Semua pertemuan yang tidak duga mempertemukan dua orang insan. Tengku Aydeen tak pernah merasakan bahagia yang dia impikan kerana baginya kebahagian adalah mustahil untuknya. Lebih teruk lagi apabila satu tragedi menimpa dirinya yang menyebabkan dia telah ditangkap khalwat bersama anak kawan baik bapanya semasa msreka sedang bercuti. Dia kini terpaksa bertanggungjawab ke atas wanita itu oleh kerana tidak mahu keluarga mereka menanggung malu. Namun semakin lama, hatinya semakin tertarik dengan wanita itu. Dia merasa selesa. Namun apakah semuanya berjaya berakhir dengan baik? Lebih teruk lagi apabila perkahwinan mereka ini seperti sudah dirancang. Adakah ianya benar atau sekadar tipu daya semata mata? Apakah mereka akan bahagia seperti orang lain? Benarkah Dhaniyah merupakan kebahagian yang Tengku Aydeen idamkan selama ini atau hanya memberi derita dalam hidupnya?