02.

1.9K 152 2
                                    

Dulu...

Masa first time jejak kaki dalam penjara, dia ingatkan hidup dia akan tungang langang dan sengsara,

Buatkan dia risau yang tertekan sangat sampai dapat kemurungan selama dua bulan pertama dekat situ sebab terbayangkan entah bagaimana hidup dia nanti.

Tapi tak....

Sangkaan dia meleset sama sekali...

Malah....hidup dalam penjara ni tak ada la seteruk mana...

Kebanyakan banduan di dalam penjara lebih baik dari manusia dekat luar sana.

Mereka tak hipokrit,

Mereka tak tikam belakang,

Mereka berkata apa yang benar walaupun semua tu menyakitkan hati,

Infact mereka dalam penjara ni adalah mangsa keadaan manusia dekat luar sana jugak,

Kalau bukan disebabkan manusia dekat luar tu, tak adanya mereka semua meringkuk dalam penjara ni selama berbulan dan bertahun lamanya.

Ada yang membunuh sebab nak pertahankan diri

Ada yang mencederakan sebab nak melindungi anak mereka dari menjadi mangsa nafsu serakah

Ada yang meringkuk dalam penjara kerana di aniaya, di fitnah dan di tuduh dengan alasan terlalu sayangkan pasangan masing-masing

Ada yang masuk penjara di situ sebab melacur, merompak, mencuri, menggunakan dadah dan banyak lagi....

Semua tu sebab siapa kalau bukan manusia yang salah guna kuasa mereka terhadap manusia yang lain.

Dari situ la Luna belajar...hidup dalam penjara perlahan-lahan dan terima apa yang menimpa diri dia dengan berlapang dada. Sebab dia tahu, dia lebih selamat bersama dengan penjenayah-penjenayah dalam penjara ni di bandingkan bersama iblis yang bertopengkan manusia dekat luar sana.

Dia belajar untuk jadi kuat, dari segi mental, fizikal, psikoligi dan IQ.

Dia belajar menggunakan pengalaman-pengalaman banduan yang ada di situ untuk faham apa je kejahatan yang manusia sanggup buat dekat luar sana.

Dia belajar untuk tak mudah gentar, tak mudah goyah atau tunduk pada sesiapa dengan mudah dan menjadi kuat.

"Selamat siang Cik Luna.."ucap peguam bercermin mata dari seberang meja kepada Luna dengan mendatar.

Luna hanya duduk tegak memandang serius ke wajah lelaki yang mungkin beza tiga atau empat tahun dari dia berdasarkan garis usia di tepi mata itu.

"Saya datang sebagai wakil Tuan Jeremiah Olsen, yakni ayah kandung kepada Cik Luna Alana." lafaz peguam itu dengan nada mendatar.

Wow...nampaknya baru ada yang sedar diri tu ada anak la.

Masih lagi tidak memberi respon, Luna hanya diam merenung tepat ke mata peguam depannya.

Setelah sekian lamanya dia berada dalam penjara, baru sekarang ayahnya hantar orang untuk melawat dia?Seriously?

Kelakar betul!

Peguam itu beri renungan sedih kepada Luna.

"Tujuan saya ke sini adalah untuk memaklumkan sesuatu kepada cik...Tuan Jeremiah sudahpun meninggal dunia tengah malam tadi di dalam bilik tidurnya kerana di serang sakit jantung."

What?!

Mata Luna perlahan-lahan terbutang kaku saat menurunkan tangannya ke atas peha.

"Menurut Puan Azzalea....paginya dia nak kejutkan Tuan Jeremiah bangun, mendiang sudah pun tidak sedarkan diri. Doktor dan pihak polis sendiri yang mengesahkannya." cerita peguam itu lagi.

Bersama ketulan udara sebak di kerongkong, Luna kepal penumbuk dengan sembunyi. Air mukanya masih tidak berubah. Masih kaku tiada ekspresi.

Tak mungkin!Ayah dia tak boleh meninggal lagi!

Peguam itu seluk tangan ke balik poket kotnya sebelum mengeluarkan satu sampul surat dari  situ lalu di dorong ke depan Luna.

Serta merta Luna pandang sampul surat tersebut.

"Saya tak tahu bila lagi saya dapat menemui cik untuk serahkan amanah yang Tuan Jeremiah minta saya jagakan ni...mungkin pada masa cik keluar dari sini...saya tak ada lagi." ujar peguam tu lagi sewaktu termenung memandang sampul itu.

Kening Luna berkerut tak faham. Dah kenapa cakap macam tu?Dia pandang peguam tu.

"Cik....hanya satu je saya pesan pada cik. Jangan percaya pada sesiapa. Jangan makan atau minum apa-apa yang dihantar secara khas kepada cik...sekarang ni hanya cik saja harapan kami semua."pesan peguam tu dengan separuh berbisik.

Luna capai sampul tu lalu dibawa ke bawah meja sebelum diselit ke dalam lengan baju banduannya sembunyi-sembunyi.

Dia tak tahu apa yang sedang berlaku. Apa yang dia dapat rasakan sekarang adalah sesuatu tak kena sedang berlaku. Dan dia yakin akan hal tu.

"Itu saja dari saya. Semoga bertemu lagi dan selamat berjaya."peguam itu kemudiannya bangun dari situ hendak keluar dari bilik pertemuan itu.

Luna yang ditinggalkan sendirian dekat situ hanya duduk termenung memandang ke kerusi kosong depannya.

13. Luna AlanaWhere stories live. Discover now