33.

1.3K 102 1
                                    

"Kenapa kamu ke sini?"

"Carson dengar Felix nak keluar dari rumah ni dan tarik diri dari rancangan perebutan harta ...betul ke?"

Azzalea mengangguk kecil. "Ha'ah.."

"Tapi kenapa?Bukan ke dia jugak yang beria tentang hal ni?"soal Carson lagi.

Keningnya dijungkit."Entah la...dah dia sendiri nekad nak buat keputusan tu. Biarkan la. Lagipun dia dah dewasa. Ada anak dan isteri lagi. Pandai-pandai la dia buat keputusan." jawab Azzalea yang begitu terkilan mengenangkan keputusan anak bongsunya itu.

Susah payah dia aturkan semua ni untuk kesenangan anak-anaknya. Mereka malah tarik diri lagi tu.

Sambil mengangguk kepala faham, dia berkata."Tinggal beberapa minggu je lagi ni...mama nak biarkan Luna macam tu je ke?"tanya Carson sambil kacau minuman dalam cawannya dengan sudu kecil. "Dia dah berkahwin dengan pesaing kita sendiri. Kalau dibiarkan, takut pula dianyang kuasai kita semua."

Azzalea termenung pandang makanan dalam pinggan dia. Bukan tak sedap, malah masakan kegemaran dia lagi tu. Entah kenapa dia tak ada selera nak makan sejak ke belakangan ni. Mood dia pun sekejap okay sekejap tak okay. "Bukan ke mama suruh kamu uruskan dia sebelum wedding tu berlaku?"

Carson lepas keluhan panjang. Memang la, masalahnya semuanya tak berlaku macam yang dia rancang. Ada je yang menghalang. Pelik dia dibuatnya.

"I did...but it not working like I plan..." gelengnya. "Entah kenapa orang yang Carson upah seorang pun tak berjaya untuk apa-apakan Luna..."kerutnya tak faham.

Tiada mood untuk makan, pinggan berisi makanan tengah harinya itu di tolak jauh oleh Azzalea. Tak tersentuh sikit pun sejak tadi.

Haih..apa dah jadi dengan dia ni. Pelipisnya dipicit lembut dengan jari."Kalau macam tu kamu uruskannya la sendiri. Takkan itupun mama kena beritahu."Azzalea pandang letih ke Carson.

Dengan erat Carson cengkam cawannya kerana geram. Itu la...dia dah buat macam-macam still tak ada hasilnya. Asal liat sangat Luna tu nak mati. Masa perempuan tu dekat penjara, dah pelbagai cara dia laksanakan. Satu pun tak boleh pakai. Panjang jugak umur perempuan tu. "Apa yang patut Carson buat Ma?" pandangnya ke Azzalea. Dia dah mati kutu ni.

Sambil tersengih jahat, Azzalea sandar ke kerusi makan lalu termenung memandang chandeliar di atas siling ruang makan itu. Selepas bertahun lama tinggal di sini, baru sekarang dia perasan cantik juga lampu ni.

Memandangkan dia dah dapat duit dari suami Luna, rasanya dia tak perlukan si Luna tu lagi. Lagipun anak tirinya itu hanya akan susahkan hidup dia kalau hidup lama-lama. Better dihapuskan macam mana dia buat terhadap ibu Luna dulu.

"Senang je...kamu buat la cara yang sama macam mana mama buat sewaktu cuba hapuskan ibu kandung Luna dulu..."aju Azzalea. Teringat dia kejadian kemalangan yang menimpa isteri pertama Jeremiah yang mati kerana kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas sebelum meletup. Kalau bukan kerana kemalangan tu, dia takkan ada di sini sebagai puan besar dalam rumah ni.

Carson berkerut kening. "Maksud mama, nak Carson rosakkan brek kereta dia dan kejar dia dari belakang sampai terbabas macam tu?"

Azzalea kembali memandang Carson bersama renungan gelapnya. Ya. Itu la cara dia! Menggunakan jawatan sebagai maid peribadi Ibu kandung Luna, dia set up semua scheme untuk membunuh dengan mudah. "Yalah...itu pun nak kena tanya ke?"

Carson mengangguk kepala. Dia buat mukanekad penuh keyakinan."Okay.." bukannya benda susah. Bukannya kali pertama dia lakukan hal ni.

Gelas berisi air kosong dicapai Azzalea sejurus itu lalu disisip sedikit untuk basahkan tekaknya. Kepala dia sakit, mata dia berat. Tubuhnya rasa tak selesa. Segalanya terasa begitu merimaskan untuk dia.

"Mama okay tak?Semenjak dua menjak ni Carson perhati mama macam tak sihat je...nak Carson call doktor ke?"aju dia sewaktu menatap wajah tidak bersemangat mamanya itu.

Azzalea menggeleng kepala tak mahu."Biasa la orang tua...mungkin mama penat dan tak cukup tidur."nafinya dengan yakin.

Carson pandang tak pasti dengan kenyataan itu. "Mama ambil vitamin dengan ubat ikut masa kan?"

Azzalea angguk kepala. "Ya..."Sebenarnya dia sendiri ingat lupa.

"Kalau teruk beritahu Carson atau Henry. Kita jumpa doktor kalau perlu."

"Hm."jeda Azzalea sebelum tolak kerusinya ke belakang sewaktu bangun dari situ. "Mama masuk bilik dulu. Kamu makan la situ."pamitnya dengan lemah longlai.

Dengan risau, Carson perhatikan langkah Azzalea sehingga la mamanya itu keluar dari ruang makan itu.

Tanpa pandang sekelilingnya, Azzalea keluar dari situ lalu belok ke kanan koridor dengan langkah berat begitu saja. Sama sekali tidak menyedari akan kehadiran Luna yang sedang berdiri dekat sebelah dinding ruang makan tu.

Kebetulan semasa dia hendak masuk ke ruang makan tu, Luna terdengar perbualan dua beranak tu sejak awal lagi. Ingat nak masuk, sekali bila dia dengar ibunya di ungkit, Luna hanya tunggu di situ memasang telinga tak jadi nak masuk.

Tangkai beg plastik yang berisi dengan buah itu di cengkam erat dengan Luna sewaktu perhatikan langkah Azzalea menjauh dari situ. Menggeletar marah seluruh badannya waktu itu.

They what?

Mereka buatkan ibunya ditimpa kemalangan dengan sengaja?!

"You piece of sh*t!"deram Luna dengan perlahan sewaktu pandang ke arah di mana  Azzalea menghilang tadi dengan benci.

Sampai hati mereka sakiti ibunya dengan cara begitu!

They gonna pay for that!

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now