2 tahun kemudian....
Dengan langkah yakin mendabik dada, dia jalan rentasi laluan keluar dari penjara itu. Terkilan jugak sebab terpaksa berpisah dengan rakan-rakan banduan yang lain. Tapi nak buat macam mana, dah masa dia untuk keluar.
Tiba saja di depan pintu gerbang besi, Luna di hantar dengan ketua warden. Wanita berwajah serius itu pegang pintu untuk Luna.
"Good day Madam Gina..."ucap Luna dengan senyuman lebar di bibir bergincu merahnya sewaktu berdiri menghadap wanita yang bertanggungjawab menjaga kebajikan semua banduan wanita dalam penjara selama dia berada di sini.
"Jangan kamu tunjuk muka kamu di sini lagi." gerutu Ketua Warden itu dengan muka masam tak puas hati.
Luna ketawa lepas dengar.
"Kenapa?"soal dia.
Ketua Warden beri renungan tak geram ke Luna. "Kamu tanya lagi kenapa?!Ya sudah tentu la sebab saya tak nak kamu habiskan masa muda kamu semata duduk di sini seperti tiada masa depan.."marahnya.
Bersama renungan penuh kasih, Luna pandang wajah ketua warden dengan renungan dalam.
"Jangan risau...saya takkan datang ke sini semula sebagai banduan..."ucap Luna bersama senyuman nipis di bibir.
Ketua Warden hanya membuat muka menyampah. "Harapnya begitu la...dah keluar cepat...pasti ada yang sedang menunggu."gesa dia sambil tolak Luna keluar dari situ.
"Ya-ya...saya keluar la...tak menyabar betul." seloroh Luna sewaktu tundukkan kepala keluar dari lubang kecil pada pagar tersebut.
Biasanya la kan...
Orang kalau keluar penjara mesti la pakai yang compang camping dan kelihatan seperti loser baru kalah judi kan?
Tapi tak dia...
No matter what imej adalah priority dia.
Anggun mengenakan dress off shoulder lengan panjang warna purple dan ikat rambut ala-ala princess ke belakang dan dibiarkan yang lain lepas jatuh ke bahu, kaki berkasut tumit tinggi hitam itu jejak ke jalan bertar tersebut.
Serta merta cahaya silau dari matahari pagi memancar mengenai matanya sehinggakan buatkan dia hadang tangan ke depan muka dia.
Bukan tak pernah rasa silau, selalu je kalau beriadah, cuma feel kali ni lain dari yang selalu dia rasa.
Biasanya dia rasa matahari dekat belakang tembok batu penjara.
Kali ni dia rasa silau cahaya matahari pagi di luar tembok batu akhirnya.
"Selamat pagi Cik Luna..."satu suara dalam menyapa dari arah depan dengan tiba-tiba tak lama kemudian.
Perlahan-lahan Luna turunkan tangan dia ke bawah lalu terpandang seorang lelaki bersut hitam dengan wajah kayu sedang berdiri di depannya. Muka lelaki tu dingin tiada emosi.
"Morning...."balas Luna dengan nada ceria bersahaja dia. "Seorang je?Puan besar tak ikut sekali ke?"tanya Luna merujuk kepada ibu tirinya.
"Puan Azzalea dia ada hal yang perlu diuruskan. Jadi tak sempat untuk jemput cik." jawab lelaki bersut itu sambil pandang ke bawah.
Berasa menyampah dengan jawapan itu, Luna selak rambut panjang paras dadanya ke belakang bahu.
"Huh...meeting konon. Mana mungkin la dia nak jemput saya keluar sedangkan dia la orang yang dah humban saya mereput dalam penjara ni..." Luna menarik sengih mengejek saat menyilang tangan ke dada.
Lelaki bersut tadi hanya mendiamkan diri.
"Sudah...cepat bawa saya pergi dari sini."arah Luna saat maju ke depan dengan langkah orang tak puas hati.
"Baik!"tunduk lelaki bersut itu serta merta.
YOU ARE READING
13. Luna Alana
General FictionDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...