk dia. "Saya hanya akan sakiti awak Aaron.."luahnya dengan jujur.

"Sakiti la saya kalau macam tu...sekiranya itu dapat buatkan awak berada di sisi saya buat selamanya. Saya sanggup..."gumam Aaron dengan mamai sewaktu memejam mata hendak tertidur.

Hela nafas panjang dilepaskan Luna sewaktu dia pandang mengalah ke dinding dimana bingkai gambar kahwin mereka tergantung. Keningnya mencerlung serba salah saat menatap wajah Aaron yang berseri saat diapit dengan dia di sisi.

Susah la dia kalau macam ni!

"Apa saya nak buat dengan awak ni Aaron.." belakang kepala Aaron di usap Luna dengan perlahan sewaktu dia sandarkan pipi ke tepi kepala itu.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now