Bab 20

56 1 0
                                    

Meja bulat itu ditepuk kuat membuatkan air di dalam mulut lelaki itu terus tersembur keluar. Cepat cepat dia mencapai beberapa helai tisu sebelum memandang ke arah figura yang berada di hadapannya itu. Dia mengangkat keningnya sebaik sahaja menerima pandangan tajam wanita itu.

"Mana Aydeen i?" Soal wanita itu tegas membuatkan Luthfan sudah tak senang duduk. Kenapa pulak aku yang kena jawab? Sekali lagi pandangan tajam dari wanita itu membuatkan Luthfan terus meneguk liurnya.

"Aku tak tahu mel. Kenapa kau tanya aku pulak ni? Dia kan boyfriend kau, bukan boyfriend aku" Balas Luthfan acuh tak acuh sebelum dia cuba melarikan padangannya ke arah lain. Malas mahu bertatapan mata dengan wanita di hadapannya itu.

"Memang dia boyfriend i tapi dia kawan you kan? You mesti tahu dia kat mana. I pergi office dia tapi dia takde. U tahu tak yang i call dan mesej dia tapi dia tak reply. Dia pergi mana? Dia tak masuk office ke? Kenapa dia tak reply chat i? You mesti tahu dia dekat mana kan?" Bertubi tubi soalan yang keluar dari mulut wanita itu membuatkan Luthfan sudah menggaru kepalanya. Ya Allah dugaan apa ni.

"Mana lah aku tahu mel. Kau tu yang asyik asyik nak mesej call ape semua, dah kenapa?. Memang lah orang rimas. Kalau aku jadi Aydeen pun aku dah flush phone aku dekat jamban" sinis lelaki itu mendatar membuatkan api merah naik menggelegak di otaknya. Tak ubah seperti wanita yang disampuk syaitan. Teguk air liur Luthfan melihat perubahan wanita itu.

"Baik kau bagitau aku mana Aydeen?" Kini panggilan 'i u' sudah berubah ke mood 'kau aku' bermaksud wanita itu tidak main main. Dia betul betul hilang sabar apabila lelaki dihadapannya tidak menjawab soalan yang diberikannya itu. Lelaki itu masih tetap menggelengkan laju. Dia takkan menbuka mulut kepada wanita itu.

"Aku kata aku tak tahu kan? Kau ni kenapa? Buang tabiat ke nak marah marah dekat tempat awam macam ni? Tak malu? Nama je perempuan. Jangan nak batak jantan sangan, Mel. Kau jaga perangai kau tu sikit" Sindir Luthfan dengan nada tegas. Dia sudah bertukar ke mood seriusnya.
Melissa terdiam.

Luthfan sekadar memandang tajam ke arah wanita dihadapannya itu sebelum dia terus bangun dari duduknya untuk beredar dari situ. Kakinya terus melangkah menuju ke pintu keluar.

"Luthfan!! I tahu Aydeen ada dengan you. Cakap dekat Aydeen jangan menyorok dari i. I akan cari dia sampai lubang cacing" Sempat Melissa memberi amaran kepada lelaki itu membuatkan langkah Luthfan itu secara automatik terhenti. Tangannya dikepal kuat sebelum dia menoleh ke arah Melissa dengan pandangan yang tajam.

"Please know your limits, Melissa. Kau jangan banyak sangat berangan. Kau ingat Aydeen nak pandang perempuan macam kau. Kau mengharap dekat orang yang salah. Dasar bodoh" Kata Luthfan perlahan. Dia tidak mempedulikan wanita itu dan terus melangkah pergi. Wanita itu sudah mengerutkan dahinya. Apa maksud lelaki ini?

"What do you mean? Apa maksud you Luthfan!" Tinggi nada suara Melissa namun lelaki itu hanya diam dan mengabaikan soalan wanita itu.  Laju sahaja tapak kakinya melangkah keluar dari cafe itu. Wajah Melissa yang sudah tidak berpuas hati dengan balasan yang diberikan oleh lelaki itu. Dia mencampak beg tangan dan telefonnya ke lantai.

"Aydeen milik i! I akan jadikan you hak i Aydeen. You milik i. You kena ingat tu" Kata Melissa dalam hati. Lekaki itu tetap miliknya. Tak semudah itu dia ingin melepaskan Tengku Aydeen kepada orang lain.

            Kedengaran bunyi jirusan air di dalam bilik air menarik perhatian Dhaniyah. Pasti lelaki itu sedang mandi. Perlahan dia melangkah ke arah suiz lampu dengan wajah yang sudsh tersenyum mengusik. Dengan serta merta, dia menekan suiz lampu ini menyebabkan lampu di dalam bilik air secara automatik terpadam.

"Dhaniyahh!! Kau jangan main lampu lah" Jerit suara garau dari dalam bilik air itu. Dhaniyah sekadar melepaskan tawa kecilnya sambil menekup mulut untuk memastikan suaranya tidak kedengaran. Sekali lagi dia menekan suiz lampu membuatkan bilik air itu menjadi terang semula. Ditekannya lagi suiz itu berkali kali.

Her last happinessWhere stories live. Discover now