Bab 31

45 1 0
                                    

"ASALAMUALAIKUM" suara kedengaran dari pintu runah mengejutkan Tengku Aydeen. Dia menghentikan perbuatannya yang serang menyikat rambut dan melangkah ke arah pintu utama. Tombol pintu dibuka dan kelihatan Kasyaf yang sedang berdiri di luar pagar.

"Eh, kejap kejap" Kata Tengku Aydeen sebelum menekan butang untuk membuka pagar luar rumahnya. Setelah pagar rumah dibuka, Kasyaf melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

"Sorry aku datang pagi pagi ni. Kacau korang berdua pulak. Dhaniyah mana? Sebenarnya aku datang sini sebab aku ada bawakkan kek tapak kuda untuk dia. Semalam aku beli then dia reply status aku mintak hantarkan. Tu yang aku datang sini nak bagi" Kata Kasyaf sebelum dia menghulurkan sebungkus kek tapak kuda perisa matcha crunchy itu kepada Tengku Aydeen. Lelaki itu menyambut huluran kek itu daripada abang iparnya sebelum menghadiahkan senyuman manis kepadanya.

"Eh susah susah je. Kenapa tak cakap Dhaniyah nak benda ni. Aku boleh aje tolong belikan malam semalam" Balas Tengku Aydeen membuatkan lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak ada lah. Aku ada beli banyak semalam sebab mama nak makan. Sebab tu aku hantar sikit dekat sini. Kalau kau nak nanti, kau mintak Dhaniyah sikit tau. Banyak tu" Kata Kasyaf. Memang semalam dia order 10 gulung kek ini. Maklum lah ibunya itu kalau dah nampak kek kek macam ni memang susah nak stop makan. Tambahan lagi kalau dah bercombo dengan Dato Norman dirumah. Kalau tak hantar hari ni silap hari dah habis dah dekat rumah tu.

"Kau nak masuk dulu tak? Minum ke apa?" Ajak Tengku Aydeen kepada abang iparnya itu namun lelaki itu hanya menggeleng kepalanya.

"Tak apa lah, aku nak tolong papa dekat office hari ni. So kene cepat cepat. Kau pun macam dah nak pergi kerja dah pun" Kata Kasyaf apabila dia memandang ke arah suaminya adiknya itu yang lengkap berpakaian kemeja putih bersama dengan blazernya.

"Haah aku memang nak pergi kerja ni. Tak ada lah kalau kau tak sibuk tadi boleh aje masuk kejap minum minum ke apa. Kerja boleh masuk bila bila je" Balas Tengku Aydeen membuatkan lelaki dihadapannya itu hanya tergelak perlahan.

"Haah mentang mentang kita ni kerja dengan bapak sendiri kan? Bertuah lah kalau nak masuk office tepat tepat waktu" Mereka berdua melepaskan ketawa sebelum tiba tiba bahu Tengku Aydeen merasakan seakan dilanggar seseorang.

"Eh abang? Abang buat apa dekat sini" Soal Dhaniyah yang baru sahaja mencelah dari tepi pintu.

"Semalam Dhaniyah yang suruh abang bawak kek tu kan? Tanya pulak lagi" Kata Kasyaf membuatkan wanita itu sudah tersengih sengih seperti kerang basi.

"Cakap aje lah dengan aku semalam kau nak kek ni. Aku boleh belikan untuk kau" Cebik Tengku Aydeen membuatkan wanita itu terus memandangnya tajam.

"Ala sesekali nak bermanja dengan abang sendiri. Suka hati lah" Kata Dhaniyah sebelum merampas bungkusan plastik dari tangan suaminya itu. Dia tersenyum ke arah abangnya yang berada dihadapan mereka itu.

"Terima kasih, abang. Matcha kan?" Soal Dhaniyah membuatkan lelaki itu hanya menangguk.

"Iya sama sama. Abang balik dulu lah. Ni Dhaniyah siap siap ni nak kemana?" Soal Kasyaf apabila melihat wanita itu yang sudah lengkah dengan baju kemeja yang di tuck in dekat skirt jeansnya beserta shawl hitam yang tersarung elok di kepala.

"Dia nak ikut aku pergi office hari ni. Bosan duduk rumah katanya" Balas Tengku Aydeen selamba membuat lelaki itu menganguk faham.

"Nanti sampai sana jangan cakap bosan pulak. Dulu ikut papa pun Dhaniyah merengek nak balik" Perli Kasyaf membuatkan Dhaniyah terus membulatkan matanya.

"Ma..mana ada. Tak pernah" Marah Dhaniyah

"Ada lah. Dhaniyah yang tak ingat. Dah lah baik abang pergi dulu. Nanti lambat papa cari pulak" Pamit Kasyaf sebelum dia terus melangkah pergi dari rumah itu. Kereta Bmw kelabu itu memandu laju meninggalkan parkarangan rumah itu.

"Pergi simpan tu dalam peti sejuk. Kang cair kau cakap aku pulak tak bagitau awal awal" Arah Tengku Aydeen namun wanita itu menggelengkan kepalanya laju.

"I nak makan dekat office you nanti. Ada pinggan dengan pisau kan? I makan dekat sana boleh ye?" Soal Dhaniyah dengan wajah meminta simpati. Tengku Aydeen mengeluh perlahan sebelum menganguk.

"Iya ada. Makan la dekat bilik aku nanti. Tak ada siapa nak halang kau" Kata Tengku Aydeen sebelum terus melangkah menuju ke arah kereta Bugatti hitam miliknya yang terparking elok dihadapan rumah.

              "I lambat nanti tahu tak? You kata Aydeen sampai nanti tapi i dah tunggu hampir setengah jam! You tipu i kan?" Marah Melissa kepada pekerja disitu apabila kelibat lelaki yang ditunggu tunggunya itu masih tidak muncul.

"Saya mintak maaf cik Melissa. Mungkin lagi 5 minit Boss akan sampai. Cik Melissa tunggu sekejap lagi ya" Pujuk Irdina apabila dia sudah melihat wajah wanita itu membahang merah seperti bara api. Teguk liur dia apabila Melissa terus memandang tajam kearahnya sebaik sahaja mendengar apa yang telah dikatakan.'Aku salah cakap ke? Ya Allah ampunkan aku' Kata Irdina dalam hati.

"5 minit kepala you! Dari tadi you kata 5 minit but I still don't see him appear from the door. You really make me spend my time right now" Marah Melissa. Dia betul betul sudah hilang sabar menunggu kehadiran lelaki itu.

"Cik Melissa sabar kejap. Maybe boss dalam perjalanan kot. Sebab hari ni dia memang kene masuk office awal jadi saya rasa dia akan datang nanti" Sedaya upaya Irdina cuba memujuk wanita gila itu. Karang tak pasal pasal wajahnya bersatu dengan beg kulit silver Melissa.

"Baik i tunggu, kalau 5 minit jugak dia tak datang i akan..." Belum sempat Melissa menghabiskan kata katanya. Kedengaran pintu kaca automatik itu dibuka. Terus laju dia menoleh ke arah bunyi tersebut dengan harapan yang orang itu adalah Tengku Aydeen.

"Aydeen, You ke tu?" Jerit Melissa namun terus mati senyumannya apabila melihat seorang wanita yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Wanita itu memincingkan mata ke arah Melissa sebelum terus berlari laju menuju ke tandas.

"Siapa pulak yang baru masuk tu? Pekerja baru ke?" Soal Melissa membuatkan Irdina hanya menjongketkan bahunya. Dia pun tak pasti siapa wanita itu dan sebab apa dia masuk kesini. Melissa sekadar memandang tajam ke arah Irdina sebelum melabuhkan punggungnya semula di atas kerusi.

"Buang masa i betul" Rungut Melissa sebelum membuka Iphone canggihnya itu dan melihat instagram.

"buang masa dia pulak? Siapa tah yang suruh dia datang sini" Kata Irdina dalam hati. Habis masa dia melayan karenah wanita itu. Kerjanya yang bertimbun timbun masih belum selesai. Tambah lagi kerja tak berbayar hari ni. Dia hanya mengeluh perlahan.

Her last happinessWhere stories live. Discover now