Laura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang serupa dengan ibu tiri Cinderella, Laura mengambil keputusan untuk tinggal bersama rakan baiknya Damia Adriana yang merupakan seorang doktor. Pertemuannya dengan pemilik syarikat hotel terkemuka Zach Alexander yang berumur 28 tahun telah mengubah hidupnya 100%. "Kahwin dengan aku. Aku tolong kau atasi ketakutan kau, kau tolong aku lupakan Bella. Boleh?" -Zach Alexander "Nak! Saya nak kahwin dengan awak." -Laura Hannaniah Mampukah mereka mengatasi masalah masing-masing dengan membantu antara satu sama lain? Kehadiran Bella mula membelah bahagikan perasaan Zach yang sudah mula sayangkan Laura. Mampukah Zach pilih pasangan yang betul? Mampukah seorang Laura Hannaniah dan seorang Zach Alexander bahagia?