Bab 37

33 0 0
                                    

          "Laju lagi! cepat lah you" Jerit Dhaniyah membuatkan lelaki itu sudah menjulingkan matanya ke atas.

"Asyik aku je jadi kuda. Bila pulak aku boleh jadi cowboy? Tak adil lah macam ni" Rungut Tengku Aydeen, dari petang tadi wanita ini hanya mengajak dia bermain cowboy dan kuda sampailah jejak malam. Sakit pinggang lelaki itu kehulur kehilir mengangkat isterinya dibelakang.

"Takkan lah i nak angkat you? Mati lah i. You kan kuat so you kene jadi kuda. Cepat kita naik tingkat atas pulak" Arah Dhaniyah kuat membuatkan lelaki itu hanya mengeluh perlahan.

"Ye lah ye lah. Nasib baik lah kau ni bini aku tau. Haih kalau tidak aku lempar aje kau ke dinding batu sana tu" Cebik Tengku Aydeen sebelum terus melangkah menuju ke tangga. Dhaniyah hanya memeluk suaminya erat dari belakang.

"Yey seronoknya, tak nak turun lah sampai bila bila. Nak duduk atas you je" Kata Dhaniyah sebelum mengucup lembut pipi Suaminya itu.

"Ye seronok memang seronok. Aku yang kat bawah ni dah macam mintak nyawa tahu tak? Nasib baik kau bagi kiss" Bebel Tengku Aydeen membuatkan wanita itu sekadar tergelak kecil. Suka dia apabila dilayan begitu oleh suaminya.

"Semoga banyak pahala you sebab happykan isteri you sorang ni. Kalau bukan dengan i siapa lagi kan?" Tangannya dieratkan di leher suaminya itu. Tengku Aydeen sekadar tersenyum apabila merasa tubuhnya kini dipeluk oleh wanita itu.

"Macam tu kalau aku dah happykan kau. Kau pulak lah kene happykan aku. Nanti aku nak claim tu boleh lah kan?" Soal Tengku Aydeen membuatkan mata wanita itu terus membulat. Faham sangat dengan maksud suaminya itu. Tangannya terus laju memiat telinga Tengku Aydeen membuatkan lekaki itu mengadu kesakitan.

"Sayang apa ni, sakit lah telinga aku" Hampir sahaja dia mahu jatuh namun sebaik sahaja dia memikirkan tentang isterinya yang masih setia memeluknya dari belakang membuatkan dia cepat cepat menahan rasa ingin jatuh itu.

"Sape suruh gatal sangat. Kan dah kene" Marah Dhaniyah.

"Aku gurau aje lah. Ele gatal gatal dengan isteri sendiri pun tak boleh. Kedekut" Perli Tengku Aydeen

"Mana ada i kedekut"

"Takde takde, kau kedekut"

"Mana ada!!"

"Dhaniyah gemok kedekut. Tak mau kawan"

"Okay jom lah" kata kata itu membuatkan Tengku Aydeen terus terdiam sebelum menoleh kepalanya kebelakang.

"Jom ape?" Soal lelaki itu

"Jom lah gatal gatal. You yang mintak tau" Kata Dhaniyah mendatar membuatkan lelaki itu terus membuat senyuman senget.

"Ikhlas kan? Kau jangan tetiba kau kata yang aku paksa kau pulak. Aku tak nak jadi lelaki jahat" Kata suara garau itu meminta kepastian. Dhaniyah sekadar menganguk membuatkan Senyuman lebar terus terukir dibibir merah lelaki itu.

"Sayang kau! Tak ade effect dekat baby ke?" Soal Tengku Aydeen. Takut juga dia tiba tiba jadi apa ala dengan kandungan isterinya itu disebabkan oleh nafsu gila dianya.

"Tak ada lah. Lain lah kalau i ade masalah kesihatan ke apa. Jom lah cepat. Lambat lambat i tertidur jugak nanti" Kata Dhaniyah membuatkan lelaki itu pantas menganguk laju.

"Secepat mungkin, captain" Kata Tengku Aydeen teruja sebelum dia terus melangkah laju ke arah bilik tidur mereka.

               "ABANG, saya nak pergi tengok udang sekejap. Abang tolong tengokkan barang ni boleh tak? Nanti saya datang balik" Pinta Datin Faizurah sebelum dia menyerahkan bakul ditangannya kepada Tengku Fazir. Memandangkan barangan dapur di rumah sudah hampir kekurangan. Datin Faizurah memutuskan untuk mengajak suaminya itu membeli sedikit barang basahan di pasar.

Her last happinessWhere stories live. Discover now